6.12.13

Contest SEO Eridy

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rasanya lama juga tak join contest yang memerlukan entri di blog. Jadi, kali ni tergerak hati nak join Contest SEO Eridy. Macam best je, macam best je. Jemput singgah ke Blog Eridy ye.


Contest SEO Eridy ini memerlukan kepakaran dalam SEO. Tapi sayangnya, aku tak reti pun main SEO ni. Takpelah, mungkin dengan contest ni boleh mengajar aku bermain SEO dengan lebih baik di samping dapat berkenalan dengan rakan blogger lain.

Mana tahu rezeki aku ada dalam Contest SEO Eridy. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Inshaallah, rezeki tak lari :)


Ingin memiliki Rainbow Al-Quran dan fish eye lens dengan harga yang murah?

5.12.13

SALE! SALE! SALE!

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ! Bought new clothes, yesterday :D

Cuba teka, berapa harga semua ni...

Tak sampai RM100 pun. Lebih sikit je dari RM50.  Jumlah harga kelima-lima baju ni adalah RM54 ! *screaming* Bukan harga untuk satu tau, tapi jumlah semua.

Bukan jenama cikai-cikai okay ni. Yang 'Eat, Play, Love' sleeveless shirt tu jenama Super-Cute, yang gambar atas kanan jenama Cache Cache, yang jumper kat tengah tu jenama Made For Life, dan yang long sleeve bawah kiri jenama H&M.

Tergugat tak iman korang? Hehehehe.

Meh nak share aku shopping semua ni kat mana...


Ya, itulah dia. Warehouse sale ! F.O.S., Hush Puppies, H&M dan banyak lagi. Baju, seluar, kasut, beg, aksesori bahkan pinggan mangkuk pun ada. Untuk semua peringkat umur.


Aku pergi semalam dengan Aina dan Sara. Lari sekejap dari UiTM sementara ada gap kelas. Tak tahu pun lokasinya kat mana. Hanya berpandukan Foursquare. Sesatlah juga sekejap. Dahlah masa tu waktu orang balik kerja. Nasib nampak belon merah ni tau.


Harga serendah RM1 ! Memang banyak pilihan. Cuma kena pandai carilah. Kena pandai 'mengorek' setiap tempat hehehe.


Ingin memiliki Al-Quran pelangi yang comel ?

3.12.13

Majlis Cukur Jambul Ariq Zafriel

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

27 Januari 2013

Balik je dari Majlis Resepsi Abang Kemal, terus gerak ke Bukit Beruntung untuk Majlis Cukur Jambul Ariq Zafriel. Ariq ni anak buah aku, merangkap anak kepada sepupu aku, Kak Ita. Majlis dah selesai sebenarnya, kami datang untuk makan hehehe.

 photo DSC_0253copy_zps1aa481a8.jpg

 photo DSC_02661_zps89eb76bd.jpg
Apam polka dot yang dibuat oleh Kak Intan

 photo DSC_02691_zpsfb2f8767.jpg
Angah, model apam ekekekeke :p

 photo DSC_02741_zpse53b61a4.jpg
Anak kedua Kak Ita, Husna

 photo DSC_02791_zps372d25b5.jpg
Ariq Zafriel


28.11.13

Malam Apresiasi Filem, Review Mana Mau Lari & Review Hantu Tok Mudim

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sekarang ni movie yang sedap meletop di pawagam adalah Hantu Tok Mudin kan? Uols dah tengok ke belum? Iols dah tengok dah tapi bukan tengok kat pawagam. Siap tengok awal 5 bulan tau, uols :p 

Haaaaaa macam ni ceritanya. Bulan 6 hari tu kan aku baru sambung belajar, jadinya terpaksalah menempuhi MDS. Masa malam terakhir MDS tu, abang kakak pm ni adalah promote pasal tiket Malam Apresiasi Filem. Disebabkan aku ni jenis yang memang minat benda-benda gini, tambah pula roomate masa tu pun sekepala, kami pun belilah tiket.

Malam Apresiasi Filem ni diadakan pada 20 & 21 Jun 2013 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Kami dari UiTM Puncak Alam naik bas ke Shah Alam, semestinya bas disediakan.   

 photo IMG_zpsff7633bd.jpg

Harga tiket cuma RM10 untuk 2 buah filem. Siapa taknak hoi. Dahlah filem belum tayang kat pawagam, eksklusif.

 photo DSC_01901_zps5c824615.jpg

Malam pertama, filem Mana Mau Lari, arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. 

 photo C360_2013-06-20-18-31-27_zpsc14dcd21.jpg
Aku, Kinah, Nadia, tak ingat nama, tak ingat nama

 photo DSC_01441_zps223d5833.jpg
 photo DSC_01451_zps97eec7ea.jpg

 photo DSC_01481_zpsfc4ac105.jpg
Ni kembar aku dalam kelas G6. Nama sama. Dia ni adik kepada pemain bola sepak Selangor, Afiq Azmi. Weyhhh bila hang nak bagi aku tiket free ni? Hehehehe.

 photo DSC_01511_zps40ef164e.jpg

Mana Mau Lari

Pengarah : Prof. Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon utama :
  • Saiful Apek
  • Tauke Raja Lawak
  • Shuk Balas
  • Yaasin
  • Aliff Yasraff

Sinopsis:
Mengisahkan sekumpulan Harley Riders yang terdiri daripada Kyo, Captain, Abang Pen dan King. Kisah bermula apabila mereka telah pergi ke sebuah resort bagi meraikan kejayaan Abang Pen di dalam World Motorcross Freestyle Championship. Keseronokan mereka terhenti apabila motor Abang Pen telah hilang dicuri seorang rider misteri. Pengembaraan mereka bermula bagi menjejaki motor Abang Pen yang hilang. Satu demi satu kejadian aneh yang mereka tempuhi bagi menjejaki rider Misteri itu.


Aku tak tahu lah pula bila filem Mana Mau Lari ni akan ditayangkan di pawagam. Bagi aku, filem ni sedikit membosankan sebab punchline agak kurang sedikit. Tapi bagi peminat-peminat Tauke, Yaasin dan Shuk Balas, korang memang patut tengok filem ni bila dah tayang nanti tau.

Overall : 3/5

 photo DSC_01551_zps19feafed.jpg
Prof. Madya A. Razak Mohaideen ketika ditemuramah oleh pengacara.

 photo DSC_01591_zpse38bccb4.jpg
Yaasin ketika ditemuramah oleh pengacara.

Malam kedua, filem Hantu Tok Mudim, arahan Wan Hafiz. Malam kedua ni ramailah juga yang datang. Yang perempuan-perempuan tu datang mestilah sebab nak tengok Izzue Islam hahaha.

 photo DSC_01951_zpseaff5735.jpg

 photo DSC_01971_zps7bec4cb1.jpg
Izzue Islam ketika ditemuramah oleh pengacara.

Hantu Tok Mudim

Pengarah : Wan Hafiz

Pelakon utama :
  • Izzue Islam
  • Sofi Jikan
  • A.R. Badul
  • Harun Salim Bachik
  • Adrea

Sinopsis :
Tok Mudim merupakan seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Namun kehebatannya tercalar akibat cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah anak dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi. Demi cintanya kepada Salmah, Borhan akhirnya memberanikan diri mengatasi fobia lampaunya untuk bertemu dengan Tok Mudim bersama bapanya untuk satu operasi rahsia. Malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar rancangan mereka dan telah memplotkan sabotaj terhadap operasi mereka. Pada malam operasi, kehebatan Tok Mudim telah diuji dengan 'keliatan' luar biasa Borhan dan kegagalan operasi tersebut telah mengakibatkan Tok Mudim diberi penduduk kampung. Tok Mudim telah melarikan diri kedalam hutan dan telah mati akibat terjatuh kedalam sebuah perigi didalam hutan. Kemudian bermulalah pelbagai kejadian aneh di kampung tersebut setelah hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung Seri Menawan.

Haaaaa kalau teringin nak tengok Izzue Islam versi gedik dan annoying, silalah ke pawagam berhampiran sekarang! Aku tengok watak Izzue dalam ni boleh muntah hijau hahaha. Filem ni kelakar dan best, tengok tau. Peminat Sofi Jikan pun wajib tengok filem ni. Selalu tengok Sofi Jikan versi abang kawasan kan, ni tengok pula macam mana dia bawa watak pembantu Tok Mudim dan terlibat dalam cinta tiga segi. Kelakar!

Overall : 3.5/5

 photo DSC_02011_zpsb33fde4b.jpg
Persembahan daripada Tengku Adil. Kiranya ini kali ketiga aku jumpa dia ni. First time masa Showcase Awi Rafael. Kemudian, terserempak masa hangout dekat Setia City Mall.

 photo DSC_02071_zpsf75a2348.jpg
Mohon lelaki yang duduk belakang aku masa ni hubungi aku sekarang hahaha. Tak nampak pula lelaki tu dalam gambar ni tapi serius hensem :p 


23.11.13

Mimpi Indah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tersedar dari mimpi fantasi. Kembali ke dunia realiti.

Terima kasih Tuhan. Kau hadirkan dia dalam mimpi bersama bunga bahagia. Walau sekadar mimpi, cukup sebagai pengubat rindu.

Moga mimpi seiring realiti.


452 hadiah menanti termasuk iPad mini!

21.11.13

Menang "I❤MY Snap & Win Contest" #Part2

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ingat lagi tak entri ni? Kan aku ada menang peraduan anjuran Giordano. Hari tu aku dah tuntut hadiah di Giordano Setia City Mall. Thank you, Giordano. Alhamdulillah :)

 photo C360_2013-10-13-21-13-19-991_zps1e1b9611.jpg
Nilah hadiahnya. Voucher RM100.

 photo C360_2013-10-13-21-20-22-652_zpsfdd7060a.jpg
Sempat tau iols hehe.

 photo C360_2013-10-13-21-56-00-838_zpsa792ba99.jpg
Dah habis shopping, berehat sebentar bersama Starbucks.

Nak tahu apa yang aku ambil nak cukupkan RM100? Taraaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa !

 photo C360_2013-10-14-00-06-48-886_zps6238a01a.jpg
Yang dress tu aku punya. Tshirt hijau pula Angah punya.


19.11.13

Remaja Hilang Di Villa Nabila Ditemui

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang kononnya 'disorok' di sebuah villa tinggal di Johor. Villa yang diberi nama Villa Nabila oleh rakyat Malaysia dikatakan 'berpenghuni' dan mempunyai kisah seram tersendiri. Hari ini, misteri Villa Nabila telah selesai.

Awalnya, aku baca 30 remaja yang masuk dalam tu. Kemudian 23 dijumpai tetapi lagi 7 masih hilang. Kemudian aku baca kat tempat lain, katanya seorang je yang hilang. Ada yang kata hanya dengar suara meminta tolong tapi jasad tak ditemui. Macam-macamlah cerita. Last-last aku malas dah nak ambil tahu -.- Tulah keburukannya cerita kat internet ni, ada yang ditokok tambah, ada yang cerita tak habis. Macam-macam.

Di dunia ni yang hidup bukan kita je. Memang ada makhluk lain. Tapi cerita ni macam tak betul sikit. Kita semua tahu, Allah yang paling berkuasa. Tiada Tuhan selain Allah. Kalau betullah dah azan, buat solat hajat, panggil ramai ustaz, takkanlah tak ada sebarang petunjuk kan...

Semalam, aku baca di twitter @TwtICYM. Hampir-hampir lerr juga nak percaya yang 30 orang hilang tu. Sebab dorang sertakan gambar di Villa Nabila. Tengok macam kes besar. Aku ni kat Selangor so tak tahu apa yang jadi kat Johor tu. Harapkan internet je lah.

Kredit : @TwtICYM

Kredit : @TwtICYM

Alhamdulillah hari ni remaja 16 tahun yang hilang tu, Izzat Izzudin Hussin telah ditemui di Flat Desa Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.

Antara kenyataan Datuk Mohd Mokhtar, Ketua Polis Johor yang dipetik dari blog Hazrey: i am being random :

Norhayati membuat satu laporan polis di Balai Polis Majidee kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu selepas mendapati anak ketiganya itu tidak pulang sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, Johor Bahru, petang Sabtu lalu.

 "Apabila laporan diterima (dari ibunya) kita bertindak menghantar (mengikut maklumat diterima dari ibunya tempat kali terakhir dilihat) forensik, Rela, Bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9). Kita buat apa yang perlu untuk bantu mencari anak pengadu.

"Kita turut menubuhkan satu pasukan dan arahan diberikan agar segera mencari remaja ini. Kita berjaya jumpa malam tadi, jadi misteri Villa Nabila dah terbongkar, misteri Villa Nabila dah terjawab," katanya.

Beliau turut menyentuh mengenai sebaran tak berasas di internet, mengenai 'kehilangan' 22 lagi rakan Izzat Izzudin: "Jadi cerita yang kata 22 lagi hilang disebabkan makhluk halus, makhluk berat itu semua adalah karut," tegasnya.


Dan antara perbualan pemilik blog Hazrey: i am being random dan Izzat selepas proses penyerahan mangsa kepada ibunya selesai :

Aku bertanya Izzat jam berapa dia memasuki banglo terbiar, Villa Nabila itu bersama rakan-rakannya.

Seramai 30 orang rakannya turut serta dalam 'ekspedisi mistik' itu dan dia memberi alasan bosan berjalan di sekitar pusat bandaraya sebagai penyebab mereka membuat keputusan meneroka banglo itu.

Menurutnya, dia memasuki banglo terbiar itu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum keluar setengah jam kemudian.

"Keluar semua memang 30 orang. Kami siap kira. Selepas keluar ikut jalan belakang (berdepan dengan kawasan Istana Bukit Serene), kami pergi ke Mcdonalds. Menghampiri waktu subuh, kami berjalan ke Masjid Kolam Ayer untuk bersolat.

"Selepas itu kami pulang semula ke bandar sebelum saya berjumpa kawan saya dan mengikutnya pulang ke rumahnya (di Flat Desa Bukit Mutiara) bersama seorang lagi rakan perempuan," katanya.

Ditanya kenapa dia tidak terus pulang ke rumah, takut dimarahi ibunya sebagai alasannya.

"Ada tidak semasa setengah jam Izzat dalam rumah Villa Nabila tu, kawan Izzat kena rasuk, kena bawa lari makhluk halus? tanya aku kepadanya.

Dia ketawa kecil dan ringkas jawapannya: mana ada!

"Orang dok cakap di internet kata kawan aizat masih dalam rumah kena rasuk meracau semua?"

"Tak adalah. Tipu tu semua tu," katanya disambut ketawa dengan raut muka kehairanan.

Selesai sudah kes. Alhamdulillah.


iPad minis await the champions who can count the number of "4x" & "Mr. Bacteria"! Woot!

18.11.13

Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam dunia ni, setiap satu manusia akan diuji. Diuji oleh Yang Maha Kuasa untuk dinilai tahap keimanan. Ujian yang diberi boleh jadi apa sahaja, kehilangan, penceraian, cinta yang bertepuk sebelah tangan, kematian, mahupun kemewahan dan kejayaan.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Ya betul, kemewahan dan kejayaan. Dengan kemewahan yang kau ada, Dia mahu lihat sejauh mana kau panjatkan rasa syukur, seprihatin mana kau peduli tentang orang lain, sebaik mana kau mahu berkongsi. Adakah dengan kemewahan itu engkau makin dekat padaNya atau semakin jauh terbabas dari landasan...

Ujian juga datang dari segi masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan, masalah hidup, dan masalah masalah masalah. Setiap orang berbeza tahap ujian yang dikenakan. Kerana Allah tahu kemampuan setiap hambanya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Jangan sangka orang yang selalu mengukir senyum tiada masalah. Jangan sangka orang yang tidak pernah mengadu tiada masalah. Boleh jadi ujian yang mereka terima lebih berat, cuma mereka memilih untuk tidak berkongsi dan simpan sendiri.

Ada insan yang perlu luah apa yang dirasa. Berkongsi cerita dengan harapan ada yang memahami dan membantu. Terpaksa membuka pekung di dada demi kebaikan di hari-hari mendatang. Sokongan yang ditagih untuk menambah kekuatan diri menghadapi ujian.

Sama ada memilih untuk simpan sendiri atau berkongsi, ada satu persamaan. Persamaan yang mana keduanya tetap memilih satu jalan iaitu mengadu kepada Dia Yang Satu. Fitrah manusia kembali kepada Pencipta. Mengadulah, menangislah. Dia sentiasa mendengar tiap butir bicara. Dia sentiasa melihat tiap titis air mata yang gugur.

Ingat, Allah uji sebab Allah sayang.


Anda tahu tentang rokok tidak sah?

16.11.13

Review Ender's Game

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dua hari lepas keluar dengan The 7Jahanam Guys (aku, Ika, Een, Fana, Alim, Idel, Eika), bak kata Ika. Disebabkan dah boring pusing-pusing dalam Times Square tu, dorang decide nak tengok movie. Aku ikutkan aje sebab tak tahu pun sekarang movie apa best. Pilih punya pilih, Ender's Game yang nampak paling menarik.  


Directed by: Gavin Hood

Starring:

  • Asa Butterfield
  • Abigail Breslin
  • Harrison Ford
  • Hailee Steinfeld

Synopsis:
The Earth was ravaged twice by the Buggers, an alien race seemingly determined to destroy humanity. Seventy years later, the people of Earth remain banded together to prevent their own annihilation from this technologically superior alien species. Ender Wiggin, a quiet but brilliant boy, may become the savior of the human race. He is separated from his beloved sister and his terrifying brother and brought to battle school in orbit around earth. He will be tested and honed into an empathetic killer who begins to despise himself as he learns to fight in hopes of saving Earth and his family.

Aih, hensem pula Ender ni.

Mula-mula tak expect pun Ender tu nama orang, bila movie dah start baru macam "Oooooooo, Ender tu orang rupanya." Hahahaha. Jujur aku cakap, masa masuk cinema tu memang mata aku dah nyawa-nyawa ikan je weyh. Mengantuk gila habaq hang. Tapi aku berjaya survive hingga ke 'the end'. Kiasan je tu, sebenarnya nak cakap, movie ni tak boringlah sebab aku berjaya tak tidur.


Si Ender ni jenis yang akan ikut peraturan kalau benda tu dia rasa okay, tapi akan lawan kalau dia rasa tak okay. Banyak kali juga dia lawan cakap ketua dia. Tu yang membuatkan dia lain daripada yang lain. Bagi aku, Asa Butterfield berjaya bawa watak Ender dengan baik.


Plot semua dah cun dah, cuma bab ending tu aku tak minat sikit. Bagi aku, ending dia kurang menarik. Nak tahu apa ending dia? Kenalah tengok sendiri hehehe. Nak tahu si Ender ni berjaya selamatkan bumi atau tak, wajib tengok Ender's Game di pawagam berdekatan !

"When I truly understand my enemy well enough to defeat him... I also love him."
Ender Wiggin


Overall : 4/5


Mark your calendars for 21 Nov, don't miss the Hunger Games sequel, #CatchingFire out In Cinemas!

11.11.13

Quote Of The Day #26

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Through thick and thin,
and difficult times,
we emerged together as one,
protecting each other
from the world.
I know that if either of us
ever need anything,
we can count on the other
to give our all
and help in every way possible.
Erin N. Himelrick


Share #ProjectHeart with everyone on FB & Twitter to light up the village of Kg. Chuweh!

Azhael Tersingkir Di Semi Final Akademi Fantasia 10 2013

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Kebangangan apakah ini? Kejadahnya Azhael tersingkir woi. Depa layak masuk final. Depa patut masuk final. Depa ni nyanyi bagus, buat persembahan pun sentiasa okay, undian pula sentiasa tinggi, takkanlah tetiba malam ni undian depa drop sampai tersingkir. Permainan apakah yang ingin #AF2013 persembahkan? Sob sob, taknak tengok final.

Sabaq naaa, hero kalah dulu. Hero menang kat luar sana nanti.


Don't have the answer to one of your child's questions? Try looking here!

8.11.13

Konsert Ekspresi Harian Metro

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

16 Februari 2013

Sebenarnya ayah yang teruja nak pergi, nak tengok Ramli Sarip katanya. Aku dengan adik-adik ikut je lah. Mak tak payah diajak sebab memang mak takkan pergi hahaha. Mak mana suka benda-benda cenggini, tempat yang sesak, ramai orang memang a big no. Aku pun agak terujalah sebab dah lama tak pergi konsert walaupun ini konsert percuma. Apadehal bro, kita layan je lah hehe.

Konsert yang diadakan di Dataran Merdeka ini bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan oleh Harian Metro dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan radio rasmi, Hot FM. Seramai 20 artis tempatan mahupun dari negara jiran telah membuat persembahan pada malam tersebut.

Disebabkan kami sampai agak lambat, kami tak dapatlah tengok semua persembahan. Masa kami sampai tu, Najwa Latif dan Sleeq di atas pentas. Tapi tak ada gambar sebab masa tu sangat sangat sangat jauh dari stage.

 photo DSC_00021_zps86f0c348.jpg
Pengacara pada malam itu, Along dan Nabil

 photo DSC_00101_zps8db8cade.jpg

 photo DSC_00211_zps5697c8aa.jpg
 photo DSC_00321_zpsbc20cb98.jpg
Zivilia Band. Agak tergamam bila dorang perform lagu Kokoro No Tomo sebab lagu tu..... Hahaha takpelah. Kalau orang tu baca dia tahulah kenapa.

 photo DSC_00671_zps3d28b202.jpg
Angah & Ayah

 photo DSC_00731_zps7eca6abb.jpg
Ratu rock negara, Ella

 photo DSC_00981_zps6d979c50.jpg
 photo DSC_01171_zps18f43186.jpg
Yeayyyyy papa rock Malaysia, Ramli Sarip

 photo DSC_01511_zpse11064fc.jpg

 photo DSC_01941_zps29ae36df.jpg
Ni persembahan dari apa entah, rentak Gangnam Style tapi tukar lirik. Kelakar weyh !

 photo DSC_02441_zpsa057c7c3.jpg

 photo DSC_02531_zpsd9f22f4e.jpg

 photo DSC_02551_zps74d41290.jpg

Dengar cerita 9 November ini ada satu konsert khas di Taman Tasik Titiwangsa sempena ulangtahun yang ke-100 RHB Bank. Moh lerrrr !