بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Dua tiga hari ni kita dikejutkan dengan kehilangan remaja yang kononnya 'disorok' di sebuah villa tinggal di Johor. Villa yang diberi nama Villa Nabila oleh rakyat Malaysia dikatakan 'berpenghuni' dan mempunyai kisah seram tersendiri. Hari ini, misteri Villa Nabila telah selesai.
Awalnya, aku baca 30 remaja yang masuk dalam tu. Kemudian 23 dijumpai tetapi lagi 7 masih hilang. Kemudian aku baca kat tempat lain, katanya seorang je yang hilang. Ada yang kata hanya dengar suara meminta tolong tapi jasad tak ditemui. Macam-macamlah cerita. Last-last aku malas dah nak ambil tahu -.- Tulah keburukannya cerita kat internet ni, ada yang ditokok tambah, ada yang cerita tak habis. Macam-macam.
Di dunia ni yang hidup bukan kita je. Memang ada makhluk lain. Tapi cerita ni macam tak betul sikit. Kita semua tahu, Allah yang paling berkuasa. Tiada Tuhan selain Allah. Kalau betullah dah azan, buat solat hajat, panggil ramai ustaz, takkanlah tak ada sebarang petunjuk kan...
Semalam, aku baca di twitter @TwtICYM. Hampir-hampir lerr juga nak percaya yang 30 orang hilang tu. Sebab dorang sertakan gambar di Villa Nabila. Tengok macam kes besar. Aku ni kat Selangor so tak tahu apa yang jadi kat Johor tu. Harapkan internet je lah.
Kredit : @TwtICYM
Kredit : @TwtICYM
Alhamdulillah hari ni remaja 16 tahun yang hilang tu, Izzat Izzudin Hussin telah ditemui di Flat Desa Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru.
Antara kenyataan Datuk Mohd Mokhtar, Ketua Polis Johor yang dipetik dari blog Hazrey: i am being random :
Norhayati membuat satu laporan polis di Balai Polis Majidee kira-kira jam 1 pagi Ahad lalu selepas mendapati anak ketiganya itu tidak pulang sejak keluar dari rumah mereka di Kampung Hajah Hasnah, Majidee, Johor Bahru, petang Sabtu lalu.
"Apabila laporan diterima (dari ibunya) kita bertindak menghantar (mengikut maklumat diterima dari ibunya tempat kali terakhir dilihat) forensik, Rela, Bomba dan Unit Anjing Pengesan (K9). Kita buat apa yang perlu untuk bantu mencari anak pengadu.
"Kita turut menubuhkan satu pasukan dan arahan diberikan agar segera mencari remaja ini. Kita berjaya jumpa malam tadi, jadi misteri Villa Nabila dah terbongkar, misteri Villa Nabila dah terjawab," katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai sebaran tak berasas di internet, mengenai 'kehilangan' 22 lagi rakan Izzat Izzudin: "Jadi cerita yang kata 22 lagi hilang disebabkan makhluk halus, makhluk berat itu semua adalah karut," tegasnya.
Kredit : Hazrey: i am being random
Dan antara perbualan pemilik blog Hazrey: i am being random dan Izzat selepas proses penyerahan mangsa kepada ibunya selesai :
Aku bertanya Izzat jam berapa dia memasuki banglo terbiar, Villa Nabila itu bersama rakan-rakannya.
Seramai 30 orang rakannya turut serta dalam 'ekspedisi mistik' itu dan dia memberi alasan bosan berjalan di sekitar pusat bandaraya sebagai penyebab mereka membuat keputusan meneroka banglo itu.
Menurutnya, dia memasuki banglo terbiar itu kira-kira jam 12 tengah malam sebelum keluar setengah jam kemudian.
"Keluar semua memang 30 orang. Kami siap kira. Selepas keluar ikut jalan belakang (berdepan dengan kawasan Istana Bukit Serene), kami pergi ke Mcdonalds. Menghampiri waktu subuh, kami berjalan ke Masjid Kolam Ayer untuk bersolat.
"Selepas itu kami pulang semula ke bandar sebelum saya berjumpa kawan saya dan mengikutnya pulang ke rumahnya (di Flat Desa Bukit Mutiara) bersama seorang lagi rakan perempuan," katanya.
Ditanya kenapa dia tidak terus pulang ke rumah, takut dimarahi ibunya sebagai alasannya.
"Ada tidak semasa setengah jam Izzat dalam rumah Villa Nabila tu, kawan Izzat kena rasuk, kena bawa lari makhluk halus? tanya aku kepadanya.
Dia ketawa kecil dan ringkas jawapannya: mana ada!
"Orang dok cakap di internet kata kawan aizat masih dalam rumah kena rasuk meracau semua?"
"Tak adalah. Tipu tu semua tu," katanya disambut ketawa dengan raut muka kehairanan.
Selesai sudah kes. Alhamdulillah.
iPad minis await the champions who can count the number of "4x" & "Mr. Bacteria"! Woot!
No comments:
Post a Comment