Showing posts with label sakit. Show all posts
Showing posts with label sakit. Show all posts

23.8.14

#SelamatPulangMH17 #MengenangMH17 #MalaysiaBerkabung

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Asmaa tunjuk macam-macam gambar personal Kimi and Abderahman dalam henfon dia. Yang dia tak bubuh kat Instagram. Ya Allah, Kimi memang sangat sayang pada Abderahman. Bayangkan, kalau berjalan, tak payah bawak stroller pun sebab dia sanggup dukung dan pegang Abderahman ke mana-mana. Pastu, Asmaa tunjuk aku satu video. "Masa ni Abderahman tak boleh tidur. Dia cranky pasai pa tak tau. So Kimi dukung anak dia ni.....hang tengok ni," Asmaa pun play video tu. Nampak kelibat Kimi yang tinggi lampai dalam video tu. Dia dukung Abderahman. Tak nampak muka Kimi sangat sebab cahaya lampu tidur agak malap. Dalam video itu, terdengar suara Kimi sayu dan perlahan mendodoikan zikir Hasbi Rabbi kepada anaknya. "Hasbi rabbi....Jallallah...hasbi rabbi ghairullah...mafi qalbi...ghairullah...." Aku pegang paha Asmaa. Aku menangis teruih. Gila sapa boleh TAHAN?? Itulah antara video yang Asmaa share dengan aku. Ada juga video Kimi bagi Abderahman mandi, Kimi potong rambut Abderahman. Kimi dukung Abderahman sebelah tangan sambil sebelah tangan duk buat kerja kat computer. Kiranya kalau Kimi kat rumah (not flying), dia pegang anak dia 24/7. Makan bersama, buat kerja bersama, main bersama, tidur bersama.
Oh ya, ampa lani duk kemaruk layan Zul Ariffin kat drama Rindu Awak 200% kan? Asmaa sekarang sangat rindu kat Kimi. Dan rindu Asmaa untuk Hakimi, lagi berjuta juta persen. Hanya Dia yang tahu.

Di atas ini adalah sebahagian daripada coretan rakan karib Asmaa (isteri kepada arwah Hakimi). Nak baca cerita penuh, boleh terus pi ke blog JumieSamsudin.com Aku memang tak tahan baca, habis keluar segala air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa MH17 terus tabah. Salam takziah.



Rakan-rakan First Officer Ahmad Hakimi Hanapi dan First Officer Muhamad Firdaus Abdul Rahim telah sepakat untuk melancarkan tabung bantuan bagi membantu keluarga mangsa. Ahmad Hakimi telah meninggalkan seorang balu, Sharifah Asmaa Alwee Aljuned dan seorang anak, Abderrahman yang berusia 9 bulan. Manakala Muhamad Firdaus meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung, Zarith. Marilah kita sama-sama membantu mereka.


Asmaa's Maybank account : 
1571-5774-6653 

Nurzarith's Maybank account : 
1141-6099-6873

18.8.14

#DonateAndSaveBabyArshad #DonateRM1ForBabyArshad #DonateMoreRM1ForBabyArshad

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


By @fidzoania, 7/7/2014 : Salam to all, here's my little boi #arshadimanshah .. He struggled with #biliaryatresia since day 3 of life with prolong jaundice .. Now he needs a liver transplant to live a normal n healthier life... Plss help.. InsyaAllah barakah bulan ramadhan yang mulia ini hanya Allah dapat balas jasa baik kalian. Trima kasih banyak2...


By @fidzoania, 17/8/2014 : #arshadimanshah .. My fighter goin in for his 2nd mri... 12hrs fasting.. Bertahan sayang.. Ibu n daddy is ere with u.. ️️️


By @fidzoania, 17/8/2014 : Alhamdulilah.. Syukur pada Allah SWT #arshadimanshah pass the his 2nd MRI.. We will need to wait the gastro n neuro team to review and we will be ready to get arshad's golden yellow fixed to be as normal. We are happy parents for now. #arshadimanshah u are our pillar of strenght. Stay they way u are.. We will make sure u r ready for transplant soon. Thanks for ur kind dua's, prayers and donation.. Lets help to get his fund ready...

Biliary Atresia adalah sejenis penyakit di mana terdapat ketidak wujudnya sistem hempedu luar, menyebabkan penyakit kuning jaundis yang berpanjangan. Gejala penyakit ini termasuklah kekuningan yang berpanjangan dan najis yang pucat. Air kencing juga berwarna kuning pekat. Tanda-tandanya adalah seperti kuning jaundis mendalam, najis yang pucat, pembesaran hati dan limpa. Untuk para ibu ayah di luar sana, tolong alert ye.

Di samping kita alert dengan keadaan baby dalam family kita, jom bantu famili ni. Seringgit pun okay dah. Cukup besar nilainya bagi mereka. Cukup besar juga pahala yang akan kita peroleh, Inshaallah. Doakan juga ye kawan-kawan. Moga baby Arshad dapat menjalani kehidupan normal seperti anak-anak lain.

Maybank
5628 4350 6388
Antashah Mohd Nor (Father of Arshad Imanshah)
Email: imanimalda@gmail.com

There are still fun activities you can do in Genting. Here’s one that you must do!

14.8.14

---

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Soal masa hadapan--
Soal hati--

Buntu.
Pedih.
Sakit.

Bantu aku, Ya Allah.
Tetapkan hatiku di jalan yang benar.

Sleek, smart, young, and, trendy. Guess what you’re missing out.

6.8.14

#JualanAmalUntukAbah #DoaUntukAbah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


By @syanashadesshop, 4/8/2014 : 2 hari je lagi. Kakak sentiasa doakan abah... Mulai esok, nana akan buat JUALAN AMAL dimana semua hasil jualan akan nana gunakan sepenuhnya untuk kos biaya pembedahan abah nana.. Maaf nana tak terjawab pada yg bertanya sebelum2 ni. Abah nana mmg ada sakit buah pingganh, tapi BELUM sampai tahap dialisis.. Tapi skrg operation untuk buang ketumbuhan yg ada di sebelah kiri bawah perut (hernia). Nana tak pasti ejaan nya. Ni pembedahan kali kedua untuk buang ketumbuhan kecil ni. Tapi sakit dia, dia hanya mampu berbicara pada Allah.. Di kesempatan ini, nana nak bagitau nana buat Sales bukan mengejar untung semata2. Semua hasil jualan akan nana gunakan sepenuh dan sebaiknya untuk Abah.. Pada yg tak membeli tolong doakan pun dah cukup besar rahmatnya. Allah saja balas budi kaliam semua.. Akhir kata maaf dari nana andai post ni tidak menyenangkan kalian.. Doakan yg baik2 ye untuk sesama kita. Terimkasih semua...


By @syanashadesshop, 6/8/2014 :Assalamualaikum semua... Nana mohon maaf atas kelewatan nana balas segala whatsapp/wechat/sms dan tak dapat nak jawab call. Nana terlalu sibok uruskan urusan abah. Memandangkan nana anak yg sulung.. Nana nak share dengan semua dimana, doktor arahkan pembedahan yg sepatotnya dijalankan pada abah nana harini ditunda. Berdasarkan atas faktor2 yg memberi risiko terlaku tinggi terhadap pembedahan tersebut. Memang tak sedap didengar mahupun dibaca. Kata sepakat dari pihak hospital, nana dan ibu nana sendiri setuju agar pembedahan ditunda. Gambar yg nana share sekadar pemberitahuan kepada semua yg banyak membantu nana dalam mengumpul kos pembiayaan pembedahan abah. Nana mohon semua doakan yg terbaik buat Abah nana. Terimakasih tak terhingga pada semua yg membantu. Nana terkejar sana sini uruskan segala mcm semuanya sendiri je. Nana harap sobat2 faham kalau nana reply lewat sikit segala text yg dihantar.. Nana akan update tarikh pembedahan abah pada kalian sekiranya doktor hubungi nana semula untuk penetapan tarikh pembedahan Abah yg baru. Pada yg call/text nana berkongsi cerita, jutaan terimakasih nana ucapkan. Bersertankata semangat, nasihat dan mcm2 lg yg nana sendiri tak terbalas. Akhir kata Allah saja yg balas jasa baik sobat2, adik2, kakak2 yg banyak membantu nana. Nana harap kita semua d0sentiasa diberkati Allah s.w.t.. Amin ya Rabb. Mohon Share / Repost dengan yg lain2 ye..

Nana jual macam-macam jenis Rayban. Korang kalau teringin nak membantu atau teringin nak Rayban baru dengan harga yang murah bolehlah singgah ke instashop Nana, @syanashadesshop. Untuk mereka yang nak bagi semangat kat Nana, bolehlah try call/sms/whatsapp Nana. Tapi kalau tak ada respond, janganlah marah. Cubalah faham keadaan Nana ye. Dan untuk mereka yang mahu memberikan sumbangan tanpa mengharapkan sebarang balasan, boleh salurkan ke acc bank di bawah :

MAYBANK 
1581-7277-3219 
NAZRI BIN YAN

Moga Abah Nana sembuh dan selamat. Moga Nana dan keluarga terus kuat. Moga semuanya dilindungi Allah.

There are still fun activities you can do in Genting. Here’s one that you must do!

3.6.14

Al-Fatihah [Baby Izz Rizzqi, 4 April 2014 - 3 Jun 2014]

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Beberapa hari yang lepas aku ada kongsi dengan korang mengenai Baby Izz.


Kalau tak salah aku, Baby Izz sempat menjalani pembedahan. Dan pagi tadi, aku dapat berita bahawa Baby Izz telah kembali kepada Dia Yang Satu.


Aku harap, Kak Atika, suami dan keluarga sabar menghadapi ujian ini. Allah lebih sayangkan Izz. Mungkin terlalu singkat masa yang Allah bagi untuk akak luangkan bersama Izz, tapi percayalah, ini yang terbaik. Inshaallah, dia tunggu akak dan suami di syurga. Salam takziah.

Moga kau tenang di sana, anak kecil. Al-Fatihah.


Brothers sharing girlfriends? Awkward.

30.5.14

#PrayForIzzRizzqi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


SUMBANGAN SEIKHLAS HATI UNTUK SI COMEL RIZZQI

NO ACCOUNT TERBARU IBU IZZ RIZZQI
NUR ATIKA RUSDAN 
562375401747 (MAYBANK) 

Izz Rizzqi mengalami sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit & salur injap sempit. Pembedahan akan dilakukan secepat yang mungkin. Pihak keluarga masih menunggu tarikh pembedahan minggu hadapan. Anggaran kos pembedahan adalah RM50k.

Mohon jasa baik kawan-kawan semua memberi bantuan kewangan kepada ibu ayah Izz Rizzqi. Seikhlas hati masing-masing. Walaupun sedikit, mungkin dengan nilai itu dapat membantu baby comel ini pulih. Sedekahkanlah juga serangkai doa buat mereka sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Semoga baby comel ini dapat membesar dengan sihat seperti anak kecil yang lain.

#prayforizzrizzqi

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat,"
( HR Muslim )


What would you do when your bro hits on your girl?

11.3.13

Hati Dan Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rapuh sungguh kau, wahai hati.
Baru dicuit sedikit dengan kata-kata amarah,
sakit bak patah seribu.
Belum lagi dijentik dengan caci maki manusia.

Murah sungguh kau, wahai air mata.
Diuji sedikit dengan teguran dan suara yang tinggi, berjurai-jurai kau mengalir.
Rindu, hiba dan sesal bertandang, lagi galak kau keluar.

Ini adalah kelemahan dan kelebihan diriku dari Dia.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali-Imran ayat 139

Kongsi saat manis anda dan rakan baik anda untuk berpeluang memenangi RM5000

17.7.12

#PrayForBaktiArjunaFitri

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


“Dia mungkin bengis seperti singa”
“Tapi dia nangis tonton cerita Korea”
“Dia mungkin keras bila bersuara”
“Tapi dia jelas, jujur apa adanya”


Ingat lagu 150 Juta tu ? Siapa yang tahu lagu ni, pasti kenal Fynn Jamal, tuan empunya lagu. Aku salah seorang yang meminati karya beliau. Hasil tulisannya bagai ada aura yang tersendiri. Tapi hari ni bukan tujuan aku untuk bercerita tentang karya beliau. Tujuan aku hanya satu. Demi #BaktiArjunaFitri.

Juna adalah cahaya mata kepada Fynn Jamal dan suami yang baru berumur 1 bulan 2 minggu. Juna bayi yang sangat comel. Tetapi Allah akan sentiasa menguji hamba-hambanya. Anak kecil ini harus menjalani pembedahan jantung untuk memperbetul lubang di jantungnya. Fynn Jamal memerlukan RM35 ribu. Esok Juna akan dibedah. Kalian boleh semak berita ini betul atau tidak melalui Fanpage Fynn Jamal atau di twitter. Mohon kalian sama-sama membantu demi Juna. Bagi yang tidak dapat menghulurkan bantuan wang, cukuplah bantuan doa daripada kalian.

Sama-samalah kita berdoa agar pembedahan esok akan berjaya dan Juna akan sihat seperti bayi lain. Semoga Fynn Jamal dan keluarga akan terus kuat dan sabar menghadapi ujian Allah ini. Bertahanlah wahai #BaktiArjunaFitri !

Maybank
nur affina yanti binti jamalludin (Fynn Jamal)
164810008992
HazrilFitri Hadzir (Suami)
105104050530
Mohammad Noh (@MohdNohSalleh)
564276053946


Not sure where you’re headed after SPM ? Click here