Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

5.8.14

Hukum Kahwin Sepupu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ceritanya petang tadi beraya ke Domino's dan rumah nenek Kimmul, merangkap bakal nenek mentua U'lya. Sembang punya sembang terbuka cerita pasal kahwin sepupu sebab mula-mula kononnya nak ngusik Acap suruh kahwin dengan sepupu dia. Lepastu semua tertanya-tanya hukum kahwin dengan sepupu sendiri ni. Balik rumah gigih cari kat internet haaaaa.

Ohh lupa. Selamat Hari Raya Aidilfitri, mohon maaf zahir & batin. Entri raya next time okayyyy!


Kredit : Rossa Calla

Berkahwin dengan kaum keluarga terdekat yang bukan mahram seperti sepupu dan seumpamanya adalah antara perkara yang dibenarkan oleh Allah swt sebagaimana firman Allah setelah menerangkan wanita-wanita yang diharamkan berkahwin dalam ayat 24 surah al-Nisa’ yang bermaksud:

“Dan (sebaliknya) dihalalkan bagi kamu perempuan-perempuan yang lain daripada yang tersebut itu…” Juga firmanNya dalam surah al-Ahzab ayat 50 yang bermaksud: “…dan (Kami telah halalkan bagimu berkahwin dengan sepupu-sepupumu, iaitu): anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah bapa) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah bapa), dan anak-anak perempuan bapa saudaramu (dari sebelah ibu) serta anak-anak perempuan emak saudaramu (dari sebelah ibu) yang telah berhijrah bersama-sama denganmu…”

Tiada perselisihan tentang hukum boleh berkahwin dengan mereka, cuma para ulama berselisih pandangan tentang hukum boleh tersebut. Ada yang mengatakan boleh tetapi makruh seperti pandangan mazhab Syafie dan Hanbali. Ada yang mengatakan harus (boleh), seperti pandangan mazhab Maliki dan ada yang mengatakan sunat seperti pandangan mazhab Zahiri.

Pendapat kedua (yang mengatakan hukum berkahwin dengan mereka boleh atau harus) lebih rajih (kuat) berdasarkan dalil-dalil berikut:

1. Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 3 yang bermaksud: “…maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari kalangan perempuan…”

2. Rasulullah saw sendiri berkahwin dengan sepupu baginda yang bernama Zainab, bahkan baginda sendiri mengahwinkan anak perempuan baginda Umm Kulthum dan Ruqayyah dengan ‘Utbah dan ‘Utaybah yang kedua-duanya adalah sepupu kepada anak-anak perempuan baginda, serta baginda juga mengahwinkan Fatimah dengan Ali (Ali adalah sepupu baginda).

Oleh itu tidak berbangkit masalah wali dan waris jika berlaku perkahwinan di antara sepupu, kerana perkahwinan itu sendiri adalah dibenarkan oleh Allah swt bahkan dilakukan sendiri oleh Rasulullah SAW.

Mungkin ada yang mengatakan perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu akan menyebabkan berlaku kecacatan pada anak yang bakal dilahirkan. Namun dakwaan ini tidaklah boleh diterima secara mutlak, kerana banyak kajian-kajian perubatan yang dijalankan mutakhir ini menunjukkan risiko untuk mendapat anak yang cacat atau mempunyai penyakit warisan hanya pada nisbah 7-8 peratus sahaja bagi suami dan isteri yang terdiri daripada keluarga terdekat, manakala risiko yang sama hanya pada kadar 5 peratus sahaja jika suami dan isteri bukan terdiri daripada keluarga terdekat.

Kajian-kajian tersebut membuat kesimpulan bahawa tidaklah boleh untuk menghalang daripada berlakunya perkahwinan di kalangan keluarga terdekat, sebaliknya mereka hendaklah dinasihatkan menjalankan pemeriksaan perubatan terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengenal pasti penyakit yang mungkin diperolehi oleh anak yang bakal dilahirkan. Tambahan pula, perkahwinan di antara keluarga terdekat juga turut mempunyai sudut-sudut yang positif, seperti mengekalkan sifat-sifat istimewa tertentu yang terdapat dalam sesebuah keluarga seperti pintar, kuat, cantik dan sebagainya. Pada ketika itu, perkahwinan dengan keluarga terdekat adalah lebih baik daripada perkahwinan dengan orang yang jauh kerana sesuatu keluarga itu akan terus mengekalkan sifat-sifat baik tersebut.

Kesimpulannya, perkahwinan dengan keluarga terdekat seperti sepupu adalah halal dan dibolehkan secara mutlak, dan tidak ada kemudaratan yang berterusan padanya. Tidak mungkin Allah membolehkan sesuatu secara berterusan dan mutlak, kemudian perkara itu mempunyai kemudaratan umum terhadap manusia.

Wallahu a’lam.

Serlahkan diri anda dan menangi hadiah!

14.7.12

Doa Dikala Sedih / Gelisah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Enjoy fibre speed internet, free calls and unlimited downloads ! Click here

23.6.12

Adam, Kenalilah Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.



Nobody ever told it that elephants weren’t supposed to fly ! Click here

6.6.12

#39 Wordless Wednesday - Cover The Butt

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



If you’re a diehard football fan and are constantly fretting about finding a good mamak spot every time you want to catch a match with your buddies, click here !

3.6.12

Amanat Yang Diamanah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Amanah. Senang disebut. Senang ditulis. Tapi senang juga dipecahkan. Senang dilupakan. Kau tak fikir akibatnya ? Mungkin disini kau lepas, kau senang. Tapi disana ? Tiada tempat boleh kau sembunyi. Tiada kata boleh kau ucap untuk pertahankan diri. Ingat wahai manusia, amanat yang diberikan harus dijaga. Anak juga amanat, nyawa juga, amanat Allah. Amanat manusia ? Banyak, sangat banyak. Lain orang lain amanat.

Manusia akhir zaman. Ambil mudah tentang amanat. Amanat yang diberi kau sia-siakan. Amanat yang diberi kau salah gunakan. Amanat yang diberi kau buat harta. Memang manusia tak lepas melakukan kesilapan. Memang, aku akui. Tapi sepatutnya  kesilapan hanya sekali. Kalau diulang-ulang, bukan kesilapan. Tak sedar diri namanya.

Aku bagi contoh. Aku bagi si A satu kandang lembu untuk dijaga. Saja letak lembu, kan mahal, demand sikit, hehe. Aku bagi dia duit untuk tampung segala keperluan lembu juga termasuk upah. Tapi malangnya, saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, si A lupa diri. Sekandang lembu itu dibuat macam hartanya. Bila bersua dengan aku, si A buat tak tahu. Tak pernah sekali dia sebut tentang lembu-lembu aku. Ahhh aku yang naik segan nak tanya. *Apesal macam terlebih drama ni :p* Bila ditanya, hanya senyuman dan janji manis si A taburkan. Nak pikat aku kehape ? Lebih sadis, lembu dijual sesuka hati. Tanpa bertanya kepada tuan lembu yang sah lagi halal, iaitu aku. Duit jual jangan harap aku dapat. Bila ditanya, tanpa segan lagi malu, dia bercerita. Hello, aku ni siapa ?

Okay, drama sebabak dah habis. Haha, maaf sedikit emosi :p Yang penting, tiada kena mengena dengan yang mati. Yang hidup kalau ada terasa, jangan salahkan aku. Siapa suruh pecah amanah ? Hahaha.

Orang bagi kau amanat, jaga. Bukan disia-sia. Bukan dibuat harta. Cubalah ngerti perasaan orang yang bagi kau amanat tu. Kalau orang tu baik persis malaikat, kau selamat didunia, akhirat aku tak jamin. Tapi kalau orang tu jahat persis syaitan, dunia kau habis, akhirat kau tunggu lagi. Sekian.


Are u a BLOGGER ? Your chance to win some cash & prizes here !

21.5.12

Memohon & Memberi Kemaafan

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Maafkanlah... andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah... andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah... andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah... andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu

Pohonlah maaf... andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf... andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf... andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf...andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka

Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu

Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Everybody makes mistakes. Kau pernah, aku pernah, semua pernah buat silap. Selalunya, apa yang kita paling tak nak buat silap, akan jadi silap. Apa yang paling kita takut terbuat, akan kita buat. Sedaya upaya kita hindar, tapi terjadi juga. Adat kita makhluk Allah, tiada yang sempurna. Kadang-kadang kesilapan kita jadi tanpa sedar. Kadang-kadang kita langsung tak terniat nak sakitkan hati orang.

Itulah pentingnya kemaafan. Aishah kata, kemaafan dendam yang terindah. Memohon maaf dan memaafkan buat hidup kita lebih tenang mungkin. Bermaaf-maafan adalah satu sifat yang terpuji. Memaafkan adalah tanda orang yang bertakwa. Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.

Bila pergaduhan terjadi, selalu kita dengar ayat klise, 'tiada maaf bagimu !' Amboi amboi, kau ingat kau sempurna sangat sampai tak nak maafkan orang lain ? Astaghfirullah... Tahu tak, sifat 'tak kenal maaf' tu sifat syaitan ? Yes, memang kadang-kadang kesilapan orang tu terlalu lukakan hati kita. Kadang-kadang kesilapan dia buat kita marah sangat. Tapi andai satu masa nanti, dia datang mohon kemaafan, itu maksudnya dia sudah sedar. Dan itu bererti dia benar-benar menyesal hingga sanggup ketepikan malunya, air mukanya dan datang memohon kemaafan dari kita. Kau tak kesian pada dia ke ? Bukan senang tau nak memohon maaf. Wahai dikau-dikau semua yang comel / cantik / hensem, marilah kita sama-sama memaafkan :)

Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."

(Hadith riwayat Ibnu Majah)

Tetapi, janganlah bila kau dah beri kemaafan, kau canang pasal kesalahan dia satu kampung, kau kutuk dia di belakang. Teganya kau. Ya Allah, langsung tak ikhlas ! Silap haribulan, kau sendiri tambah dosa sebab mengumpat dan mengata dia. Mahukah kau ? Bayangkan betapa sedihnya orang tu kalau dia tahu. Mungkin dia akan rasakan penyesalan ini sia-sia. Hidup umpama roda, sekarang, kau lihat betul-betul, kau atau dia yang sedang melakukan kesilapan ? Konklusi, maafkan saja, ikhlaskan hati, kembalilah bersaudara.

Of course, everybody makes mistakes, and we've all been young and stupid. But people need to have a sense of respect, particularly in this business, because hundreds of people are ready to take your place at any time. Maybe some people should think about that.

Akhir kata, aku mohon maaf jika ada kesalahan atau kesilapan, jika aku pernah buat kau terluka, jika aku pernah buat apa sahaja sehingga kau marah, jika aku pernah terkasar bahasa, apa sahaja, maafkan aku. I really mean it.


Has this cat been talking about your furniture ? Click here

19.5.12

#PerluKe

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


#PerluKe ada kawan ?

Yup, seratus peratus perlu. Kenapa ? Sebab kawan tu akan selalu ada dengan kita selain keluarga. Kau susah, dia ada. Kau senang, dia ada. Kau nangis, dia bersama. Kau gembira, dia bersama. Zaman sekarang ni, senang je nak cari kawan. Tapi susah nak cari yang betul-betul kawan. Jangan tersalah pilih kawan, kelak boleh jadi lawan. Tapi, fikir ini. #PerluKe ada kawan yang tikam belakang ? #PerluKe ada kawan yang suka ambil kesempatan ? #PerluKe ada kawan yang talam dua muka ? #PerluKe ada kawan yang selalu berahsia ? Kawan ke tu ? Tahu hati kau suci, tapi jangan sampai kau yang dicaci. Berkawan biar berjuta, buang satu, masih ramai bersama kita :)

#PerluKe belajar bersungguh-sungguh ?

Kalau kau tak nak belajar, kau fikir kejayaan tu senang-senang datang kat kau ? Kalau kau tak ada pelajaran, nanti kau nak makan pasir, batu ? Come on, biar susah sekarang, jangan susah kemudian. Emak aku selalu pesan, "Sekarang ni belajar dulu. Nak melawa ke, nak berpakwe ke nanti bila dah kerja." Haha, aku hafal dah :p Ingat sayang, ilmu tak pernah habis. Belajarlah selagi kau mampu. Ada gunanya apa yang telah kau belajar tu nanti. #PerluKe menyesal bila dah terjatuh nanti ?

#PerluKe buat baik dengan semua orang ?

Renungkan, andai satu saat nanti, kau ditimpa musibah. Tapi tak ada seorang pun yang datang tolong sebab selama ni kau tak pernah buat baik dengan dorang. Apa jadi masa tu ? Berseorang diri lah kau, rasakan... Ingat, buat baik dibalas baik. #PerluKe ungkit kebaikan kita kat orang lain ? Sama sekali tidak perlu ! Tolong ikhlas sikit eyh.


Didn't get enough presents for your Birthday ? Get more here !