3.6.12

Amanat Yang Diamanah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Amanah. Senang disebut. Senang ditulis. Tapi senang juga dipecahkan. Senang dilupakan. Kau tak fikir akibatnya ? Mungkin disini kau lepas, kau senang. Tapi disana ? Tiada tempat boleh kau sembunyi. Tiada kata boleh kau ucap untuk pertahankan diri. Ingat wahai manusia, amanat yang diberikan harus dijaga. Anak juga amanat, nyawa juga, amanat Allah. Amanat manusia ? Banyak, sangat banyak. Lain orang lain amanat.

Manusia akhir zaman. Ambil mudah tentang amanat. Amanat yang diberi kau sia-siakan. Amanat yang diberi kau salah gunakan. Amanat yang diberi kau buat harta. Memang manusia tak lepas melakukan kesilapan. Memang, aku akui. Tapi sepatutnya  kesilapan hanya sekali. Kalau diulang-ulang, bukan kesilapan. Tak sedar diri namanya.

Aku bagi contoh. Aku bagi si A satu kandang lembu untuk dijaga. Saja letak lembu, kan mahal, demand sikit, hehe. Aku bagi dia duit untuk tampung segala keperluan lembu juga termasuk upah. Tapi malangnya, saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, si A lupa diri. Sekandang lembu itu dibuat macam hartanya. Bila bersua dengan aku, si A buat tak tahu. Tak pernah sekali dia sebut tentang lembu-lembu aku. Ahhh aku yang naik segan nak tanya. *Apesal macam terlebih drama ni :p* Bila ditanya, hanya senyuman dan janji manis si A taburkan. Nak pikat aku kehape ? Lebih sadis, lembu dijual sesuka hati. Tanpa bertanya kepada tuan lembu yang sah lagi halal, iaitu aku. Duit jual jangan harap aku dapat. Bila ditanya, tanpa segan lagi malu, dia bercerita. Hello, aku ni siapa ?

Okay, drama sebabak dah habis. Haha, maaf sedikit emosi :p Yang penting, tiada kena mengena dengan yang mati. Yang hidup kalau ada terasa, jangan salahkan aku. Siapa suruh pecah amanah ? Hahaha.

Orang bagi kau amanat, jaga. Bukan disia-sia. Bukan dibuat harta. Cubalah ngerti perasaan orang yang bagi kau amanat tu. Kalau orang tu baik persis malaikat, kau selamat didunia, akhirat aku tak jamin. Tapi kalau orang tu jahat persis syaitan, dunia kau habis, akhirat kau tunggu lagi. Sekian.


Are u a BLOGGER ? Your chance to win some cash & prizes here !

2 comments: