بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Maafkanlah... andai hatimu pernah disakiti
Maafkanlah... andai hatimu pernah dilukai
Maafkanlah... andai hatimu masih dilukai
Maafkanlah... andai hatimu tetap dilukai
Biarlah Tuhan yang membalas semua perbuatan yang melukakan hatimu
Pohonlah maaf... andai kau pernah melukai
Pohonlah maaf... andai kau pernah menyakiti
Pohonlah maaf... andai kata-katamu melukakan insan lain
Pohonlah maaf...andai bicaramu menyebabkan tangisan insan lain
Pohonlah maaf... andai perbuatanmu menzalimi jiwa yang terluka
Memohon mmaf tidak akan merendahkan martabatmu
Memohon maaf tidak akan menjatuhkan darjatmu
Memohon maaf tidak akan menghinakan dirimu
Manusia tak lari daripada melakukan kesilapan. Everybody makes mistakes. Kau pernah, aku pernah, semua pernah buat silap. Selalunya, apa yang kita paling tak nak buat silap, akan jadi silap. Apa yang paling kita takut terbuat, akan kita buat. Sedaya upaya kita hindar, tapi terjadi juga. Adat kita makhluk Allah, tiada yang sempurna. Kadang-kadang kesilapan kita jadi tanpa sedar. Kadang-kadang kita langsung tak terniat nak sakitkan hati orang.
Itulah pentingnya kemaafan. Aishah kata, kemaafan dendam yang terindah. Memohon maaf dan memaafkan buat hidup kita lebih tenang mungkin. Bermaaf-maafan adalah satu sifat yang terpuji. Memaafkan adalah tanda orang yang bertakwa. Menurut Imam Al-Ghazali, pengertian maaf itu ialah apabila anda mempunyai hak untuk membalas, lalu anda gugurkan hak itu, dan bebaskan orang yang patut menerima balasan itu, dari hukum qisas atau hukum denda.
Bila pergaduhan terjadi, selalu kita dengar ayat klise, 'tiada maaf bagimu !' Amboi amboi, kau ingat kau sempurna sangat sampai tak nak maafkan orang lain ? Astaghfirullah... Tahu tak, sifat 'tak kenal maaf' tu sifat syaitan ? Yes, memang kadang-kadang kesilapan orang tu terlalu lukakan hati kita. Kadang-kadang kesilapan dia buat kita marah sangat. Tapi andai satu masa nanti, dia datang mohon kemaafan, itu maksudnya dia sudah sedar. Dan itu bererti dia benar-benar menyesal hingga sanggup ketepikan malunya, air mukanya dan datang memohon kemaafan dari kita. Kau tak kesian pada dia ke ? Bukan senang tau nak memohon maaf. Wahai dikau-dikau semua yang comel / cantik / hensem, marilah kita sama-sama memaafkan :)
Sabda Rasulullah s.a.w "Barang siapa yang diminta maaf oleh saudaranya yang Muslim, ia tidak mahu memaafkan, maka ia mempunyai dosa sebesar dosa orang yang merompak."
(Hadith riwayat Ibnu Majah)
Tetapi, janganlah bila kau dah beri kemaafan, kau canang pasal kesalahan dia satu kampung, kau kutuk dia di belakang. Teganya kau. Ya Allah, langsung tak ikhlas ! Silap haribulan, kau sendiri tambah dosa sebab mengumpat dan mengata dia. Mahukah kau ? Bayangkan betapa sedihnya orang tu kalau dia tahu. Mungkin dia akan rasakan penyesalan ini sia-sia. Hidup umpama roda, sekarang, kau lihat betul-betul, kau atau dia yang sedang melakukan kesilapan ? Konklusi, maafkan saja, ikhlaskan hati, kembalilah bersaudara.
Of course, everybody makes mistakes, and we've all been young and stupid. But people need to have a sense of respect, particularly in this business, because hundreds of people are ready to take your place at any time. Maybe some people should think about that.
Akhir kata, aku mohon maaf jika ada kesalahan atau kesilapan, jika aku pernah buat kau terluka, jika aku pernah buat apa sahaja sehingga kau marah, jika aku pernah terkasar bahasa, apa sahaja, maafkan aku. I really mean it.
Has this cat been talking about your furniture ? Click here
Bila kita maafkan orang, akan ada satu feel satisfied dalam diri kita. Kita puun buat salah. orang lain pun sama. So tak salah pun kita maafkan orang :)
ReplyDelete@Ardini Izzati
ReplyDeleteA'ah kan, jiwa lagi tenang, rasa puas :)
setiap org pasti membuat kesalahan..yang penting kita maafkan kesilapan orang lain dan meminta maaf sekiranya kita membuat salah :)
ReplyDeletelagi satu bila kita pendam atau marah je,hati kita yang sakit,org yg kita marah tu tak effect apa pun.. membazir je kita skt kan hati kita sendiri =)
ReplyDelete@Liza Razak
ReplyDeleteYe betul tu. Jangan ada dendam :)
@Cik Penguin_Solehah
ReplyDeleteSangat setuju !