18.11.13

Ujian

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam dunia ni, setiap satu manusia akan diuji. Diuji oleh Yang Maha Kuasa untuk dinilai tahap keimanan. Ujian yang diberi boleh jadi apa sahaja, kehilangan, penceraian, cinta yang bertepuk sebelah tangan, kematian, mahupun kemewahan dan kejayaan.

Dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai dugaan; dan kepada Kami-lah kamu semua akan dikembalikan. [Al-Anbiyaa’: 35]

Ya betul, kemewahan dan kejayaan. Dengan kemewahan yang kau ada, Dia mahu lihat sejauh mana kau panjatkan rasa syukur, seprihatin mana kau peduli tentang orang lain, sebaik mana kau mahu berkongsi. Adakah dengan kemewahan itu engkau makin dekat padaNya atau semakin jauh terbabas dari landasan...

Ujian juga datang dari segi masalah keluarga, masalah kerja, masalah kewangan, masalah hidup, dan masalah masalah masalah. Setiap orang berbeza tahap ujian yang dikenakan. Kerana Allah tahu kemampuan setiap hambanya. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui.

Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya. [Al-Baqarah: 286]

Jangan sangka orang yang selalu mengukir senyum tiada masalah. Jangan sangka orang yang tidak pernah mengadu tiada masalah. Boleh jadi ujian yang mereka terima lebih berat, cuma mereka memilih untuk tidak berkongsi dan simpan sendiri.

Ada insan yang perlu luah apa yang dirasa. Berkongsi cerita dengan harapan ada yang memahami dan membantu. Terpaksa membuka pekung di dada demi kebaikan di hari-hari mendatang. Sokongan yang ditagih untuk menambah kekuatan diri menghadapi ujian.

Sama ada memilih untuk simpan sendiri atau berkongsi, ada satu persamaan. Persamaan yang mana keduanya tetap memilih satu jalan iaitu mengadu kepada Dia Yang Satu. Fitrah manusia kembali kepada Pencipta. Mengadulah, menangislah. Dia sentiasa mendengar tiap butir bicara. Dia sentiasa melihat tiap titis air mata yang gugur.

Ingat, Allah uji sebab Allah sayang.


Anda tahu tentang rokok tidak sah?

2 comments:

  1. abg pon baru di timpa ujian semalam..
    tapi alhamdulillah..
    xde apa-apa yang x elok berlaku..
    ╔════════════════════════╗

    ║ My Blog ► http://abgdude.com/blog

    ╚════════════════════════╝

    ReplyDelete