23.6.13

Minggu Destini Siswa

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pelajar ---> Wirawati ---> Mahasiswi

Alhamdulillah. Aku telah memasuki fasa baru dalam hidup aku. Sekarang, aku telah sah menjadi penuntut program Asasi Sains di UiTM Puncak Alam. Fasa baru yang menakutkan dan mendebarkan. Fuhhhh.

2 Jun yang lepas, dengan barang yang sangat banyak, aku daftar di Kolej R4, UiTM Puncak Alam. Kolej R4 ni campur dengan senior. Rumah yang aku duduk ada 4 orang senior. Satu rumah ada 4 bilik. Satu bilik ada 2 orang. Alhamdulillah, berkat sesi pujuk-memujuk dengan akak di kaunter pendaftaran, aku berjaya dapat sebilik dengan Aina. Kolej kediaman di PALAM memang cantik. Betul, tak tipu.





Bermulalah Minggu Destini Siswa aka MDS. Pelajar Asasi Sains dan Kejuruteraan yang mendaftar di PALAM hampir 3000 orang. Ramai gila weyh. Takut tengok ramai-ramai ni. Dah tu semua pandai-pandai. Rasa diri ini sangat kerdil dari segi fizikal dan mental ._. 3000 pelajar baru yang diuruskan oleh hanya 100 lebih pemimpin mahasiswa. Kalau aku jadi abang kakak PM ni, pengsan dah hoi. Hari pertama MDS ni hanya ada taklimat ringkas je sebab pelajar lelaki masih belum mendaftar. Dorang daftar lewat sehari. MDS ni penat sebab nak kena jalan jauh. Kes buli dera dari abang kakak PM tak wujud. Dorang baik-baik belaka :>
Pembahagian tag sementara. Aku group B1. Find and spot me bebeyh !

Hari kedua MDS, berpakaian sukan. Pagi tu ada senamrobik. Dan terflashbacklah kenangan masa PLKN. Termenung dalam beberapa saat, rasa macam dah sampai Segari buat senamrobik dengan wira wirawati semua. Bergenanglah juga air mata. Okay kembali ke alam realiti, dang. Punyalah semangat aku nak senamrobik bila dah terflashback kenangan PLKN. Tup tup sekali tu, senamrobiknya agak bosan -.- Tak macam senamrobik PLKN. Kalau senamrobik PLKN, confirm berpeluh dan semua pergerakan dapat ikut. Tapi senamrobik MDS ni, aku berpeluh sebab panas mentari. Sorrylah Kak Syu, Abang Eby and Abang Hanis, bukan salah korang yang pasti. Korang tetap the best ! Lepas tu kelas menyanyi. Haha biasalah, nyanyi lagu UiTM. Tajuknya, UiTM Di Hatiku. Bila dah bosan nyanyi, games seperti Karipap, Siput, Banana, tepuk tepuk semua tu dan lain-lain akan bermula haha.

Ni sesi perkenalkan rakan sebelah.

Ni abang-abang MC yang paling mantap ! Penat gelak je weyh dengan dorang ni. Lagi sorang, Abang Jimmy. Memang ngamlah bertiga.


Kemudian ada taklimat pendaftaran akademik. Masa inilah PM akan bantu korang untuk settlekan borang-borang dan dokumen yang perlu ada untuk sesi pendaftaran akademik. Dan untuk pengetahuan korang, bila korang dah mendaftar akademik, barulah korang sah menjadi siswa siswi UiTM. Petang tu ada senamrobik lagi. Hoi pengsan hoi pagi petang bersenamrobik. Nasib baik yang petang best sikit senamrobiknya. Ada 6 lagu. Mirae, Trauma, On The Floor, Dance Pe Chance, Bara Bara Bere Bere & Rainy Days.

Abang Eby & Kak Syu

Malam pula, ada kuliah Maghrib dan games.

Hari ketiga MDS. Hari pendaftaran akademik untuk siswa dan sebahagian siswi. Siswi terpaksa dibahagikan kepada dua kumpulan sepanjang MDS ni. Aku tergolong dalam kumpulan siswi yang digabungkan dengan siswa. Satu lagi kumpulan, semua siswi. Kumpulan aku ni siswi sikit je so terasa diri dijaga dan dihargai okay. Hahaha. Lepas daftar ada sesi bergambar dengan kumpulan masing-masing. Petang ada taklimat kolej. Malam pula taklimat keselamatan.

Taklimat kolej

Kinah, me, Aina, Aini

Hari keempat MDS. Pagi sampai petang aku tak ada. Ada appoinment dengan pihak hospital. 5.00pm baru aku balik kolej. Patutnya ada senamrobik lagi petang tu tapi dibatalkan sebab hujan. So hanya buat senam seni Negeri Sembilan, senaman si tommy dan nyanyi lagu Sahabat dengan gaya. Okay, ini paling best ! Awesome gila bila buat dengan siswa. Gema satu plaza tu haha. Dan terflashbacklah lagi kenangan PLKN bila buat senaman si tommy dan nyanyi lagu Sahabat. Wuwuwuwuuuuu rindu. Part nyanyi lagu Sahabat tu aku nangis. Cover woi cover. Kalau kantoi nangis tak ke malu. Dan masa minggu MDS ni, aku banyak kali salah sebut weyh. Malu malu. Nak sebut siswa siswi, tersebut wira wirawati. *tutup muka*


Hari kelima MDS. Pagi tu majlis perasmian MDS.







Kemudian ada taklimat lagi dan ceramah akhlak remaja. Haaaaaaa malam paling best ! Majlis penutup MDS. Malam tu adalah malam paling banyak gelak dalam MDS. Dengan MC yang sangatlah kelakarnya. Tahniah Abang Jimmy dan Abang Shah ! Dengan persembahan wakil pelajar baru yang tersangatlah syioknya. Paling best parody pasal abang kakak PM. Terbaik ! Dengan persembahan abang kakak PM yang tersangat best dan menyentuh perasaan. Abang kakak PM nyanyi lagu Sahabat dan Masihkah Kau Ingat sebelum majlis berakhir. Aku nangis sebenarnya tapi cover hahaha.





Macam manggis hahahaha.

Siapa tak sedih hoi, aku terpaksa hadapi dua perpisahan besar-besaran dalam jangka masa pendek - Berpisah dengan warga Kem PLKN Segari yang dah dua bulan bersama. Berpisah dengan abang kakak PM yang baru nak mesra.

Apapun, terima kasih kepada semua abang kakak PM yang bertungkus lumus membantu dan menjaga kitorang sepanjang MDS. Sayang akak abang semua :*


Share your "Blown Away Moment" to win prizes that'll literally blow you away !

10 comments:

  1. rindu selendang purple tu :)
    uitm dihati . btw , done follow u .

    ReplyDelete
  2. rindu selendang purple tu :)
    uitm dihati . btw , done follow u .

    ReplyDelete
  3. rindu selendang purple tu :)
    uitm dihati . btw , done follow u .

    ReplyDelete
  4. gud luk dik! slamat menjadi warga uitm!!

    ReplyDelete
  5. Good luck d tempat baru adik :)

    ReplyDelete
  6. welcome to PALAM:D:D belajar elok2!:)

    ReplyDelete
  7. @ainiey samsudin

    Nahh ambillah selendang kita ni :p
    Thanks.

    ReplyDelete