8.11.13

Konsert Ekspresi Harian Metro

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

16 Februari 2013

Sebenarnya ayah yang teruja nak pergi, nak tengok Ramli Sarip katanya. Aku dengan adik-adik ikut je lah. Mak tak payah diajak sebab memang mak takkan pergi hahaha. Mak mana suka benda-benda cenggini, tempat yang sesak, ramai orang memang a big no. Aku pun agak terujalah sebab dah lama tak pergi konsert walaupun ini konsert percuma. Apadehal bro, kita layan je lah hehe.

Konsert yang diadakan di Dataran Merdeka ini bersempena dengan Hari Wilayah Persekutuan oleh Harian Metro dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan radio rasmi, Hot FM. Seramai 20 artis tempatan mahupun dari negara jiran telah membuat persembahan pada malam tersebut.

Disebabkan kami sampai agak lambat, kami tak dapatlah tengok semua persembahan. Masa kami sampai tu, Najwa Latif dan Sleeq di atas pentas. Tapi tak ada gambar sebab masa tu sangat sangat sangat jauh dari stage.

 photo DSC_00021_zps86f0c348.jpg
Pengacara pada malam itu, Along dan Nabil

 photo DSC_00101_zps8db8cade.jpg

 photo DSC_00211_zps5697c8aa.jpg
 photo DSC_00321_zpsbc20cb98.jpg
Zivilia Band. Agak tergamam bila dorang perform lagu Kokoro No Tomo sebab lagu tu..... Hahaha takpelah. Kalau orang tu baca dia tahulah kenapa.

 photo DSC_00671_zps3d28b202.jpg
Angah & Ayah

 photo DSC_00731_zps7eca6abb.jpg
Ratu rock negara, Ella

 photo DSC_00981_zps6d979c50.jpg
 photo DSC_01171_zps18f43186.jpg
Yeayyyyy papa rock Malaysia, Ramli Sarip

 photo DSC_01511_zpse11064fc.jpg

 photo DSC_01941_zps29ae36df.jpg
Ni persembahan dari apa entah, rentak Gangnam Style tapi tukar lirik. Kelakar weyh !

 photo DSC_02441_zpsa057c7c3.jpg

 photo DSC_02531_zpsd9f22f4e.jpg

 photo DSC_02551_zps74d41290.jpg

Dengar cerita 9 November ini ada satu konsert khas di Taman Tasik Titiwangsa sempena ulangtahun yang ke-100 RHB Bank. Moh lerrrr !


1 comment: