Showing posts with label sambutan. Show all posts
Showing posts with label sambutan. Show all posts

29.1.16

#Part1 - Surprise & DubuYo

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad lepas, Epi datang Selangor kononnya nak keluar dengan birthday girl lah. Mula-mula aku tak bagi pun dia datang, jauh kot. Aku lek je pun kalau dia tak sambut birthday aku *yelah sangat haha*. Tapi sebab dia dah buat ayat sedih and hari tu memang tak ada plan dengan famili, aku setuju je lah.

Masa dalam kereta tu aku perasan dah padia lah mamat ni tersenyum-senyum. Lepastu tetiba dia bagi bunga. Okay, maluuuuuu hahaha. First time kot dapat bunga. Fefeeling pwincess haha ada ke princess dapat bunga haha diam.

Jatuh cinta ahhhh cantik sangat 

And then tiba-tiba dapat call dari unknown number. Bila angkat, dia tanya rumah kat mana, nak delivery. Aku dah konpius, delivery apa pula. Ada ke poslaju kerja hari Ahad? Tanya dia delivery apa pastu dia cakap awak tunggu je lah. Eh eh dia. Lepastu aku bagi direction rumah pun tunggang terbalik haha sebab aku pun tak ingat nama jalan -.- Last sekali nasib baiklah jumpa. Rugilah juga sebab dia delivery time aku tak ada kat rumah. Tak cukup surprise iols haha.

So birthday girl lagi satu yang tolong terimakan. Gambar dari instagram @supriseplanner_ir

Aku clueless gila taktahu siapa bagi. Mula-mula ingatkan Epi tapi dia kata bukan. Aku jerit-jerit dalam kereta sampai dia cakap siapa yang bagi. Rupa-rupanya...


Thank you, Aidot & Dijot! Ingatkan korang tak ingat aku dah cuti-cuti ni hahaha. Love you girls 


Masa dalam kereta lagi, Epi cakap ada lagi hadiah. Dia bagi satu kotak. Aku taknak buka sebab sayang nak leraikan reben dia haha. Tapi dia paksa buka juga. Seronoknya ada banyak-banyak benda hehehe!


Paling penting ada ni! Fon aku sekarang tak ada tempered glass haha memahamikan epi ni. Buka-buka, jeng jeng jeng ada bunga-bunga. Pink pula tu! Suka suka suka hiks. Next entri aku bagi gambar okay.


So kami plan nak pergi makan Korean cuisine sebab aku dah lama teringin. Disebabkan kedai makanan Korea halal yang lain agak jauh, so kami decide pergi Dubu-Dubu je. Ohh dorang dah tukar nama, DubuYo. Tuhan je tahu betapa bahagianya dapat makan ni setelah sekian lama terseksa craving masa tengok Running Man...


Cheese bibimbap. Sedapnya kimchi!

Honey garlic bulgogi.

Percayalah dalam seminggu ni aku akan teringin lagi sebab hari-hari aku marathon Running Man haha. DubuYo yang kami pergi ni kat Berjaya Times Square. Banyak lagi cawangan kat tempat lain. Engkorang boleh google ye. Kat sini aku sertakan menu DubuYo ni, biar air liur engkorang meleleh.





DubuYo
Website: http://www.dubuyo.com/index.html
Facebook : DubuYo

27.1.16

Our Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah, genap dah umur aku 21 tahun dan Angah 18 tahun pada 23 Januari yang lepas. Yessss,  birthday kitorang memang sama tarikh haha jangan tanya aku macam mana. Disebabkan birthday kitorang jatuh pada hari Sabtu, syoklah dapat keluar dengan mak ayah sebab dorang cuti. Adik tak ikut. Biasalah budak lelaki, dah besor malas nak keluar, duduk rumah main game. Mula-mula plan nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi fikir-fikir balik, Adik yang teringin nak makan tapi dianya tak ada, so tukar rancangan. Makan kat sebelah The Chicken Rice Shop.

Kami makan dekat Restoran Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk. Ambil family set, harga lebih kurang RM50. Set ni termasuk bahan-bahan steamboat dan dua mangkuk nasi goreng. Kami ada juga tambah makanan lain.

Credit : SFRZNRH

Pipi bulat sebab ada makanan...


Lot LB-1A,Level 1, Plaza Shah Alam,
 Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 - 5510 3359
Facebook : Pak Long Nelayan Steambot & Luk Luk

Kuah untuk steamboat kami pilih tomyam. Not bad tapi agak manis. Lama-lama makan bertambah manis pulak rasanya hahaha. Teringin nak makan Johnny's. Suka sangat tomyam dan sos dia. Tapi orang kata Johnny's tak halal T.T



Lepas makan, mak bawa ke Poh Kong. Dapat hadiah hehe tapi bukan cincin kat atas ni ok. Terima kasih, Mak Ayah 

Terima kasih kepada semua yang wish di facebook, twitter, instagram dan whatsapp. I'm blessed to have you guys in my life ♥ Moga aku dan angah akan menjadi lebih baik sempena umur baru ni :)

11.8.14

Aidilfitri 2014

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Gambar-gambar raya tahun ni. Pilih yang lawa-lawa je untuk upload hehe. Sebenarnya tahun ni tak bergambar sangat pun. Semangat raya tahun ni kurang sikit. Apapun syukur Alhamdulillah, Allah masih beri kita kesempatan untuk beraya tahun ni :)

Antara gambar keluarga yang ada kat aku.









Lepas salam, makan semua, yang perempuan layan tetamu kat dalam rumah, yang lelaki ini kerjanya haaaaa.


Beraya ke rumah Mak Yah.

Balik kampung.



Raya ke-4 naik Cameron Highland sebab tak buat apa-apa kat rumah opah. Tak plan pun hehe.











Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Mohon maaf zahir & batin :)

Get people to stop and stare when you have one of these.

26.6.14

#SelangorSampaiMati

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Walau panas matahari,
Walau hujan turun lagi,
Kami setia menyokong Selangor,
Beginilah menyokong Selangor.


Yahhh, I was there. Sama-sama rasa gembira bila Selangor gol. Sama-sama rasa sedih bila PKNS gol. Sama-sama rasa kecut perut tunggu abang-abang IMD update game JDT-Sarawak. Sama-sama rasa kecewa bila dapat tahu JDT gol dan akhirnya Selangor-PKNS seri. Sama-sama hingga ke akhir.

Ini masih happy lagi, sebelum keputusan seri.

Aku suka pergi stadium tengok game Selangor. Sebab masa tu lah aku dapat rasa satu semangat yang aku tak dapat kat tempat lain. Semangat para pemain dan penyokong. Orang yang kau tak pernah kenal kat luar tapi boleh borak rancak sama-sama dalam stadium pasal bola. Dalam stadium jugak kau boleh rasa macam mana semua bergabung menjadi satu. That's cool, man!

Credit : Ultrasel Curva

Apa pun semalam, Selangor tetap juara di hati penyokong-penyokong Selangor. Tahniah, para pemain yang berjuang hingga ke saat-saat terakhir. Paling penting, tahniah, Mehmed Durakovic. Aku berani kata dia telah berjaya membentuk sebuah pasukan hebat walaupun tanpa pemain bintang. Well done, coach!

Sedih memang sedih. Tapi ingat satu je, bukan rezeki kita. Kita tunggu Piala Malaysia pula :)


Komen paling win aku rasa :)


Credit : Ultrasel Curva

Ultrasel, tanpa engkorang, mungkin stadium tak semeriah sekarang. Engkorang memang terbaik. Jujur aku cakap ni, kalau aku lelaki, confirm aku dah join engkorang. Chants semua aku dah hafal haha.




Bukti k aku tak balik awal. Sampai betul-betul habis aku tunggu. Masa ni sayu sikitlah. Tapi best sebab penyokong semua tetap bagi sokongan. Lagi satu, dapat tengok live Abam Parijal (bukan nama sebenar) bukak baju hahahahahaha.


Dan ini untuk ayah dan angah yang sibuk cari Abam Najmi semalam. Pening aku haha.

Sebenarnya nak upload audio Loy nyanyi meratapi kekalahan Selangor tapi tak boleh upload pulak. Macam tahu-tahu je aku nak buat jahat hahaha. Loy kata kalau aku dapat UiTM Shah Alam degree nanti, dia nak bawa aku pi stadium setiap kali ada game. Engkorang tolong ingat sekali janji manis Loy ni haha. Loy, ada rezeki jumpa kat stadium lepas raya k! 

Ini je yang dapat diselamatkan.

Liga ni, liga yang paling banyak kali aku pergi tengok match kat stadium. Antara benda yang menghabiskan duit ayah sepanjang aku cuti hahaha.

Ohh lupa. Tahniah JDT :)



Football fans, you need to watch this because this could be you.