Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

23.8.14

#SelamatPulangMH17 #MengenangMH17 #MalaysiaBerkabung

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Asmaa tunjuk macam-macam gambar personal Kimi and Abderahman dalam henfon dia. Yang dia tak bubuh kat Instagram. Ya Allah, Kimi memang sangat sayang pada Abderahman. Bayangkan, kalau berjalan, tak payah bawak stroller pun sebab dia sanggup dukung dan pegang Abderahman ke mana-mana. Pastu, Asmaa tunjuk aku satu video. "Masa ni Abderahman tak boleh tidur. Dia cranky pasai pa tak tau. So Kimi dukung anak dia ni.....hang tengok ni," Asmaa pun play video tu. Nampak kelibat Kimi yang tinggi lampai dalam video tu. Dia dukung Abderahman. Tak nampak muka Kimi sangat sebab cahaya lampu tidur agak malap. Dalam video itu, terdengar suara Kimi sayu dan perlahan mendodoikan zikir Hasbi Rabbi kepada anaknya. "Hasbi rabbi....Jallallah...hasbi rabbi ghairullah...mafi qalbi...ghairullah...." Aku pegang paha Asmaa. Aku menangis teruih. Gila sapa boleh TAHAN?? Itulah antara video yang Asmaa share dengan aku. Ada juga video Kimi bagi Abderahman mandi, Kimi potong rambut Abderahman. Kimi dukung Abderahman sebelah tangan sambil sebelah tangan duk buat kerja kat computer. Kiranya kalau Kimi kat rumah (not flying), dia pegang anak dia 24/7. Makan bersama, buat kerja bersama, main bersama, tidur bersama.
Oh ya, ampa lani duk kemaruk layan Zul Ariffin kat drama Rindu Awak 200% kan? Asmaa sekarang sangat rindu kat Kimi. Dan rindu Asmaa untuk Hakimi, lagi berjuta juta persen. Hanya Dia yang tahu.

Di atas ini adalah sebahagian daripada coretan rakan karib Asmaa (isteri kepada arwah Hakimi). Nak baca cerita penuh, boleh terus pi ke blog JumieSamsudin.com Aku memang tak tahan baca, habis keluar segala air mata. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Moga ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa MH17 terus tabah. Salam takziah.



Rakan-rakan First Officer Ahmad Hakimi Hanapi dan First Officer Muhamad Firdaus Abdul Rahim telah sepakat untuk melancarkan tabung bantuan bagi membantu keluarga mangsa. Ahmad Hakimi telah meninggalkan seorang balu, Sharifah Asmaa Alwee Aljuned dan seorang anak, Abderrahman yang berusia 9 bulan. Manakala Muhamad Firdaus meninggalkan seorang isteri yang sedang mengandung, Zarith. Marilah kita sama-sama membantu mereka.


Asmaa's Maybank account : 
1571-5774-6653 

Nurzarith's Maybank account : 
1141-6099-6873

23.6.14

Minaz Boutique Eid Collection Official Launching & Minaz 3rd Anniversary

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari tu telah dijemput ke majlis anjuran Minaz Boutique sempena ulangtahun ke-3 mereka dan launching koleksi raya. Memang meriah dan rambang mata! Rasa macam nak semua untuk raya tahun ni hehe.

Sebelum tu nak habaq, gambar majoriti dari Instagram Minaz Boutique ye. Iols tak menyempat nak ambil gambar. Lagipun, photographer malam tu Azrianna yang letop letop tu, mana boleh lawan hehe.


Kak Pija, owner Minaz







Bukan rambang mata nak pilih baju je, nak makan pun iols rambang mata hehehe :p




FL dan Datin Najah pun ada haaaa.

Duta Minaz, Wawa Zainal 

Okay, di bawah ini adalah koleksi raya Minaz Boutique tahun ini. Nak beli semua pun takpe. Raya kan sebulan hahaha. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Instagram Minaz Boutique atau www.minaz.com.my

Kurung Lacey Natasha

Kurung Prada Aleesha

Kurung Prada Bella

Kurung Prada Selina

Lacey Dress Ayraa

Lacey Kurung Najlaa

Miss Sofina

Prada Dress Elsa

Sequin Qistina

Tahniah Kak Pija dan Team Minaz dah 3 tahun bersinar! Semoga terus maju dan sukses :) Terima kasih jemput iols dan bagi goodie bag best. Dan terima kasih Kak Fida, teman iols.


Want your Instavideo featured on the YouTube masthead?

6.12.13

Contest SEO Eridy

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rasanya lama juga tak join contest yang memerlukan entri di blog. Jadi, kali ni tergerak hati nak join Contest SEO Eridy. Macam best je, macam best je. Jemput singgah ke Blog Eridy ye.


Contest SEO Eridy ini memerlukan kepakaran dalam SEO. Tapi sayangnya, aku tak reti pun main SEO ni. Takpelah, mungkin dengan contest ni boleh mengajar aku bermain SEO dengan lebih baik di samping dapat berkenalan dengan rakan blogger lain.

Mana tahu rezeki aku ada dalam Contest SEO Eridy. Setiap orang ada rezeki masing-masing. Inshaallah, rezeki tak lari :)


Ingin memiliki Rainbow Al-Quran dan fish eye lens dengan harga yang murah?

3.7.13

#45 Wordless Wednesday - Rindu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Skyping with ex roommate


19.2.13

Video Irine Nadia & Amirul

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari tu dah tengok video-video Maria Elena kan ? Malam ni kita layan video-video Irine Nadia pula :)
Boleh menang gaun yang direka khas ni ? Cantik.. Nak !

17.2.13

Majlis Perkahwinan Irine Nadia & Amirul

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello kan... Seorang blogger femes yang bakal menjadi ibu. Heee iols pulak yang tak sabar nak tengok baby :p Walaupun majlis perkahwinan mereka telah berlangsung lebih kurang 8 bulan yang lepas, iols tetap nak share gambar perkahwinan dorang ni. Motif ? Sebab iols suka tengok dan mungkin boleh jadi inspirasi buat bakal-bakal isteri dan suami :) Kredit gambar sepenuhnya kepada blog sis Irine.





























Nak ni sangat-sangat...













Boleh ke buat duit poket guna iPhone ? Cubalah !