Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

6.11.13

Buku Fixi : Murtad

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Karya - Hasrul Rizwan

Sinopsis :

Adam terus menekan punat pada briefcase hitam lalu dibukanya perlahan-lahan. Adam terbelalak. Akhil terlopong. Masing-masing berganjak ke belakang.

Dua pucuk pistol automatik berkilatan hitam, sekeping envelop, kunci kereta dan juga sejumlah wang tersedia di dalam beg yang terpelahang buka.

Adam menutup kembali beg itu. Matanya terpejam rapat. Akhil menelan liur.

"Kerja gila apa sebenaqnya ni... haaa??" Akhil bertanya keras.

"Ini adalah kerja untuk agamamu. Benar. Seperti yang kamu fikir dan apa yang kamu lihat sekarang."

"Hang nak suruh kami buat apa? Bunuh orang?"

"Ya."

"Nakharrom."

"Kamu akan diberi tugas untuk membunuh orang-orang yang MURTAD."


Ini adalah buku fixi pertama yang aku beli dan yang aku baca. Bagi mereka-mereka yang belum pernah berkenalan dengan buku fixi, silalah lakukan segera kerna anda pasti jatuh cinta!

Ternyata, Murtad tidak menghampakan aku. Murtad memang satu karya yang lain daripada yang lain. Hasrul Rizwan berjaya membuat aku jatuh hati terhadap Adam dan Akhil. Tahniah, bro.

Adam dan Akhil ni asal utara. Depa kembar seiras. Kadang-kadang aku pun konpius juga mana Adam mana Akhil hehehe. Kulit depa ni kuning langsat, muka depa iras lelaki Siam, mata sepet. Tinggi depa pula lepaslah nak jadi model. Depa ni memang perempuan minatlah, hensem habaq hang.

Loghat utara membuatkan novel ini lebih menarik. Sebab aku ada darah utara mengalir dalam badan, jadinya loghat utara ni memang favourite. Paling suka tang 'nakharrom'. Dengan aku-aku sekali automatik sebut nakharrom.

Novel ini menceritakan kisah hidup depa yang berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja, ditawarkan pekerjaan membunuh orang murtad, kisah cinta depa. Lawak ada, serius ada, macam-macam ada. Rugi tak baca. Sedikit sebanyak bila hang baca novel ni, adalah terdetik rasa insaf dalam hati, inshaallah.

Kan sejak dua tiga menjak ni banyak kes mati kena tembak kan... Kadang aku terfikir, entah-entah Adam dan Akhil betul-betul wujud dan sedang menjalankan tugas mereka. Jeng jeng jeng.

Aku punya special sikit. Muehehehe.

Rating : 5/5


Join the contests on Facebook to win one of 7 devices and many other prizes! 

21.2.13

Novel : M.A.I.D.

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Karya - Suri Ryana

Sinopsis :

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berrhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip' ?


Novel ni ada 753 muka surat dan aku berjaya habis baca dalam masa tak sampai satu hari ! Jyeah satu pencapaian baru hehe. Best baca novel ni sebab konflik yang timbul tak terlalu berat. Tak stres baca. Paling suka watak Harris, terutamanya Harris selepas kahwin. What a charming guy ! Kepada kaki novel yang belum cuba novel ni, uols patut dan perlu cuba :)

Rating : 4/5


[Survey] Menangi baucer Starbucks setiap hari dan 2 iPad Minis daripada SAYS !