20.3.15

Mira's Birthday Surprise!

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

7 Mac 2015, birthday Mira. Pening jugalah fikir nak buat apa untuk dia. Walaupun Mira dah taknak lepak bilik kitorang, tapi kitorang masih ingat awak tau Mira. Okay, lepas baca ni confirm Mira serbu bilik japgi hahaha. Terima kasih ahkak Iz bawa kami keluar pi beli barang semua walaupun lepastu kena teman ahkak Iz dating hehe hashtag Nadiah dan Aifa redha.

Selfie lipstick baru hikhikhik

Taraaaaa! 

Kek cair dah sebab Mira balik lambat. Sampai tertidur-tidur kami tunggu.



Sama dak dengan gambar kat dinding tu? Hehe

Terima kasih Pain belikan kepci dan berlakon tipu Mira.


Terima kasih tolong lap setiap air mata aku. Dan terima kasih selalu kejutkan aku malam-malam untuk dengar cerita kau yang kadang-kadang agak hambar tu hahaha.

Menumpang japlah. Birthday sis waktu cuti, memang tak dapatlah surprise gini haha.

Happy birthday again Mira! Love yaaaa muahhhh :* Fakulti lain-lain inshaallah tak akan pisahkan kita cewahhh.


18.3.15

Happy Birthday, Ladies!

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Happy birthday, favourite girl!
Welcome to the club hehehe.
Semoga berjaya di dunia dan akhirat.
Semoga menjadi anak yang solehah
dan mungkin akan datang, isteri yang solehah inshaallah hehe.
Semoga persahabatan kita until jannah inshaallah.
Tak ada ayat hebat nak karang malam ni.
Cukuplah sekadar kau dan Tuhan tahu sebanyak mana sayang dan rindu aku untuk kau.
Rindu.
Rindu sangat.
Kalau boleh diulang masa, nak ulang balik masa zaman sekolah menengah.
We used to be there for each other.
Makan sama-sama masa belajar dalam kelas.
Gosip sama-sama.
Nyanyi lagu ombak rindu hari-hari.
Rindunya.
Jangan lupa aku tau!
Dan jangan lupa, aku cop tempat nak jadi bridesmaid ;)


Last but not least,
Happy birthday, Kak Anne!
Semoga sentiasa dirahmatiNya.
Bila nak datang Melaka? Hehe.
Rindu!
Have a blast ;)


11.3.15

Bila Nampak Dia

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ada orang tanya,
"Kau tak sedih ke bila terserempak dengan dia?"

Kalau kau rasa apa yang aku rasa saat aku nampak dia, kau mungkin tak akan terfikir untuk tanya soalan ni. Cuma aku pilih untuk tak tunjuk apa yang aku rasa. Aku simpan dalam-dalam.

Aku pilih untuk tunjuk pada semua, seorang gadis yang bahagia dengan apa yang dia ada sekarang, yang dah move on dari kisah lama. Itu yang kau nampak kan?

Tapi sebenarnya, setiap kali aku ternampak dia; kaki menggeletar, jantung berdegup kencang, darah mengalir laju dan hati menangis. Iya, itu yang aku rasa. Dan sebab itu setiap kali aku ternampak dia, aku akan diam dan memaling muka, cuba sedaya upaya untuk sembunyikan apa yang aku rasa.

Hakikatnya, Nadiah ni tak kuat mana pun.

Faham? :)


10.3.15

#2 Dija Dah 20

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Disebabkan birthday Dija hari tu masa cuti, baru sekarang sempat nak buat surprise untuk dia. Itu pun sebab masa keluar sesama dia berkenan dengan satu patung arnab ni, so aku dengan Aida pun dapat idea nak buat surprise sikit. Memang kalutlah tak prepare awal, main hentam je buat. Kebanyakan barang yang diguna pun apa yang ada dalam bilik je hahaha. Tapi mesti lagi best kalau Kakyong ada sobsobsob!

Taraaaa! Bertungkus lumus siapkan dengan Aida haha. Jaga Nada baik-baik tau dija!

Ohh sempatlah juga buat video sebelum turun bilik Dija. Memang jemah sangat aku dalam video ni hahaha. Ekslusif post kat sini je, tempat lain tak ada hehe. Pardon our kejemahan kahkahkah.




27.2.15

Aina Dah Tua

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Rindu rindu rindu.

Walau jauh di mata, tapi dekat di hati.
Walau tak ada di sisi, tapi ada di dalam doa.

Banyak benda yang kita dah lalui sama-sama.
Pasang surut persahabatan kita.
Segala rahsia dan cerita dari zaman sekolah tetap dalam genggaman.
Segala macam jenis crush yang buat kita gelak sama-sama bila ingat balik.

Happy 20th birthday, Aina!
Moga sentiasa berada di bawah payung rahmatNya.
Moga cepat kahwin dengan ot (aku bridesmaid ok).
Moga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
May every dream of yours come true.
You're such a great friend.
Stick with me okay!
Forgive me if I ever hurt you.

Dah tak reti nak tulis ayat padu-padu macam dulu.
Terimalah Nadiah yang sekarang seadanya hehe.
Love you, muahh sikit :*

24.2.15

#NohMieza

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Cuti sem ni aku banyak attend kenduri kahwin je sebenarnya. Seronok tau tengok orang kahwin ni, dahlah makanan sedap-sedap hehe. Kenduri yang paling latest adalah kenduri kahwin Abang Noh, sepupu aku. Disebabkan kami pihak lelaki, majlis nikah dan resepsi buat di Pahang. Kiranya, ni short getaway sebelum sem baru bermulalah eceh haha.

Kami bertolak pagi Jumaat. Disebabkan tengah cuti raya cina, memang jalan sesak.

Berhenti di R&R, berkelah makan nasi lemak Kak Aty buat. Sedap sangat okay, sesiapa nak tempah boleh pi contact dia.

Masa ni fefeeling dah boleh jadi mak-mak sangat haha.


Aktiviti petang tu kat homestay, siapkan bunga telur dengan sireh junjung.

Majlis akad nikah pada Jumaat malam di rumah pengantin perempuan. Aku yang nerbes lebih orang nak nikah haha.




Paling best, dapat makan ikan patin masak tempoyak. Favourite!


Hehe nerbes ye bang...








Alhamdulillah, sah walaupun dua kali lafaz haha. Fahammmmmmm hahaha.










Keluarga pengantin lelaki :)





Esoknya, majlis resepsi. Seronok sebab ramai sedara mara join, meriah.














































My queen 





Banyak gambar je kan, biarlah gambar berbicara hehe. Naik sem baru ni mesti rindu nak kumpul ramai-ramai lagi :(

Selamat pengantin baru, Abang Noh & Kak Mieza! Ya doakan korang kekal bahagia hingga ke jannah