24.2.15

#NohMieza

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Cuti sem ni aku banyak attend kenduri kahwin je sebenarnya. Seronok tau tengok orang kahwin ni, dahlah makanan sedap-sedap hehe. Kenduri yang paling latest adalah kenduri kahwin Abang Noh, sepupu aku. Disebabkan kami pihak lelaki, majlis nikah dan resepsi buat di Pahang. Kiranya, ni short getaway sebelum sem baru bermulalah eceh haha.

Kami bertolak pagi Jumaat. Disebabkan tengah cuti raya cina, memang jalan sesak.

Berhenti di R&R, berkelah makan nasi lemak Kak Aty buat. Sedap sangat okay, sesiapa nak tempah boleh pi contact dia.

Masa ni fefeeling dah boleh jadi mak-mak sangat haha.


Aktiviti petang tu kat homestay, siapkan bunga telur dengan sireh junjung.

Majlis akad nikah pada Jumaat malam di rumah pengantin perempuan. Aku yang nerbes lebih orang nak nikah haha.




Paling best, dapat makan ikan patin masak tempoyak. Favourite!


Hehe nerbes ye bang...








Alhamdulillah, sah walaupun dua kali lafaz haha. Fahammmmmmm hahaha.










Keluarga pengantin lelaki :)





Esoknya, majlis resepsi. Seronok sebab ramai sedara mara join, meriah.














































My queen 





Banyak gambar je kan, biarlah gambar berbicara hehe. Naik sem baru ni mesti rindu nak kumpul ramai-ramai lagi :(

Selamat pengantin baru, Abang Noh & Kak Mieza! Ya doakan korang kekal bahagia hingga ke jannah 

No comments:

Post a Comment