Showing posts with label food. Show all posts
Showing posts with label food. Show all posts

29.1.16

#Part1 - Surprise & DubuYo

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ahad lepas, Epi datang Selangor kononnya nak keluar dengan birthday girl lah. Mula-mula aku tak bagi pun dia datang, jauh kot. Aku lek je pun kalau dia tak sambut birthday aku *yelah sangat haha*. Tapi sebab dia dah buat ayat sedih and hari tu memang tak ada plan dengan famili, aku setuju je lah.

Masa dalam kereta tu aku perasan dah padia lah mamat ni tersenyum-senyum. Lepastu tetiba dia bagi bunga. Okay, maluuuuuu hahaha. First time kot dapat bunga. Fefeeling pwincess haha ada ke princess dapat bunga haha diam.

Jatuh cinta ahhhh cantik sangat 

And then tiba-tiba dapat call dari unknown number. Bila angkat, dia tanya rumah kat mana, nak delivery. Aku dah konpius, delivery apa pula. Ada ke poslaju kerja hari Ahad? Tanya dia delivery apa pastu dia cakap awak tunggu je lah. Eh eh dia. Lepastu aku bagi direction rumah pun tunggang terbalik haha sebab aku pun tak ingat nama jalan -.- Last sekali nasib baiklah jumpa. Rugilah juga sebab dia delivery time aku tak ada kat rumah. Tak cukup surprise iols haha.

So birthday girl lagi satu yang tolong terimakan. Gambar dari instagram @supriseplanner_ir

Aku clueless gila taktahu siapa bagi. Mula-mula ingatkan Epi tapi dia kata bukan. Aku jerit-jerit dalam kereta sampai dia cakap siapa yang bagi. Rupa-rupanya...


Thank you, Aidot & Dijot! Ingatkan korang tak ingat aku dah cuti-cuti ni hahaha. Love you girls 


Masa dalam kereta lagi, Epi cakap ada lagi hadiah. Dia bagi satu kotak. Aku taknak buka sebab sayang nak leraikan reben dia haha. Tapi dia paksa buka juga. Seronoknya ada banyak-banyak benda hehehe!


Paling penting ada ni! Fon aku sekarang tak ada tempered glass haha memahamikan epi ni. Buka-buka, jeng jeng jeng ada bunga-bunga. Pink pula tu! Suka suka suka hiks. Next entri aku bagi gambar okay.


So kami plan nak pergi makan Korean cuisine sebab aku dah lama teringin. Disebabkan kedai makanan Korea halal yang lain agak jauh, so kami decide pergi Dubu-Dubu je. Ohh dorang dah tukar nama, DubuYo. Tuhan je tahu betapa bahagianya dapat makan ni setelah sekian lama terseksa craving masa tengok Running Man...


Cheese bibimbap. Sedapnya kimchi!

Honey garlic bulgogi.

Percayalah dalam seminggu ni aku akan teringin lagi sebab hari-hari aku marathon Running Man haha. DubuYo yang kami pergi ni kat Berjaya Times Square. Banyak lagi cawangan kat tempat lain. Engkorang boleh google ye. Kat sini aku sertakan menu DubuYo ni, biar air liur engkorang meleleh.





DubuYo
Website: http://www.dubuyo.com/index.html
Facebook : DubuYo

27.1.16

Our Birthday

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah, genap dah umur aku 21 tahun dan Angah 18 tahun pada 23 Januari yang lepas. Yessss,  birthday kitorang memang sama tarikh haha jangan tanya aku macam mana. Disebabkan birthday kitorang jatuh pada hari Sabtu, syoklah dapat keluar dengan mak ayah sebab dorang cuti. Adik tak ikut. Biasalah budak lelaki, dah besor malas nak keluar, duduk rumah main game. Mula-mula plan nak makan kat The Chicken Rice Shop tapi fikir-fikir balik, Adik yang teringin nak makan tapi dianya tak ada, so tukar rancangan. Makan kat sebelah The Chicken Rice Shop.

Kami makan dekat Restoran Pak Long Nelayan Steamboat & Luk Luk. Ambil family set, harga lebih kurang RM50. Set ni termasuk bahan-bahan steamboat dan dua mangkuk nasi goreng. Kami ada juga tambah makanan lain.

Credit : SFRZNRH

Pipi bulat sebab ada makanan...


Lot LB-1A,Level 1, Plaza Shah Alam,
 Jalan Tuanku Ampuan Zabedah 9 E/9
Seksyen 9, 41000 Shah Alam, Selangor
Tel : 03 - 5510 3359
Facebook : Pak Long Nelayan Steambot & Luk Luk

Kuah untuk steamboat kami pilih tomyam. Not bad tapi agak manis. Lama-lama makan bertambah manis pulak rasanya hahaha. Teringin nak makan Johnny's. Suka sangat tomyam dan sos dia. Tapi orang kata Johnny's tak halal T.T



Lepas makan, mak bawa ke Poh Kong. Dapat hadiah hehe tapi bukan cincin kat atas ni ok. Terima kasih, Mak Ayah 

Terima kasih kepada semua yang wish di facebook, twitter, instagram dan whatsapp. I'm blessed to have you guys in my life ♥ Moga aku dan angah akan menjadi lebih baik sempena umur baru ni :)

20.8.14

#NadiahUlyaCafeHopping Cotton Craft

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sebelum cuti hari tu dah buat pinky promise dengan U'lya nak cafe hopping. Mula je cuti haaaa apa lagi... Mula-mula buat research dulu lokasi kafe semua. (Kemain engkorang. Masa dalam asasi dulu tak ada pun nak buat research.)

Finally, kitorang pilih Cotton Craft sebagai kafe pertama. Sebab? Sebabnya masa tu Cotton Craft baru je buka dan U'lya terpikat sebab dia tengok kat instagram Cotton Craft, Che Ta dah datang hahaha.

14 April 2014
#NadiahUlyaCafeHopping

Cotton Craft yang mendapat sentuhan putih dan baby blue adalah sebuah kafe yang cozy dan comel. Yang penting, their food, SEDAP! Menu yang kami pilih hari tu boleh dikatakan a must-try lah sebab dicadangkan sendiri oleh barista.

Credit : Eat Drink KL

Credit : Eat Drink KL

Credit : the outing.

Credit : the outing.

Yes, we're foodies!



Mango Diao & Berry Sparkle

Lamb Swiss Burger. A must-try.

Chicken Chop. A must-try too!

Brownie with ice cream. Sangat sedap! Cair dalam mulut aummmm :D


Sedap sangat sampai dah habis makan pun pejam mata lol.

Cotton Craft
2-01-1, Presint Alami, Persiaran Akuatik, 40000, Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Contact : 018 384 5090 / 012 439 3159
Instagram : @cottoncraft_
Facebook :
Cotton Craft
Website :
www.cottoncraftbytwist.com
Business Hours :
Monday - Sunday : 11am - 12am

Give a pair of wings to Peter Marvey and he will take you on a magical journey!

23.6.14

Minaz Boutique Eid Collection Official Launching & Minaz 3rd Anniversary

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Hari tu telah dijemput ke majlis anjuran Minaz Boutique sempena ulangtahun ke-3 mereka dan launching koleksi raya. Memang meriah dan rambang mata! Rasa macam nak semua untuk raya tahun ni hehe.

Sebelum tu nak habaq, gambar majoriti dari Instagram Minaz Boutique ye. Iols tak menyempat nak ambil gambar. Lagipun, photographer malam tu Azrianna yang letop letop tu, mana boleh lawan hehe.


Kak Pija, owner Minaz







Bukan rambang mata nak pilih baju je, nak makan pun iols rambang mata hehehe :p




FL dan Datin Najah pun ada haaaa.

Duta Minaz, Wawa Zainal 

Okay, di bawah ini adalah koleksi raya Minaz Boutique tahun ini. Nak beli semua pun takpe. Raya kan sebulan hahaha. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke Instagram Minaz Boutique atau www.minaz.com.my

Kurung Lacey Natasha

Kurung Prada Aleesha

Kurung Prada Bella

Kurung Prada Selina

Lacey Dress Ayraa

Lacey Kurung Najlaa

Miss Sofina

Prada Dress Elsa

Sequin Qistina

Tahniah Kak Pija dan Team Minaz dah 3 tahun bersinar! Semoga terus maju dan sukses :) Terima kasih jemput iols dan bagi goodie bag best. Dan terima kasih Kak Fida, teman iols.


Want your Instavideo featured on the YouTube masthead?