21.2.13

Novel : M.A.I.D.

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Karya - Suri Ryana

Sinopsis :

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berrhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip' ?


Novel ni ada 753 muka surat dan aku berjaya habis baca dalam masa tak sampai satu hari ! Jyeah satu pencapaian baru hehe. Best baca novel ni sebab konflik yang timbul tak terlalu berat. Tak stres baca. Paling suka watak Harris, terutamanya Harris selepas kahwin. What a charming guy ! Kepada kaki novel yang belum cuba novel ni, uols patut dan perlu cuba :)

Rating : 4/5


[Survey] Menangi baucer Starbucks setiap hari dan 2 iPad Minis daripada SAYS !

No comments:

Post a Comment