21.1.13

Liga Super Malaysia : Selangor vs Pahang

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



Inilah barisan kita
Yang ikhlas berjuang
Siap sedia berkorban,
Untuk ibu pertiwi !

Sebelum kita berjaya
Jangan harap kami pulang
Inilah sumpah pendekar kita
Menuju medan bakti !


Andai kata kami gugur semua
Taburlah bunga di atas pusara
Kami mohon doa, SELANGOR berjaya !

Semboyan telah berbunyi
Menuju medan bakti !

SELANGOR !!! SELANGOR !!! SELANGOR !!! SELANGOR !!!

Sabtu lepas, sempat meluangkan masa dengan Ayah dan adik-adik di Stadium Shah Alam menonton perlawanan bola sepak antara Selangor dan Pahang. Dah lama juga tak turun stadium. Kali terakhir masa Piala Sultan Selangor edisi ke-11, perlawanan di antara Selangor dan Singapura. Walaupun feminin, aku minat bola kay. Eh femininkah ? Ahhhhh diam ! Hahaha. Okay calon-calon suami mithali yang minat bola, pilihlah saya. Nanti kita boleh layan bola sesama hahaha. Dan aku suka pergi stadium sebab masa ni lah aku boleh menjerit tanpa kena marah dengan ayah. Hehehe peace yo.

Rekod Selangor v Pahang di Stadium Shah Alam [Credit : selangorfc]
1) Pertemuan terakhir: Selangor diikat seri 2-2 Pahang pada Selasa 4 Sept 2012 (PM Grup Round 1)
2) Selangor menang terakhir: 2-1 (Sabtu 2 April 2011 - Super Round 1)
3) Pahang menang terakhir di SSA: Selangor 0-2 Pahang (Rabu 6 Okt 2004 - PM Quater 2) - 9 TAHUN YANG LALU..
4) LIMA pertemuan terakhir di SSA: Selangor menang 4, SERI 1.
=Selangor skor 17, Pahang skor 7 (1 game x skor).
5) TIGA game awal Super13:-
=Selangor home menang 1-0 N9 - away kalah 0-1 Lions - away menang 2-1 Ganu.
=Pahang home menang 3-2 JDT - away menang 1-0 Felda - home menang 2-1 N9.

Memang teruja nak tengok game ni. Yelah kan, musim ni Pahang belum pernah kalah lagi. Dan dengar cerita, Pahang menang kali terakhir di Stadium Shah Alam semasa menentang Selangor adalah pada tahun 2004. Tetapi Alhamdulillah hahahaha ! Pahang berjaya dikalahkan buat pertama kalinya pada musim ini dan rekod Selangor menang dapat dipanjangkan :D Emmmmm hai Safiq Rahim. Selangor berjaya kalahkan Pahang ni hahaha. *lambai tangan* 

Gol pertama tak dapat tengok sebab masa tu tengah beli tiket hahaha. Ngaku je lah wahai penyokong Selangor, masa gol kedua tu memang korang berlagak dah menang kan. Hahaha tup tup ambil kau, seri terus. Bila dah seri tu, memang dup dap dup dap lah. No doubt, Pahang memang kuat dan hebat. Masa tu, kadang-kadang aku rasa macam tengah tengok game Malaysia - Thailand. Gara-gara reff. K tutup cerita.


It was fun ! The game, the players, the reff, the supporters... Really made my night. You did really well, Pahang. And Selangor, good luck and keep it up !

Ohh yaah, aku salahkan reff sebab bagi masa tambahan dalam game Manchester United - Tottenham awal pagi tadi. Bersusah payah aku tengok, last-last seri. Hahahaha.




No comments:

Post a Comment