30.5.14

#PrayForIzzRizzqi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


SUMBANGAN SEIKHLAS HATI UNTUK SI COMEL RIZZQI

NO ACCOUNT TERBARU IBU IZZ RIZZQI
NUR ATIKA RUSDAN 
562375401747 (MAYBANK) 

Izz Rizzqi mengalami sakit jantung berlubang, salur darah ke badan sempit & salur injap sempit. Pembedahan akan dilakukan secepat yang mungkin. Pihak keluarga masih menunggu tarikh pembedahan minggu hadapan. Anggaran kos pembedahan adalah RM50k.

Mohon jasa baik kawan-kawan semua memberi bantuan kewangan kepada ibu ayah Izz Rizzqi. Seikhlas hati masing-masing. Walaupun sedikit, mungkin dengan nilai itu dapat membantu baby comel ini pulih. Sedekahkanlah juga serangkai doa buat mereka sekeluarga. Semoga Allah membalas jasa baik anda semua. Semoga baby comel ini dapat membesar dengan sihat seperti anak kecil yang lain.

#prayforizzrizzqi

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda "Barangsiapa meringankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringankan dirinya di dunia mahupun di akhirat,"
( HR Muslim )


What would you do when your bro hits on your girl?

28.5.14

Pinjaman

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tuhan pinjamkan kau pada aku dalam cuti ni,
untuk aku rasa bahagia,
untuk aku rasa rindu.

Bila aku whatsapp dan kau balas sepatah dua kemudian hilang,
aku mula sedar tempoh pinjaman sudah tamat.

11:17pm
bilik manis bilik


Girls trade boyfriends for good time.

27.5.14

Majlis Resepsi Di Kampung

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Dalam entri sebelum ini, majlis pernikahan dan jalan-jalan cari makan di Penang. Kemudian, pada 1 Jun 2013, telah berlangsung pula majlis resepsi pihak lelaki, belah kami lettew. Seperti biasa, gambar pengantin tarak. Jadinya, layan jelah gambar famili.

 photo DSC_032711_zps8ef8cfb4.jpg

 photo DSC_033011_zps14996f62.jpg

 photo DSC_033311_zps2cd02801.jpg
Ni kalau cakap aku punya, taktahulah nak cakap apa -.-

 photo DSC_034011_zps3730eba5.jpg

 photo DSC_034211_zps40a7c6d3.jpg
Iman with his opah

 photo DSC_035311_zps9dd013cd.jpg

 photo DSC_037111_zpsa14734fe.jpg

 photo DSC_037511_zps89b441dc.jpg

 photo DSC_037811_zps218847e5.jpg

 photo DSC_021611_zpsc84137bf.jpg

 photo DSC_039511_zps45f14dce.jpg
Make up dah comot haha. Thanks to Kak Mazni sebab make up kan kita hari tu. Kak Mazni ni MUA tau. So, kalau nak tunang ke kahwin ke bolehlah guna khidmat dia.

 photo DSC_041811_zpse648a578.jpg
Ariq

 photo DSC_043011_zps21c15a55.jpg

 photo DSC_043411_zps10c1e620.jpg

 photo DSC_044011_zps0b9459a4.jpg

 photo DSC_045611_zps9a352c34.jpg

 photo DSC_046111_zps87f916cd.jpg
Angah, Yana, aku

 photo DSC_046911_zps9f820fd4.jpg

 photo DSC_047211_zps13732714.jpg



Brothers sharing girlfriends? Awkward.

22.5.14

Design Baru Dari Feedmilk

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hai korang! Hari ni, aku nak share satu perkara yang pasti akan membuatkan para ibu seronok dan teruja. Maklumlah, bila umur semakin meningkat ni, kawan-kawan ada yang dah kahwin dan dapat baby. Sepupu-sepupu apetah lagi. Disebabkan aku tak pernah lupakan korang, nahhh aku belanja entri best.

Pernah dengar tentang Feedmilk?

*krik krik krik krik*


Okay. Feedmilk merupakan satu brand baru di bawah jenama byanyssyuhada. Byanyssyuhada telah menjalankan perniagaan online selama tiga tahun. Sepanjang tempoh ini, mereka telah menyedari bahawa para ibu yang menyusukan bayi mengalami kesukaran untuk memilih dan memiliki pakaian yang betul dan up-to-date. Oleh hal yang demikian, lahirlah Feedmilk khas buat breastfeeding mom. Tujuan utama mereka adalah untuk membantu para ibu yang menyusukan bayi mempunyai kelengkapan pakaian yang sesuai, selesa, ringkas serta rekaan yang cantik disamping mengetengahkan betapa pentingnya para ibu menyusukan bayi.


Setiap design Feedmilk ini semestinya akan memberikan kepuasan kerana kain yang digunakan amat bersesuian untuk para ibu. Ia juga memberi keyakinan kepada ibu-ibu yang bergaya walaupun mempunyai bayi yang menyusu badan. Kebanyakan design mereka juga tidak mempunyai zip, yang mana boleh menyakiti bibir bayi.

Lawanyaaaaaa T.T Nasib baik belum bergelar ibu... Hehehe.


Untuk maklumat lanjut :
www.feedmilk.com
Facebook : https://www.facebook.com/feedmilk
Instagram : @feedmilk
Whatsapp : 013-4867221


Put your photography skills to the test with this app and you could win RM500 in a week.

15.5.14

Kek Batik Alyn Farina

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Siapa suka makan kek batik? Okay, siapa suka, korang kena baca entri ni sampai habis. Yang tak suka pun kena baca! Hahahaha. Kalau tak memang rugi! Aku nak share dengan korang satu kek batik yang memang sedap. 

Pernah dengar nama 'Alyn Farina'? Alyn Farina adalah nama orang yang membuat kek batik superb ni. Siapa yang dah pernah dengar mesti tahu yang orangnya seindah nama hehehe. Beliau telah membina satu jenama yang semakin dikenali ramai iaitu The Alyn Bake Shop. Kalau korang nak tahu, yang hebatnya, The Alyn Bake Shop ni hanya mengeluarkan kek batik. Hanya kek batik! Tetapi sangat popular di Instagram... Jadi, takkanlah tetiba dorang boleh femes kan kalau tak sedap?

KORANG PATUT RASA.

Eiliyah's Secret adalah salah satu dealer kek batik Alyn Farina yang sah. Search je kat instagram @eiliyahssecret Korang boleh dapatkan kek batik Alyn Farina ni dengan cara pos mahupun COD. Dua-dua pun Eiliyah's Secret boleh buat untuk korang. Nak senang, whatsapp je 013-4839335 terus.



Ramai juga customer Eiliyah's Secret yang berpuas hati dengan kek batik ni. Korang boleh buka hashtag #eiliyahscustomer di Instagram kalau nak tengok. Antaranya macam bawah ni:




Sekali lagi aku bagi tahu, KORANG PATUT RASA.


Oh yeah! A chance to meet MBLAQ and a FREE trip to Korea.

1.5.14

Cuti-Cuti Penang

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada 29 Mei yang lepas, telah berlangsungnya majlis pernikahan abang sepupu aku di Kulim, Kedah. Ni abang sepupu belah emak. Jadinya lebih kepada belah utara. Disebabkan pengantin kata jangan upload pasai depa, so ceq pun malaih ah nak gatai-gatai pi cerita pasai depa. Karang disamannya ceq tak ke naya? Kita skip pasal pengantin. Lepas habis majlis semua, aku ajak ayah pi Penang. Sebab? Rindu Penang. Maka pergilah kami dua kereta ke Penang.

 photo DSC_013111_zps87c89a40.jpg
Mak Wan & Mak Cik Timah

 photo DSC_013411_zpsb4dd6549.jpg
Ohh mama, saya mahu kahwin.

Masa pergi tak naik feri. Sampai je kami terus pi Bukit Bendera. Aku tak pernah naik sebelum ni. Mak Wan yang dah pencen pun tak pernah naik hehehe. Okay, dah ada pengalaman naik, lepas ni kalau ada pelancong ke orang luar ke tanya mampulah nak cerita Bukit Bendera tu macam mana.

 photo DSC_014211_zps21e92b58.jpg
Patutnya adik-beradik mak ada 4 perempuan. Ni Mak Andak tak ada.

 photo DSC_014311_zps5a625764.jpg
Ayah & Cik Noh

 photo DSC_014611_zps5fab0777.jpg

 photo DSC_014811_zpseef3421d.jpg

 photo DSC_015011_zpsabfc5a93.jpg

 photo DSC_015111_zpsd6e2e380.jpg
Tiket. Masa beli, jangan lupa tunjuk IC. Kalau ada student card pun tunjuk. Anda akan dapat harga yang berlipat-lipat kali ganda lebih murah.

 photo DSC_010611_zps7931189c.jpg

 photo DSC_010711_zps11061249.jpg

 photo DSC_015311_zps95e3ed62.jpg

 photo DSC_015811_zps4b4ce9ff.jpg

 photo DSC_016211_zps2198300c.jpg

 photo DSC_016311_zps5aa2abd0.jpg

 photo DSC_016411_zps611e04f2.jpg

 photo DSC_016511_zps4f593b16.jpg

 photo DSC_016711_zps77472994.jpg

 photo DSC_011411_zps2fe9232f.jpg

 photo DSC_01761_zps6b3c7919.jpg
Aunty yang hujung sekali tu tak termasuk dalam senarai ahli keluarga ye, harap maklum.

 photo DSC_017811_zps9a2c62f1.jpg

 photo DSC_018011_zps5fbe29c1.jpg

 photo DSC_018311_zpsb46c42f8.jpg

 photo DSC_019111_zpsa1023291.jpg

 photo DSC_019311_zps132b5fb0.jpg
Ni masjid yang ada kat atas Bukit Bendera.

 photo DSC_020111_zps342357c6.jpg

 photo DSC_020411_zpsd3370158.jpg

Sebenarnya, kat Bukit Bendera tu macam-macam tempat ada. Ada muzium, kedai, masjid, rumah, macam-macamlah yang boleh dilawat. Turun dari Bukit Bendera, perut pun dah main lagu boria, pi makanlah apa lagi. Destinasi, Padang Kota. Pasembur, ABC, laksa, nasi kandaq, semua ada.  

 photo DSC_021511_zps185c344b.jpg

 photo DSC_021911_zpseae53890.jpg

 photo DSC_022311_zpsf7ff879a.jpg

 photo DSC_022711_zpse2493edf.jpg

 photo DSC_022811_zps0c649eb7.jpg

 photo DSC_022911_zps8bb277ca.jpg

 photo DSC_023211_zpsd4b84b6d.jpg

 photo DSC_023411_zpsdb2d71cc.jpg

 photo DSC_024111_zps4af92d64.jpg

 photo DSC_024211_zps07a8918e.jpg

 photo DSC_024311_zpsebd15a52.jpg

 photo DSC_025011_zps7526663e.jpg

 photo DSC_025311_zps64bcf253.jpg

Kami pi dua tempat tu je, Bukit Bendera dan Padang Kota. Balik naik feri, tapi ramai gila. Lama menunggu. Tak dapat pi banyak tempat sebab masa sangat terhad sebab kena balik hari tu juga ke Selangor. 

 photo DSC_027211_zps6f11ed6d.jpg

 photo DSC_027511_zps17f73406.jpg

 photo DSC_027811_zps737528da.jpg

P/S : Entri ni dah lama taip, malas nak baca balik. So, kalau ada terguris, maaflah, cerita lama...


Bigger in size, bigger in real chicken taste, lebih kenyang!