بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Pada 29 Mei yang lepas, telah berlangsungnya majlis pernikahan abang sepupu aku di Kulim, Kedah. Ni abang sepupu belah emak. Jadinya lebih kepada belah utara. Disebabkan pengantin kata jangan upload pasai depa, so ceq pun malaih ah nak gatai-gatai pi cerita pasai depa. Karang disamannya ceq tak ke naya? Kita skip pasal pengantin. Lepas habis majlis semua, aku ajak ayah pi Penang. Sebab? Rindu Penang. Maka pergilah kami dua kereta ke Penang.
Mak Wan & Mak Cik Timah
Ohh mama, saya mahu kahwin.
Masa pergi tak naik feri. Sampai je kami terus pi Bukit Bendera. Aku tak pernah naik sebelum ni. Mak Wan yang dah pencen pun tak pernah naik hehehe. Okay, dah ada pengalaman naik, lepas ni kalau ada pelancong ke orang luar ke tanya mampulah nak cerita Bukit Bendera tu macam mana.
Patutnya adik-beradik mak ada 4 perempuan. Ni Mak Andak tak ada.
Ayah & Cik Noh
Tiket. Masa beli, jangan lupa tunjuk IC. Kalau ada student card pun tunjuk. Anda akan dapat harga yang berlipat-lipat kali ganda lebih murah.
Aunty yang hujung sekali tu tak termasuk dalam senarai ahli keluarga ye, harap maklum.
Ni masjid yang ada kat atas Bukit Bendera.
Sebenarnya, kat Bukit Bendera tu macam-macam tempat ada. Ada muzium, kedai, masjid, rumah, macam-macamlah yang boleh dilawat. Turun dari Bukit Bendera, perut pun dah main lagu boria, pi makanlah apa lagi. Destinasi, Padang Kota. Pasembur, ABC, laksa, nasi kandaq, semua ada.
Kami pi dua tempat tu je, Bukit Bendera dan Padang Kota. Balik naik feri, tapi ramai gila. Lama menunggu. Tak dapat pi banyak tempat sebab masa sangat terhad sebab kena balik hari tu juga ke Selangor.
P/S : Entri ni dah lama taip, malas nak baca balik. So, kalau ada terguris, maaflah, cerita lama...
Owh kmpg ku. Xpa len kli pi jln tempat len pula.. pi mkn paling best kt Png.
ReplyDelete