بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
7 September 2013
Kami bertolak dari UiTM Puncak Alam lebih kurang pukul 10 pagi. Penyewaan bas pusat asasi yang uruskan, kami terima seadanya haha. Trip ni under program mentor mentee. Pusat Asasi sediakan RM50 untuk setiap orang tak silap. Jadinya, kami hanya tambah duit sikit je for the whole trip. Terima kasih, pusat asasi :)
Sebelum memulakan perjalanan, doa jangan lupa ye !
Dalam perjalanan tu rancangnya nak tengok movie The Conjuring. Sekali tu sistem tak boleh baca file. Dalam pendrive aku stok cerita hindustan je. Nak taknak, itu je yang ada haha. Pasanglah movie Kabhi Kushi Kabhie Gham. Ghupenya classmates aku ni semua stok layan hindustan juga hehehe. Saat Hrithik Roshan muncul, memang "Aaaaaaaaaaa !" lah semua. Masa Rani Mukerji muncul, tetiba ada "Aaaaaaaaaa !" juga. Adalah sorang tu.... Kan sir kan ? Hehehe.
Kemudian, kami berhenti rehat di R&R Seremban.
With Di
Rancangnya hari kedua baru kami nak pergi mandi manda kat Water World, tapi tukar plan. Sampai-sampai je terus pergi Water World.
Suka pemandangannya, cantik.
Dalam banyak-banyak slides, ni je yang aku tak main. Tinggi sangat, seram den.
With Sara
With Aina
Petang tu, lepas mandi manda baru check in banglo. Kami sewa banglo dalam A'Famosa Resort ni juga. Serius, banglonya sangat cantik dan sangat best ! Makanan kami pakat masak ramai-ramai. Malam tu masak bihun goreng + ayam bbq. Aku dengan Aina tolong basuh ayam. Aku ingat aku kena basuh ayam banyak-banyak masa raya je, rupanya class trip pun kena. Naik lenguh badan hahaha.
Bbq dekat luar, tepi swimming pool.
With Kak Emanda
With Bihah
Dah puas makan, kami jalankan aktiviti tukar-tukar hadiah. Aku seorang je terlupa bawa. Dah beli, tapi tertinggal. Kesian Fairy, lambat dapat hadiah. Sorry :(
Lepastu, aktiviti movie night, Long Weekend. Dahlah cerita hantu, sir pergi tutup semua lampu -.- Kami tengok movie ni guna projector, tayang kat dinding. Ohsem, macam dalam panggung.
Pagi tu, giliran Aina and the gang masak. Aku janji nak tolong tapi terbangun lewat hehehe. Sorry Aina :p
Ini cinta hati Kak Emanda. Dia datang masa malam tu. Sweet ke idok ? :p
Breakfast : Spaghetti + Sandwich
Breakfast tepi swimming pool
Lepas breakfast, moh ler kita terjun swimming pool !
Dah puas berendam, packing barang, balik.
Ini swimming pool jiran depan. Pinjam satt hahaha.
Inilah banglo yang kami sewa
Ini bas yang kami naik pergi dan balik
With Amsyar
P/S : Aku taip entri ni berbulan-bulan yang lepas. Kalau ada terkasar bahasa ke maaplah ye sebab ni lama punya cerita.
No comments:
Post a Comment