28.11.13

Malam Apresiasi Filem, Review Mana Mau Lari & Review Hantu Tok Mudim

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sekarang ni movie yang sedap meletop di pawagam adalah Hantu Tok Mudin kan? Uols dah tengok ke belum? Iols dah tengok dah tapi bukan tengok kat pawagam. Siap tengok awal 5 bulan tau, uols :p 

Haaaaaa macam ni ceritanya. Bulan 6 hari tu kan aku baru sambung belajar, jadinya terpaksalah menempuhi MDS. Masa malam terakhir MDS tu, abang kakak pm ni adalah promote pasal tiket Malam Apresiasi Filem. Disebabkan aku ni jenis yang memang minat benda-benda gini, tambah pula roomate masa tu pun sekepala, kami pun belilah tiket.

Malam Apresiasi Filem ni diadakan pada 20 & 21 Jun 2013 bertempat di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam. Kami dari UiTM Puncak Alam naik bas ke Shah Alam, semestinya bas disediakan.   

 photo IMG_zpsff7633bd.jpg

Harga tiket cuma RM10 untuk 2 buah filem. Siapa taknak hoi. Dahlah filem belum tayang kat pawagam, eksklusif.

 photo DSC_01901_zps5c824615.jpg

Malam pertama, filem Mana Mau Lari, arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen. 

 photo C360_2013-06-20-18-31-27_zpsc14dcd21.jpg
Aku, Kinah, Nadia, tak ingat nama, tak ingat nama

 photo DSC_01441_zps223d5833.jpg
 photo DSC_01451_zps97eec7ea.jpg

 photo DSC_01481_zpsfc4ac105.jpg
Ni kembar aku dalam kelas G6. Nama sama. Dia ni adik kepada pemain bola sepak Selangor, Afiq Azmi. Weyhhh bila hang nak bagi aku tiket free ni? Hehehehe.

 photo DSC_01511_zps40ef164e.jpg

Mana Mau Lari

Pengarah : Prof. Madya A. Razak Mohaideen

Pelakon utama :
  • Saiful Apek
  • Tauke Raja Lawak
  • Shuk Balas
  • Yaasin
  • Aliff Yasraff

Sinopsis:
Mengisahkan sekumpulan Harley Riders yang terdiri daripada Kyo, Captain, Abang Pen dan King. Kisah bermula apabila mereka telah pergi ke sebuah resort bagi meraikan kejayaan Abang Pen di dalam World Motorcross Freestyle Championship. Keseronokan mereka terhenti apabila motor Abang Pen telah hilang dicuri seorang rider misteri. Pengembaraan mereka bermula bagi menjejaki motor Abang Pen yang hilang. Satu demi satu kejadian aneh yang mereka tempuhi bagi menjejaki rider Misteri itu.


Aku tak tahu lah pula bila filem Mana Mau Lari ni akan ditayangkan di pawagam. Bagi aku, filem ni sedikit membosankan sebab punchline agak kurang sedikit. Tapi bagi peminat-peminat Tauke, Yaasin dan Shuk Balas, korang memang patut tengok filem ni bila dah tayang nanti tau.

Overall : 3/5

 photo DSC_01551_zps19feafed.jpg
Prof. Madya A. Razak Mohaideen ketika ditemuramah oleh pengacara.

 photo DSC_01591_zpse38bccb4.jpg
Yaasin ketika ditemuramah oleh pengacara.

Malam kedua, filem Hantu Tok Mudim, arahan Wan Hafiz. Malam kedua ni ramailah juga yang datang. Yang perempuan-perempuan tu datang mestilah sebab nak tengok Izzue Islam hahaha.

 photo DSC_01951_zpseaff5735.jpg

 photo DSC_01971_zps7bec4cb1.jpg
Izzue Islam ketika ditemuramah oleh pengacara.

Hantu Tok Mudim

Pengarah : Wan Hafiz

Pelakon utama :
  • Izzue Islam
  • Sofi Jikan
  • A.R. Badul
  • Harun Salim Bachik
  • Adrea

Sinopsis :
Tok Mudim merupakan seorang jurukhatan terhebat di Kampung Seri Menawan. Namun kehebatannya tercalar akibat cinta tiga segi pembantunya, Lebai Kulup, Salmah anak dara pujaan kampung dan juga Borhan, anak manja Tok Penghulu Abohrudin yang mempunyai rahsia peribadi. Demi cintanya kepada Salmah, Borhan akhirnya memberanikan diri mengatasi fobia lampaunya untuk bertemu dengan Tok Mudim bersama bapanya untuk satu operasi rahsia. Malangnya, Lebai Kulup yang tidak berpuas hati dengan Borhan telah mencuri dengar rancangan mereka dan telah memplotkan sabotaj terhadap operasi mereka. Pada malam operasi, kehebatan Tok Mudim telah diuji dengan 'keliatan' luar biasa Borhan dan kegagalan operasi tersebut telah mengakibatkan Tok Mudim diberi penduduk kampung. Tok Mudim telah melarikan diri kedalam hutan dan telah mati akibat terjatuh kedalam sebuah perigi didalam hutan. Kemudian bermulalah pelbagai kejadian aneh di kampung tersebut setelah hantu Tok Mudim muncul untuk membalas dendam terhadap seluruh penduduk kampung Seri Menawan.

Haaaaa kalau teringin nak tengok Izzue Islam versi gedik dan annoying, silalah ke pawagam berhampiran sekarang! Aku tengok watak Izzue dalam ni boleh muntah hijau hahaha. Filem ni kelakar dan best, tengok tau. Peminat Sofi Jikan pun wajib tengok filem ni. Selalu tengok Sofi Jikan versi abang kawasan kan, ni tengok pula macam mana dia bawa watak pembantu Tok Mudim dan terlibat dalam cinta tiga segi. Kelakar!

Overall : 3.5/5

 photo DSC_02011_zpsb33fde4b.jpg
Persembahan daripada Tengku Adil. Kiranya ini kali ketiga aku jumpa dia ni. First time masa Showcase Awi Rafael. Kemudian, terserempak masa hangout dekat Setia City Mall.

 photo DSC_02071_zpsf75a2348.jpg
Mohon lelaki yang duduk belakang aku masa ni hubungi aku sekarang hahaha. Tak nampak pula lelaki tu dalam gambar ni tapi serius hensem :p 


3 comments: