28.2.13

Kalau Benar Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Kau dan dia
menyulam janji untuk berkongsi kasih
tapi,
cuba tanya hati kau dalam-dalam,
cari jawapan setiap pelosok.
Betulkah kau sayang ?

Kalau benar sayang,
ingatkan solat lima waktu.

Kalau benar sayang,
jangan bergayut hingga ke awal pagi.

Kalau benar sayang,
dahulukan ibu bapa, keluarga.

Kalau benar sayang,
cari jalan, usaha sama-sama berjaya.

Kalau benar sayang,
tak perlu pegang-pegang.

Kalau benar sayang,
patuh cara Islam.

Kalau benar sayang,
jumpa wali dia dan dengan rendah diri katakan,
"Saya hendak jadikan dia kekasih yang halal buat saya."


Khas untuk perempuan-perempuan, anda mesti ambil tahu tentang Lactacyd.

27.2.13

#44 Wordless Wednesday - SHINee Girl

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ONEW, TaeMin, Jong Hyun, MinHo, Key


Keep Calm and Gangnam style your way to RM3000 !

26.2.13

Majlis Resepsi Aidil ❤ Farhana & Azahari ❤ Shelly #Part1

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Readersku sayang, apa khabar dengan mu ? Di sini ku merindukan kamu. Hehehe. Malam ni, aku nak kongsi dengan korang gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan sepupu aku, Abang Aidil dan Abang Azahari. Hang jangan pikir lain naaaa ! Bukannya depa kahwin berdua sesama sendiri -.-' Depa kahwin dengan pasangan masing-masing lah. Abang Aidil dengan Kak Farhana. Abang Azahari dengan Kak Shelly. Memang lama dah majlisnya, 27 Oktober 2012. Hehe berkulat dah gambar.

But telling the truth, entri hat ni takde pun gambar pengantin. Ekekekeke :p Ni semua gambar masa malam sebelum majlis. Haaaaa tunggu entri lagi satu okay kalau nak tengok gambar pengantin :)

 photo DSC_0389copy_zps83660ba4.jpg
Haikal & Ikhwan

 photo DSC_0390copy_zps0ba6e9ba.jpg

 photo DSC_0392copy_zps5f83cd21.jpg
S3 acu Yana jadi mangsa hehe.

 photo MIZ_3272_zps1c742ffc.jpg
Ni yang paling ummmppphhhh masa malam tu ! Ahhhh dapnyaaa.

 photo MIZ_3274_zpsce0528fc.jpg

 photo MIZ_3275_zpsa393d860.jpg

 photo MIZ_3281_zpsfa9dbce0.jpg
Kak As with her boy, Iman

 photo DSC_0410copy_zpsf451580a.jpg

 photo DSC_0412copy_zps04a78ab3.jpg
Iman debab ngeeee.

 photo DSC_0413copy_zpse339f7f2.jpg
Rindunya nak lepak dengan sepupus.

 photo DSC_0414copy_zps6cea20a4.jpg
Meet Husna.

 photo MIZ_3300_zps154b9fbe.jpg
Abi, Iman, Umi

 photo MIZ_3316_zpsd8e33914.jpg
K mak selalu cenggini. Mesti pejam mata.

 photo MIZ_3319_zps10742b5f.jpg

 photo MIZ_3324_zps6c9e2947.jpg
Mak Ngah, mak pengantin.

 photo MIZ_3325_zps74ff5d07.jpg
Iman debab mata bulat ekekeke.

 photo DSC_0418copy_zpsa46ca6c7.jpg

 photo DSC_0419copy_zps39624de8.jpg

 photo DSC_0420copy_zps3c891874.jpg

 photo DSC_0423copy_zps2c4a853c.jpg
Dah sepet tu, sepet je lah.

 photo DSC_0424copy_zps8f1218ed.jpg

 photo MIZ_3344_zps25da9a7e.jpg

 photo DSC_0427copy_zps3ca60b85.jpg
With lil sis, @AmieraMohdAli

 photo DSC_0429copy_zps9c5b1f6a.jpg

 photo DSC_0432copy_zpscb1b7c63.jpg
With Nisa.

 photo DSC_0433copy_zpsba3526ba.jpg

 photo DSC_0438copy_zpsf190db4a.jpg
Boboi & MakCik Timah

 photo DSC_0449copy_zpsb759562e.jpg
Pak Andak sedang menyampaikan lagu wajibnya - Kamelia.

 photo DSC_0453copy_zpse918dea6.jpg

 photo DSC_0454copy_zps3b2a915a.jpg

 photo DSC_0455copy_zpsc41b1f19.jpg

Till then, XOXO.


24.2.13

Mencari Keredaan-Mu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Dalam ketandusan
Aku berlari kian penat
Mencari-cari cahaya-Mu
Tidak kutahu di mana 

Kuburu juga
Berlari mengejar-Nya
Bagaikan ketinggalan
Di pentas agung-Mu

Aku cuba melawan badai
Resah dan hati gersang
Aku yang musafir
Tetap mencari keredaan-Mu
Di bumi yang penuh kelam

Selama ini,
Pernah kuabaikan.


Dipetik dari : 
Siri Puisi Pelajar : Salam Orang Desa



Sertai survey ini dan pelbagai hadiah menarik dari SAYS menanti anda !

23.2.13

11 Jun 2012

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Terima kasih Tuhan... 
Temukan aku dan dia.

Terima kasih cinta...
Satukan dua jiwa.

Terima kasih awak...
Terima saya seadanya.

© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY


Salah satu tulisan saya dalam zine 7 Hari.


22.2.13

Terima Kasih Guruku (Buat insan yang teristimewa)

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Gambar dari entri ini

Senyummu masih basah di ingatan
Tutur kata masih segar
Kaulah insan teristimewa
Yang ku kenali ketika dulu
Sewaktu aku bernama pelajar

Kaulah yang membentukku
Menjadi dian yang bernyala
Menambah ceria hidupku

Tidak ku duga
Semuanya boleh menjelma
Takku cuba mencarimu
Rupanya dunia ini kecil
Kita berjumpa tatkala dihambat
Usia senja

Terima kasih, kata-kata yang
Terucap - ikhlas yang datang
Dari jiwamu menyentuh perasaanku

Kaulah insan yang teristimewa
Dalam hidupku

Dipetik dari : 
Siri Puisi Pelajar : Salam Orang Desa

Khas buat semua guru-guruku sama ada guru secara langsung atau tidak langsung. Guru-guru Taski Abim Ijok, Tadika Kemas Jaya Setia, SK Jaya Setia, SMK Raja Muda Musa dan semuanya. Terima kasih ! Saya rindu cikgu. Mohon doakan kejayaan saya :)


[Survey] Menangi baucer Starbucks setiap hari dan 2 iPad Minis daripada SAYS !

21.2.13

Novel : M.A.I.D.

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Karya - Suri Ryana

Sinopsis :

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya, Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan. Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris, si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr. F (fussy).

Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya, boleh pula mereka makan semeja.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa disatukan. Siapa punya angkara ? Asyraf ? Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan ?

Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu. Dia terpaksa berrhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu, Elisa - perempuan 'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr. F, Nurina - bekas kekasih Mr. F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr. F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.

Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini ? 'Kuali' ? 'Sudip' ?


Novel ni ada 753 muka surat dan aku berjaya habis baca dalam masa tak sampai satu hari ! Jyeah satu pencapaian baru hehe. Best baca novel ni sebab konflik yang timbul tak terlalu berat. Tak stres baca. Paling suka watak Harris, terutamanya Harris selepas kahwin. What a charming guy ! Kepada kaki novel yang belum cuba novel ni, uols patut dan perlu cuba :)

Rating : 4/5


[Survey] Menangi baucer Starbucks setiap hari dan 2 iPad Minis daripada SAYS !

20.2.13

#43 Wordless Wednesday - SHINee Girl

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

ONEW, MinHo, TaeMin, Key, Jong Hyun


Join the Lactacyd VIP club to get free samples and be informed of our latest promotions ! 

19.2.13

Video Irine Nadia & Amirul

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari tu dah tengok video-video Maria Elena kan ? Malam ni kita layan video-video Irine Nadia pula :)
Boleh menang gaun yang direka khas ni ? Cantik.. Nak !

18.2.13

Kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sejak akhir-akhir ni, banyak cerita pasal 'kahwin'. Pergi sana, pasal kahwin. Pergi situ, pasal kahwin. Log in Facebook, pasal kahwin. Sign in Twitter, pasal kahwin. Baca blog sendiri pun pasal kahwin eish. Syukur Alhamdulillah, makin ramai yang mendirikan masjid. TETAPI patutkah seorang yang umur baru belasan tahun dan bergelar pelajar asyik bercerita pasal kahwin ? Orang kata, umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang.

Tak dinafikan, hari ini ramai lepasan SPM sudah mendirikan rumah tangga. Contohnya, Ammar dan Umaiy. Alhamdulillah, jodoh mereka sudah tiba dan Insyaallah akan dapat baby tak lama lagi. Congrats Ammar and adik Umaiy :) Dan Insyaallah, kawan rapat aku juga akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Iya, di kaca televisyen pula makin banyak drama yang menceritakan tentang manisnya perkahwinan. Contoh, Setia Hujung Nyawa. Watak El, seorang lepasan SPM yang dijodohkan dengan pilihan keluarga. Tak lupa juga, novel-novel cinta yang dijual di pasaran. Sungguh indah alam perkahwinan !

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .”
HR. Ibnu ‘Addi

Kahwin dapat elakkan zina dan maksiat. Kahwin dapat menjaga batas-batas pergaulan. Kahwin dapat elakkan kes buang bayi. Kahwin dapat lindungi dari gangguan orang. Banyak sungguh hikmah perkahwinan !

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Tapi adik-adikku sayang, kamu semua masih belajar. SPM pun belum lepas. Wajar ke kepala asyik fikir pasal kahwin ? Tak, aku tegaskan di sini, bukan aku menghalang kahwin muda. Tidak sama sekali ! Jodoh rahsia Allah. Bila sampai masanya, tepat orangnya, dengan izin Allah pasti akan kedengaran lafaz akad nikah. Kahwin di waktu muda atau tua, semuanya Allah sudah tetapkan. Nabi Muhammad SAW sendiri galakkan umatnya kahwin jika mampu.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” 
(H.R. Tirmidzi)

Yang aku kisahkan di sini, adik-adik yang asyik berbicara tentang kahwin hinggakan pelajaran pun ke laut. Fokus dulu pada apa yang anda sedang buat sekarang, adik-adik. Bila sampai masanya nanti, Insyaallah anda akan rasa nikmatnya kahwin. Jangan risau. Allah ada rancangan yang hebat lagi romantik buat anda semua. Lagi manis dari drama dan cerita yang dikarang oleh manusia.

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Alam perkahwinan bukan hanya romantik, tetapi ada juga ujian dan durinya. Adik-adik sayang, sudahkah anda bersedia untuk memikul tanggungjawab ? Yang lelaki, sediakah anda untuk membimbing isteri dan anak-anak anda nanti ke jalan Allah ? Yang perempuan, sediakah anda untuk membahagiakan suami dan anak-anak ? Tanpa bekalan yang cukup, banyak padahnya.

Adik-adik, kejar cinta Ilahi dahulu. Taqwa kepada Allah merupakan pegangan utama. Bahagiakan orang tuamu dahulu dengan kejayaan cemerlang. Bersabarlah wahai hati, bila tiba waktunya, engkau pasti bertemu pelengkapmu.

"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(Surah An-Nur ayat 26)

Itu janji Allah. Semoga berjaya adik-adikku :)


Boleh menang gaun yang direka khas ni ? Cantik.. Nak !

17.2.13

Majlis Perkahwinan Irine Nadia & Amirul

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Siapa tak kenal Irine Nadia Marcello kan... Seorang blogger femes yang bakal menjadi ibu. Heee iols pulak yang tak sabar nak tengok baby :p Walaupun majlis perkahwinan mereka telah berlangsung lebih kurang 8 bulan yang lepas, iols tetap nak share gambar perkahwinan dorang ni. Motif ? Sebab iols suka tengok dan mungkin boleh jadi inspirasi buat bakal-bakal isteri dan suami :) Kredit gambar sepenuhnya kepada blog sis Irine.





























Nak ni sangat-sangat...













Boleh ke buat duit poket guna iPhone ? Cubalah !