18.2.13

Kahwin

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Sejak akhir-akhir ni, banyak cerita pasal 'kahwin'. Pergi sana, pasal kahwin. Pergi situ, pasal kahwin. Log in Facebook, pasal kahwin. Sign in Twitter, pasal kahwin. Baca blog sendiri pun pasal kahwin eish. Syukur Alhamdulillah, makin ramai yang mendirikan masjid. TETAPI patutkah seorang yang umur baru belasan tahun dan bergelar pelajar asyik bercerita pasal kahwin ? Orang kata, umur baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang.

Tak dinafikan, hari ini ramai lepasan SPM sudah mendirikan rumah tangga. Contohnya, Ammar dan Umaiy. Alhamdulillah, jodoh mereka sudah tiba dan Insyaallah akan dapat baby tak lama lagi. Congrats Ammar and adik Umaiy :) Dan Insyaallah, kawan rapat aku juga akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi. Iya, di kaca televisyen pula makin banyak drama yang menceritakan tentang manisnya perkahwinan. Contoh, Setia Hujung Nyawa. Watak El, seorang lepasan SPM yang dijodohkan dengan pilihan keluarga. Tak lupa juga, novel-novel cinta yang dijual di pasaran. Sungguh indah alam perkahwinan !

“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .”
HR. Ibnu ‘Addi

Kahwin dapat elakkan zina dan maksiat. Kahwin dapat menjaga batas-batas pergaulan. Kahwin dapat elakkan kes buang bayi. Kahwin dapat lindungi dari gangguan orang. Banyak sungguh hikmah perkahwinan !

"Wahai sekalian pemuda-pemuda: Sesiapa di antara kamu yang mampu nikah (disebut dalam syarah makna hadis ini, "Nikah" bererti jima', nafkah dan mahar)", maka berkahwinlah; kerana sesungguhnya ia (kahwin) lebih menundukkan pandangan, lebih menjaga kemaluan. Dan jika dia tidak mampu, maka (digalakkan) berpuasa; itu adalah penjagaan baginya."
(Hadis Sahih Riwayat Al-Bukhari 1905, Muslim 1400)

Tapi adik-adikku sayang, kamu semua masih belajar. SPM pun belum lepas. Wajar ke kepala asyik fikir pasal kahwin ? Tak, aku tegaskan di sini, bukan aku menghalang kahwin muda. Tidak sama sekali ! Jodoh rahsia Allah. Bila sampai masanya, tepat orangnya, dengan izin Allah pasti akan kedengaran lafaz akad nikah. Kahwin di waktu muda atau tua, semuanya Allah sudah tetapkan. Nabi Muhammad SAW sendiri galakkan umatnya kahwin jika mampu.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya,jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya.” 
(H.R. Tirmidzi)

Yang aku kisahkan di sini, adik-adik yang asyik berbicara tentang kahwin hinggakan pelajaran pun ke laut. Fokus dulu pada apa yang anda sedang buat sekarang, adik-adik. Bila sampai masanya nanti, Insyaallah anda akan rasa nikmatnya kahwin. Jangan risau. Allah ada rancangan yang hebat lagi romantik buat anda semua. Lagi manis dari drama dan cerita yang dikarang oleh manusia.

"Jika hanya mendayung sampan, jangan sesekali menduga lautan dalam, jika hanya persediaan terlalu sedikit, masih belum tetap pendirian dan keyakinan, jangan sekali-kali mencuba untuk memasuki alam perkahwinan yang menanti dengan 1001 warna kehidupan yang mana impian fantasi belum tentu menjadi realiti.."

Alam perkahwinan bukan hanya romantik, tetapi ada juga ujian dan durinya. Adik-adik sayang, sudahkah anda bersedia untuk memikul tanggungjawab ? Yang lelaki, sediakah anda untuk membimbing isteri dan anak-anak anda nanti ke jalan Allah ? Yang perempuan, sediakah anda untuk membahagiakan suami dan anak-anak ? Tanpa bekalan yang cukup, banyak padahnya.

Adik-adik, kejar cinta Ilahi dahulu. Taqwa kepada Allah merupakan pegangan utama. Bahagiakan orang tuamu dahulu dengan kejayaan cemerlang. Bersabarlah wahai hati, bila tiba waktunya, engkau pasti bertemu pelengkapmu.

"...sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Manakala lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(Surah An-Nur ayat 26)

Itu janji Allah. Semoga berjaya adik-adikku :)


Boleh menang gaun yang direka khas ni ? Cantik.. Nak !

No comments:

Post a Comment