11.3.15

Bila Nampak Dia

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Ada orang tanya,
"Kau tak sedih ke bila terserempak dengan dia?"

Kalau kau rasa apa yang aku rasa saat aku nampak dia, kau mungkin tak akan terfikir untuk tanya soalan ni. Cuma aku pilih untuk tak tunjuk apa yang aku rasa. Aku simpan dalam-dalam.

Aku pilih untuk tunjuk pada semua, seorang gadis yang bahagia dengan apa yang dia ada sekarang, yang dah move on dari kisah lama. Itu yang kau nampak kan?

Tapi sebenarnya, setiap kali aku ternampak dia; kaki menggeletar, jantung berdegup kencang, darah mengalir laju dan hati menangis. Iya, itu yang aku rasa. Dan sebab itu setiap kali aku ternampak dia, aku akan diam dan memaling muka, cuba sedaya upaya untuk sembunyikan apa yang aku rasa.

Hakikatnya, Nadiah ni tak kuat mana pun.

Faham? :)


2 comments:

  1. Bila sembang dengan aku, kata kau dah kuat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah.
      Takkan nak tunjuk aku tak kuat?

      Delete