6.7.14

Kes Culik

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Hari tu, kes dilibas besi. Kali ni, kes culik. Walaupun kawasan Ijok dan Bestari Jaya diklasifikasikan sebagai luar bandar, bahaya tetap ada malah semakin menjadi-jadi.


Sumber gambar : I Love Juntai 

Aku harap, para ibu bapa, abang dan kakak sentiasa perhatikan anak/adik mereka. Orang sekarang ni ada yang hilang sifat perikemanusiaan. Kalau boleh, anak/adik balik sekolah tu datanglah ambil awal. Jangan biarkan dorang tunggu sorang-sorang. Yang anak/adik balik sendiri tu, nasihatkan dorang lalu jalan yang ramai orang dan jangan jalan sorang-sorang. Aku kalau ambil adik balik sekolah kadang-kadang 20 minit awal pun ada, lepastu tunggu depan sekolah sambil nyanyi dalam kereta hahaha. Itu kadang-kadanglah. Kadang-kadang lambat pun ada hehe.

Haaa pastu pastu, untuk engkorang, budak bawah umur yang perempuan ni, tolonglah berhati-hati. Lagi-lagi yang ada boipren tu. Tolonglah hooooi jangan sesuka hati tak datang sekolah, tak balik rumah semata-mata ikut boipren. Kesian tau kat mak ayah risau. Kau ingat boipren yang senang-senang bawa anak dara orang ni boipren yang bagus ke? Ingatlah dik, suami isteri pun boleh bercerai tau, inikan pula engkorang yang takde ikatan sah. Selagi kau belum bergelar isteri, baik kau manfaat masa puas-puas dengan mak ayah. Jangan sibuk-sibuk nak ke sana-sini dengan orang-yang-belum-halal.

Ini hanya pesanan tulus ikhlas dari hati Nadiah. Mohon maaf kalau terkasar.

Have you seen what you can get just by flashing your phone for buka puasa?

4 comments:

  1. Sekarang ni macam-macam .__.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni mcm2 kes jd..xkira tua ke muda...dah jadi takut nak kluar dgn anak2..ermm..duduk umah aje la...selamat berkenalan

    ReplyDelete
  3. kes-kes macam nie memang membuatkan kita tak boleh tido malam especially mereka yang ada anak kecil..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  4. kes-kes macam nie memang membuatkan kita tak boleh tido malam especially mereka yang ada anak kecil..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete