19.6.14

Maut Dilibas Besi

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Shah Alam: Seorang pelajar tingkatan dua maut akibat dilibas dengan sebatang besi dalam satu kejadian di Bestari Jaya, Kuala Selangor, kira-kira 9.30 malam semalam.

Difahamkan, mangsa sebelum itu menunggang motosikal yang mengeluarkan bunyi kuat di tempat kejadian sebelum ditemui oleh orang awam dengan keadaan berlumuran darah.

Pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh yang menerima maklumat dari orang awam bergegas ke tempat kejadian untuk memberi rawatan.

Mangsa kemudian dibawa ke hospital itu dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 10.30 akibat pendarahan teruk akibat luka di peha kanan.

Polis yang menerima laporan dari pihak hospital menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki berusia 30 tahun untuk membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/16
Sumber : myMetro

Arwah merupakan junior aku di SMK Raja Muda Musa. Walaupun tak pernah jumpa, rasa kehilangan tu tetap ada. Kejadian ni memang menggemparkan kami. Aku dapat berita lebih kurang pukul 12 tengah malam. Memang terkejut dan trauma. Rasa takut nak keluar rumah.

Nasihat aku buat adik-adik junior ku sekalian, tak payahlah nak lepak sini sana malam-malam. Lebih baik engkorang duduk rumah, baca buku ke, tengok tv ke, blogging ke, layan twitter ke, sekurang-kurangnya tak terdedah dengan bahaya waktu malam di luar. Engkorang semua hati-hatilah. Ingat keluarga yang sentiasa sayang engkorang.

Lagi satu, aku bukan nak tunjuk pandai ke hape. Aku sendiri belum bergelar ibu. Tapi aku rasa, ibu bapa patut kawal anak-anak. Jangan kerana sayang, anak dibiar buat sesuka hati, lepastu menyesal kemudian hari. Ibu bapa patut tahu anak keluar pergi mana, dengan siapa, buat apa. Mencegah lebih baik kan?


Which team will you be supporting for the 2014 FIFA World Cup?

No comments:

Post a Comment