28.8.13

PLKN #1

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saya, wirawati 413 dari kompeni Bravo lapor diri, tuan. Hehehe. Rindu PLKN ! Kalau ada yang masih tak tahu, aku telah tamat PLKN kumpulan 2 siri 10/2013 bertempat di Kem Akademi Kepimpinan Segari, Manjung, Perak dengan jayanya. Alhamdulillah :) Dalam taknak taknak pergi dulu, dalam masam masam muka awal-awal dulu...

Kem Segari ni depan dan kiri, hutan. Belakang, laut. Kanan, kilang tepung. Panas dia jangan cakaplah.....



Well, sebenarnya siapa yang dapat PLKN tu teramatlah beruntung dan bertuah. Dalam ramai-ramai, kau terpilih. Pergh ! Nampak tak betapa special di situ ? Siapa yang terpilih tu bolehlah buat chicken dance *sebab terpilih dan bertuah* sambil nangis *sebab kena pergi 3 bulan*. Hehehe.

Banyak aktiviti best tau ! Rutin harian dari isnin sampai jumaat - Pagi : Kelas modul pembinaan karakter dan modul kenegaraan. Kelas ni belajar macam-macam, ala-ala sivik dan kewarganegaraan masa sekolah dulu tu. Petang : Modul fizikal. Bukan kawad je, ada aktiviti lain juga. Malam : Tak tentu aktivitinya. Sabtu : Hari senang lenang kalau tak ada ceramah / aktiviti tambahan. Ahad : Hari lawatan keluarga yeay !

Aku tak tahu kenapa tapi masa nyanyi lagu rasmi PLKN setiap pagi lepas Subuh tu, memang meremanglah. Tak taulah sebab semangat ke sebab sejuk pepagi muahahaha. Dan setakat lagu 1 Malaysia, Rukun Negara, PLKN, IM4U tu semua dah melekat dalam otak. Lagu favourite okay masa kat PLKN hahaha. Siap ada gaya lagi tau. Aku yang tak pernah dengar lagu Hijau, dah hafal dah lagu tu. Lagu Hijau ni dipasang sebelum kelas bermula. Lain modul, lain lagunya. Ada lagu Gemuruh, lagu Punch Card dan lain-lain. Best tau nyanyi ramai-ramai.

Aku wirawati kompeni Bravo, dorm Siti Zubaidah. Bravo ni bestfriend Alpha. Bravo singa, Alpha naga. Memang asyik bergaduh je lah kalau kat padang kawad tu tapi gaduh-gaduh manja gitu. Wira Charlie pula suka benor jeles dengan wirawati Bravo, taktahu kenapa. Delta ni rapat pun tak, gaduh pun tak hahaha.

Antara aktiviti yang aku lalui dulu :

- Pergi pangkalan TLDM, Lumut sempena dengan Hari Terbuka ATM. Serius ni best ! Tapi untuk kumpulan yang akan datang ni tak adalah kan. Hari terbuka bukannya selalu.

- Pembentangan pembentukan pasukan. Tak pasal-pasal nama aku naik jadi emcee. Skrip semua kena buat sendiri. Gila betul. Aku rasa, kali terakhir aku jadi emcee dalam majlis formal masa perhimpunan sekolah rendah dulu. Masa jadi emcee ni lah aku kenal Ayi. Ayi ni pasangan emcee aku. Pasangan sejoli kan kita kan Ayi hahaha. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar bagi kompeni Bravo.

"Biar panas, jangan mengganas." - Sang Rimba Bravo

- Ronda malam. Haaaaaa ni memang ketaq lutut. Alhamdulillah masa aku on duty tak ada apa-apa jadi. Ronda malam ni semua orang akan merasa. Tak ada nak cekelat-cekelat ye.

- Perasmian pembukaan dan pemakaian pangkat. Walaupun kena berdiri lama gila, tapi semangat kami tetap tinggi. Segak habaq hang komandan, TKP, staff semua pakai uniform TUDM. Jatuh hati ai tau :p

- Perlawanan bola tampar Sulu vs Lahad Datu. Masa tu kan baru lepas reda kes Lahad Datu, Cikgu Azhar lah yang letak nama ni haha. Sulu tu pasukan pelatih, Lahad Datu tu pasukan staff & jurulatih. Aku tak main pun. Tapi best aih tengok game ni. Masa dalam PLKN lah aku jatuh cinta dengan bola tampar.

- Sukan kreativiti. Ada banyak permainan. Yang aku main, Sea Rescue (kena pindahkan sebaldi air ke satu tempat tanpa tumpah bersama-sama tak ingat berapa orang tapi semua kena berdiri atas satu papan, ada dua papan, so kena alih-alihkan papan supaya dapat bergerak), Alien Delight (kena pindahkan air juga tapi ni kena memanjat, kerjasama sangat penting, first time aku pijak peha dan tangan orang untuk panjat kau tahu) dan aku tak ingat namanya, permainannya dia bagi satu tong besar yang ada banyak lubang, kita kena isi air ke dalam tong tu sampai penuh. Game lain aku tak join, bagi peluang orang lain pula.

- Hari persembahan di dalam kelas. Sebelum cuti sem, aku kelas Gempur. Ya Allah, Tuhan je tahu betapa happeningnya kelas ni ! Dalam kelas ni lah aku kenal Amy, Min, Sharul, Caryn, dan ramai lagi. Cikgu-cikgu kelas Gempur pun sangat best. Masa hari persembahan tu, aku sekali lagi terpilih jadi emcee tapi kali ni pasangan aku si Riz. Tanpa skrip. Iyee. Cubaan membunuh diri betul. Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan tanggungjawab yang diberi. Walaupun jadi emcee, aku dengan Riz tetap kena buat persembahan dengan kumpulan masing-masing. Kumpulan aku buat dikir barat. Aku sendiri yang tulis liriknya. Masa rehearsal kemain semangat lagi dorang. Tup tup masa kat depan penonton, kelaut ! Hahaha.

- Kelas pertolongan cemas, kelas ikhtiar hidup dan macam-macam lagi.

- Kawad. Aku tak tahu kenapa tapi dalam PLKN ni kemain semangat aku berkawad. Series. Mungkin sebab Cikgu Ngah yang ajar. Cikgu Ngah ni ajar tegas tapi dia taklah marah-marah. Senang dapat belajar dengan dia. Seronok !

 photo 2013-04-06182321_zps1b17d868.jpg

 photo 2013-04-06182442_zps60337424.jpg

 photo 2013-04-06182521_zpsfab7c467.jpg

 photo 2013-04-06192020_zps0bd566d6.jpg

 photo 2013-04-13230634_zpsde78c0e2.jpg
Sebelum ronda malam.

 photo 2013-04-13230646_zpsa3663b20.jpg

 photo 2013-04-13230812_zpsc8b4e153.jpg

 photo 2013-04-13230852_zps152b997d.jpg

 photo 2013-04-13230941_zps99d978d8.jpg
Yang tengah tu, ketua wirawati, Kathy

 photo 2013-04-13231018_zpsa3573db4.jpg

 photo 2013-04-19211714_zps577466f3.jpg
6 beradik. Farra, Ieka, Eyka, Nurul, aku, Kecik.

 photo 2013-04-19211850_zps34a3491e.jpg

 photo 2013-04-19211850_zps34a3491e.jpg

 photo 2013-04-19212353_zps72c8fa21.jpg

 photo 2013-04-20162829_zps3f91611c.jpg

 photo 2013-04-20163257_zps31153dd2.jpg

 photo 2013-04-20163451_zps6c6b26d7.jpg

 photo 2013-04-20163655_zps2f3ed7d5.jpg

 photo 2013-04-20184439_zps0a5eb17e.jpg
Ni photographers untuk gambar rasmi PLKN dan majalah. Farra yang suruh tangkap gambar deme.

 photo 2013-04-20203018_zps61ee3ce6.jpg

 photo 2013-04-20203254_zpse7e365c8.jpg

 photo 2013-04-20203355_zpsd37f94b8.jpg

 photo 2013-04-20204105_zps5ab52b18.jpg

 photo 2013-04-21172040_zps17a4c98d.jpg

 photo 2013-04-28111855_zps762520c9.jpg
Hai & Farra. Cinta PLKN. Muahahaha.

 photo 2013-04-30070815_zps59d616a9.jpg

Komandan yang paling hensem. Hehehe. Setiap pelatih ada satu gambar dengan komandan macam ni. Syiokk.

Teka-teki komandan : "Perkara apa yang Tuhan marah, syaitan pun marah ?"
Jawapan : "Rogol anak syaitan."
-.-'

To be continued...


22.8.13

Si Dungu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Pedih.

Dahulu, aku punya bahu untuk mengadu.
Kini, aku sendirian terjelopok menangis tersedu-sedu.

Diam sejenak.

Aku yang sekarang bukan aku yang dulu.
Hidup aku berpusing tiga ratus enam puluh seiring waktu.

Iya.

Mungkin semua berpunca dari aku.
Mungkin semua salah aku.

Okay.

Sila tuding jari kamu semua pada aku - si dungu.
Si dungu yang hilang kesayangan satu demi satu.


Can't decide between a smartphone & a tablet ? Try the new #SonyXperiaZUltra !

3.8.13

Hari Keusahawanan SMKRMM

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

6 Julai 2013 - Hari keusahawanan SMK Raja Muda Musa. Sekolahkuuuuuuuuu, rindunyaaaaaaaaaa ! Seronok tau dapat pergi sekolah balik, dapat flashback kenangan manis, pahit, masam semua. Paling penting, dapat reunion dengan classmates, bebudak satu batch, seniors walaupun tak semua dan dapat jumpa cikgu-cikgu, juniors. Ya Allah, rindu tahu tak. Nak jadi pelajar sekolah balik boleh tak ? :(

 photo C360_2013-07-06-11-47-54-421_zpseab16f30.jpg

 photo C360_2013-07-06-11-48-34-716_zps67ebbef7.jpg
Hehehe tangan Ika and NanaHamid

 photo PhotoGrid_1373159605395_zpsd3f9912c.jpg
Kesayangan

 photo C360_2013-07-06-12-38-39-379_zpsea1c6813.jpg
Kesayangan 2.0

 photo C360_2013-07-06-11-53-02-018_zps44f7a500.jpg
Sanggup tau aku beli bunga ni. Motif ? Bergambo. Hahaha.

 photo 2013-07-06-19-22-23_deco_zps2440aef2.jpg

 photo C360_2013-07-06-12-35-53-265_zps166aa722.jpg

 photo C360_2013-07-06-11-58-28-930_zps8305236d.jpg

 photo C360_2013-07-06-11-50-40-262_zps8f2c7815.jpg
Abah Mazzam, cikgu Sivik kami dulu. Cikgu yang bersusah payah tunaikan hajat kami bercuti di Pangkor. 

 photo C360_2013-07-06-12-29-47-360_zps8a9d0999.jpg
Acap, Alim, Kimmul, Idel. Boiprens ScienceOne 11'12.

 photo C360_2013-07-06-12-43-36-333_zps7f4bff25.jpg
Trio

 photo C360_2013-07-06-12-37-12-982_zpsad3f649a.jpg
Tak tak, tak sesuai sebenarnya aku sebelah Alim. Gambar bawah ni baru sesuai :p

 photo C360_2013-07-06-12-37-41-277_zps9fd1a2df.jpg

 photo C360_2013-07-06-12-50-08-513_zpsfb0f19ca.jpg
Disneyland SEMERMUM

 photo PicsArt_1373632409352_zps9424b1c1.jpg
Gambar favourite. Sebab aku comel. Hahaha.

 photo C360_2013-07-06-12-29-30-502_zpsef1d2aca.jpg
Oh my junior, Inas.

 photo C360_2013-07-06-13-06-59-736_zps8c70338c.jpg
Kak Anne. Kakak ipar dolu-dolu kahkahkah.

 photo C360_2013-07-06-11-57-06-070_zps7d1d9c06.jpg
Baby Amny, anak Cikgu Yusma

 photo C360_2013-07-06-13-32-15-254_zpsb43e662b.jpg

 photo 2013-07-06-19-56-51_deco_zps18cdf579.jpg

 photo PicsArt_1373540894179_zps91c7824a.jpg
My favourite teacher, Teacher Mardiana.

 photo PicsArt_1373510790222_zps2669545b.jpg

Lain kali ada event, jemput kami lagi ye :p 

Ohh yaah. Jemput tengok video Hakka Dance dari juniors SEMERMUM. Video ini dirakam semasa Hari Sukan Tahunan SEMERMUM. Tapi sayangnya masa tu aku tak pergi, ada hal lain. Credit : Izeiri



Ramadan is a time to give back, and the ones who deserve it most are those who sacrifice for others on a daily basis.