28.8.13

PLKN #1

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Saya, wirawati 413 dari kompeni Bravo lapor diri, tuan. Hehehe. Rindu PLKN ! Kalau ada yang masih tak tahu, aku telah tamat PLKN kumpulan 2 siri 10/2013 bertempat di Kem Akademi Kepimpinan Segari, Manjung, Perak dengan jayanya. Alhamdulillah :) Dalam taknak taknak pergi dulu, dalam masam masam muka awal-awal dulu...

Kem Segari ni depan dan kiri, hutan. Belakang, laut. Kanan, kilang tepung. Panas dia jangan cakaplah.....



Well, sebenarnya siapa yang dapat PLKN tu teramatlah beruntung dan bertuah. Dalam ramai-ramai, kau terpilih. Pergh ! Nampak tak betapa special di situ ? Siapa yang terpilih tu bolehlah buat chicken dance *sebab terpilih dan bertuah* sambil nangis *sebab kena pergi 3 bulan*. Hehehe.

Banyak aktiviti best tau ! Rutin harian dari isnin sampai jumaat - Pagi : Kelas modul pembinaan karakter dan modul kenegaraan. Kelas ni belajar macam-macam, ala-ala sivik dan kewarganegaraan masa sekolah dulu tu. Petang : Modul fizikal. Bukan kawad je, ada aktiviti lain juga. Malam : Tak tentu aktivitinya. Sabtu : Hari senang lenang kalau tak ada ceramah / aktiviti tambahan. Ahad : Hari lawatan keluarga yeay !

Aku tak tahu kenapa tapi masa nyanyi lagu rasmi PLKN setiap pagi lepas Subuh tu, memang meremanglah. Tak taulah sebab semangat ke sebab sejuk pepagi muahahaha. Dan setakat lagu 1 Malaysia, Rukun Negara, PLKN, IM4U tu semua dah melekat dalam otak. Lagu favourite okay masa kat PLKN hahaha. Siap ada gaya lagi tau. Aku yang tak pernah dengar lagu Hijau, dah hafal dah lagu tu. Lagu Hijau ni dipasang sebelum kelas bermula. Lain modul, lain lagunya. Ada lagu Gemuruh, lagu Punch Card dan lain-lain. Best tau nyanyi ramai-ramai.

Aku wirawati kompeni Bravo, dorm Siti Zubaidah. Bravo ni bestfriend Alpha. Bravo singa, Alpha naga. Memang asyik bergaduh je lah kalau kat padang kawad tu tapi gaduh-gaduh manja gitu. Wira Charlie pula suka benor jeles dengan wirawati Bravo, taktahu kenapa. Delta ni rapat pun tak, gaduh pun tak hahaha.

Antara aktiviti yang aku lalui dulu :

- Pergi pangkalan TLDM, Lumut sempena dengan Hari Terbuka ATM. Serius ni best ! Tapi untuk kumpulan yang akan datang ni tak adalah kan. Hari terbuka bukannya selalu.

- Pembentangan pembentukan pasukan. Tak pasal-pasal nama aku naik jadi emcee. Skrip semua kena buat sendiri. Gila betul. Aku rasa, kali terakhir aku jadi emcee dalam majlis formal masa perhimpunan sekolah rendah dulu. Masa jadi emcee ni lah aku kenal Ayi. Ayi ni pasangan emcee aku. Pasangan sejoli kan kita kan Ayi hahaha. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar bagi kompeni Bravo.

"Biar panas, jangan mengganas." - Sang Rimba Bravo

- Ronda malam. Haaaaaa ni memang ketaq lutut. Alhamdulillah masa aku on duty tak ada apa-apa jadi. Ronda malam ni semua orang akan merasa. Tak ada nak cekelat-cekelat ye.

- Perasmian pembukaan dan pemakaian pangkat. Walaupun kena berdiri lama gila, tapi semangat kami tetap tinggi. Segak habaq hang komandan, TKP, staff semua pakai uniform TUDM. Jatuh hati ai tau :p

- Perlawanan bola tampar Sulu vs Lahad Datu. Masa tu kan baru lepas reda kes Lahad Datu, Cikgu Azhar lah yang letak nama ni haha. Sulu tu pasukan pelatih, Lahad Datu tu pasukan staff & jurulatih. Aku tak main pun. Tapi best aih tengok game ni. Masa dalam PLKN lah aku jatuh cinta dengan bola tampar.

- Sukan kreativiti. Ada banyak permainan. Yang aku main, Sea Rescue (kena pindahkan sebaldi air ke satu tempat tanpa tumpah bersama-sama tak ingat berapa orang tapi semua kena berdiri atas satu papan, ada dua papan, so kena alih-alihkan papan supaya dapat bergerak), Alien Delight (kena pindahkan air juga tapi ni kena memanjat, kerjasama sangat penting, first time aku pijak peha dan tangan orang untuk panjat kau tahu) dan aku tak ingat namanya, permainannya dia bagi satu tong besar yang ada banyak lubang, kita kena isi air ke dalam tong tu sampai penuh. Game lain aku tak join, bagi peluang orang lain pula.

- Hari persembahan di dalam kelas. Sebelum cuti sem, aku kelas Gempur. Ya Allah, Tuhan je tahu betapa happeningnya kelas ni ! Dalam kelas ni lah aku kenal Amy, Min, Sharul, Caryn, dan ramai lagi. Cikgu-cikgu kelas Gempur pun sangat best. Masa hari persembahan tu, aku sekali lagi terpilih jadi emcee tapi kali ni pasangan aku si Riz. Tanpa skrip. Iyee. Cubaan membunuh diri betul. Alhamdulillah, berjaya juga selesaikan tanggungjawab yang diberi. Walaupun jadi emcee, aku dengan Riz tetap kena buat persembahan dengan kumpulan masing-masing. Kumpulan aku buat dikir barat. Aku sendiri yang tulis liriknya. Masa rehearsal kemain semangat lagi dorang. Tup tup masa kat depan penonton, kelaut ! Hahaha.

- Kelas pertolongan cemas, kelas ikhtiar hidup dan macam-macam lagi.

- Kawad. Aku tak tahu kenapa tapi dalam PLKN ni kemain semangat aku berkawad. Series. Mungkin sebab Cikgu Ngah yang ajar. Cikgu Ngah ni ajar tegas tapi dia taklah marah-marah. Senang dapat belajar dengan dia. Seronok !

 photo 2013-04-06182321_zps1b17d868.jpg

 photo 2013-04-06182442_zps60337424.jpg

 photo 2013-04-06182521_zpsfab7c467.jpg

 photo 2013-04-06192020_zps0bd566d6.jpg

 photo 2013-04-13230634_zpsde78c0e2.jpg
Sebelum ronda malam.

 photo 2013-04-13230646_zpsa3663b20.jpg

 photo 2013-04-13230812_zpsc8b4e153.jpg

 photo 2013-04-13230852_zps152b997d.jpg

 photo 2013-04-13230941_zps99d978d8.jpg
Yang tengah tu, ketua wirawati, Kathy

 photo 2013-04-13231018_zpsa3573db4.jpg

 photo 2013-04-19211714_zps577466f3.jpg
6 beradik. Farra, Ieka, Eyka, Nurul, aku, Kecik.

 photo 2013-04-19211850_zps34a3491e.jpg

 photo 2013-04-19211850_zps34a3491e.jpg

 photo 2013-04-19212353_zps72c8fa21.jpg

 photo 2013-04-20162829_zps3f91611c.jpg

 photo 2013-04-20163257_zps31153dd2.jpg

 photo 2013-04-20163451_zps6c6b26d7.jpg

 photo 2013-04-20163655_zps2f3ed7d5.jpg

 photo 2013-04-20184439_zps0a5eb17e.jpg
Ni photographers untuk gambar rasmi PLKN dan majalah. Farra yang suruh tangkap gambar deme.

 photo 2013-04-20203018_zps61ee3ce6.jpg

 photo 2013-04-20203254_zpse7e365c8.jpg

 photo 2013-04-20203355_zpsd37f94b8.jpg

 photo 2013-04-20204105_zps5ab52b18.jpg

 photo 2013-04-21172040_zps17a4c98d.jpg

 photo 2013-04-28111855_zps762520c9.jpg
Hai & Farra. Cinta PLKN. Muahahaha.

 photo 2013-04-30070815_zps59d616a9.jpg

Komandan yang paling hensem. Hehehe. Setiap pelatih ada satu gambar dengan komandan macam ni. Syiokk.

Teka-teki komandan : "Perkara apa yang Tuhan marah, syaitan pun marah ?"
Jawapan : "Rogol anak syaitan."
-.-'

To be continued...


No comments:

Post a Comment