1.5.13

FAQ

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Alhamdulillah. Masih diberi peluang oleh Dia untuk kembali menggerakkan jari-jemari di atas papan kekunci komputer riba ini. Syukran ya Allah.

Soalan pertama. Okay, siapa rindu saya ? Sila buat gwiyomi style. Hehehe.

Soalan kedua. Semua sihat ? Keluarga sihat ? *Siapa pelatih Kem PLKN Segari mesti tahu cikgu siapa yang selalu tanya macam ni.*

Soalan ketiga. Ada yang masih tertanya-tanya kemana tuan blog menghilangkan diri selama sebulan ni ? Kalau ada, ini jawapannya. Tuan blog telah terpilih untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara kumpulan 2 siri 10/2013 di Kem Akademi Kepimpinan Segari. Jadinya jangan nak cakap tuan blog pemalas ye sebab tinggalkan blog bersawang.

Soalan keempat. Kata dapat PLKN, tapi ni kenapa pula boleh update blog ? Okay, 30 April - 4 Mei 2013 merupakan cuti semester. Jangan terkejut kalau tiba-tiba dekat dashboard awak keluar sekali 10 post dari blog NadyaBubble dalam masa 5 hari ni. K harapan palsu je semua tu.

Soalan kelima. PLKN best tak ? PLKN just nice. Ada niat nak update pasal PLKN. Tapi tunggu I tamat latihan lah uols. Tak syiok lah kan update sekerat-sekerat. *padahal selalu buat. tutup muka.*

Nanti kalau ada masa percuma, aku update lagi eyh. Mata, otak dan badan memerlukan rehat yang cukup. By the way, maaf sebab dalam entri ini kemain banyak kata ganti nama diri. Orang tak ada pendirian tetap, cenggitulah jadinya. And I want you to know that I miss blogging and my blog shooooo much ! See ya again. XX


Nak tahu keistimewaan Samsung Galaxy #S4Malaysia ?

6 comments:

  1. Wirawati negara sudah pulang :p Tahu dah Nadia pergi PLKN sebab follow twitter Nadia :D

    ReplyDelete
  2. @anis scha

    Hehe hai hai, saya wirawati 413 lapor diri :p

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum.
    Bestnya pergi PLKN :3
    Eh ? Hehe

    ReplyDelete
  4. oh tetiba akak teringat zmn2 akak plkn dulu,,emmg syokkkk habis=)

    ReplyDelete