27.3.13

PENGUMUMAN Rainbow Al-Quran & Ribbon Watch

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

PENGUMUMAN

Ana lanjutkan tempoh pembelian untuk Rainbow Al-Quran dan Ribbon Watch sehingga hari Rabu - 27 Mac 2013. Ana minta maaf sangat-sangat. Akhir-akhir ini, ana lambat reply messages kalian. Ana agak busy T_T

Penghantaran akan dibuat pada hari Khamis - 28 Mac 2012 oleh abang posmen misai tebal hehe. Jadi, siapa yang teringin tapi tak sempat nak beli sebelum ni, mai lah beli. Selamat beramal ;)

Details :

- Rainbow Al-Quran (klik sini)

- Ribbon Watch (klik sini)


Bagus dalam mencari perkataan ? Anda mungkin boleh memenangi kad Starbucks yang bernilai RM150 ! #AllShinyWhite

24.3.13

Surat Cinta Buat Semua

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tarikh keramat bagi seorang pelajar senior 2012 yang menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia - 5 November 2012. Tarikh keramat berakhirnya perjuangan ketaq-ketaq lutut bagi pelajar aliran sains tulen tahun akhir sekolah menengah - 27 November 2012. Dan akhir sekali, tarikh keramat yang menjadi tanya sejak sekian lamanya, tarikh keramat yang menyebabkan ramai pengguna-pengguna Twitter menukar pekerjaan sedia ada kepada ahli nujum tidak bertauliah - 21 Mac 2013.

Alhamdulillah, ya Allah. Engkau telah memakbulkan doaku. Engkau masih kurniakan peluang, nikmat indah yang sangat bernilai bagi hambamu yang hina ini. Aku tahu, usaha aku selama ini mungkin tidak setanding dengan kejayaan yang telah Engkau beri ini. Sungguh, tidak ku sangka keputusanku begini. Syukur, ya Allah. Walaupun bukan A lurus, walaupun bukan pelajar terbaik, ini benar-benar amat bermakna bagiku. Lega apabila melihat senyum yang terukir di wajah bonda, ayahanda, keluarga, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat terindah.


Buat bonda dan ayahanda yang amat aku cintai, ini adalah hadiah kecil buat kalian. Maaf, cita-cita untuk peroleh A lurus tidak kesampaian. So close but still too far. Mungkin ini klise tapi ketahuilah, aku kejar kejayaan ini demi kegembiraan kalian lebih daripada demi masa depanku sendiri. Dalam doaku juga, aku mohon Dia berikan kejayaan ini demi kegembiraan kalian. Alhamdulillah.


Buat angah dan adik, kalian adalah adik yang paling rock dalam dunia. Rock itu batu. Hati batu mungkin. Susah hendak dilentur, susah nak dengar cakap orang lain. Eceh mohon jangan bash along balik. Along tahu, along punya perangai pun dua kali lima sama dengan sepuluh je. Well, kita dari kilang yang sama, produk mesti lebih kurang je kan ekekekekeke. Angah dan adik, kalian boleh lakar kejayaan yang lebih besar. Mohon belajar bersungguh-sungguh. Mohon jaga hati bonda dan ayahanda. Mohon jangan leka. Semoga berjaya, adik-adikku tersayang.

Ada cikgu yang tak ada gambar, maaf.

Buat cikgu-cikgu SEMERMUM yang bertungkus-lumus mengajar kami SainsSatu 11'12, terima kasih mama dan papa sekalian. Jasa kalian amat besar dan bermakna. Tidak mampu kami balas segala penat lelah marah sayang kalian. Mohon halalkan segalanya. Teristimewa, Puan Mardiana yang kecil molek. Mummy yang sangat memahami, yang cool sentiasa, yang punya jiwa remaja seperti kami hehehe. Apa kau ingat senang nak lentur buluh-buluh dalam kelas SainsSatu ni ? Buluh-buluh yang kadang-kadang semua muka suci bersih tapi kadang-kadang semua boleh bertukar jadi hitam legam. Meh baca betapa tough nya cikgu-cikgu kami. Waktu Bahasa Malaysia, cikgu mengajar kat depan, ada yang lari ke belakang, on laptop dan layan Running Man. Waktu Fizik, kemain lancarkan projek ponteng beramai-ramai (mungkin sebab ini, tiada seorang pun yang A Fizik). Waktu Agama Islam, bab poligami yang paling gamat. Waktu Sejarah, sengaja baca doa mendayu-dayu panjangnya entah berapa harkat, saja nak melambat-lambatkan pembelajaran. Dan seterusnya. Cukuplah tu. Yang lain biar jadi memori terindah kami. Jangan marah, cikgu. Senyum sikit hehehe.

Apalah sangat ini. Kalau diikutkan, gambar keluarga besar kita tak muat satu entri. Maaf bagi yang tiada gambarnya.

Buat keluarga besarku, kalian memang terbaik wokk. Nak sebut satu-satu nama, mahu kena buat dua tiga entri. Jadi, hanya nama keluarga sahaja aku sebutkan. Terima kasih kepada keluarga belah ayah yang awesome - Opah Inson, keluarga arwah PakLong, keluarga MakNgah, keluarga MakLang, keluarga MakAnjang, keluarga PakUtih, keluarga Pak Itam, keluarga Pak Endek, keluarga MakYah, keluarga PakAndak, keluarga PakUsu. Terima kasih juga kepada keluarga belah emak yang daebak - keluarga We, keluarga PakNgah, keluarga PakCikHasan, keluarga MakWan, keluarga PakCikHusin, keluarga MakAndak, keluarga MakCikTimah, keluarga PakCikDin, keluarga PakSu. Walau aku tak punya kakak mahupun abang kandung, punya sepupu-sepupu sekepala segila senakal sudah lebih dari cukup. Terima kasih ya Allah, Engkau telah kurniakan abang dan kakak kepadaku dengan cara ini. Terima kasih juga ya Allah, Engkau telah memberiku lebih daripada satu kasih sayang ibu bapa dalam hidupku. Alhamdulillah. Berbakul-bakul ucapan tahniah kalian amat aku hargai. Terima kasih kepada yang sudi memberi ganjaran. Ada yang beri fulus, ada yang call tanya "Nak hadiah apa?", ada yang mesej cakap nak belanja. Terima kasih di atas kata-kata semangat dan sokongan kalian semua wahai keluarga tercinta. Tak pernah sekalipun aku lupa wujudnya keluarga besar ini. Tak pernah.

Pangkor




Merdeka Raya

Buat sahabat seperjuanganku, SainsSatu 11'12 memang tiada tandingan. Banyak sejarah kita ukir bersama. Ketawa bersama, menangis bersama, nakal bersama, belajar bersama, bercuti bersama, ku bersumpah harap kita ke syurga pun bersama. Adik-beradik lain mak lain bapak - Izzuddin, Alim, Acap, Kimmul, Mior, Idel, Fadhli, Pojan, Cutie, Syahin, Apiz, Aina, Uya, Wawa, Farah, Balqis, Limah, Eby, Ned, Mizan, Jijah, Eza, Eika, Fana, Fazira, Kakpah, Cipa, Een, Ika. Rindunya nak nyanyi sama-sama. Rindunya nak belajar sama-sama. Rindunya nak makan sama-sama. Rindunya nak ke Pangkor sama-sama. Dua tahun bersama kalian, macam-macam emosi aku rasa. Apadehal. Bila sampai titik akhir bergelar pelajar sekolah menengah, semua emosi itu tetap menjadi rindu. Terima kasih kerna berada di belakang aku hingga ke saat akhir perjuangan kita. Terima kasih atas segala yang kita kongsi bersama. Halalkan ye mana yang terlebih, terkurang, terhilang dan lain-lain. Tahniah buat kita semua. Usaha telah kita taburkan dan kini kejayaan  dalam genggaman masing-masing. Apapun keputusan yang telah kita genggam, mohon jangan letak titik nokhtah buat episod cinta antara kita semua ini. Moga cinta platonik kita kekal hingga syurga, in shaa Allah.

Terima kasih di atas segala doa yang kau layarkan, kata-kata semangat, ilmu berharga, sokongan jitu kalian semua, wahai watak-watak di dalam hidupku. Kalian punya watak penyeri hidupku walau fungsinya hanya sebesar atom. Tahniah buat rakan-rakan yang sama-sama berjuang, yang berjaya menggenggam kejayaaan. Juniors, study smart okay. Don't be like us. You can do better than us. Sekian, tamat ucapan ABPBH 2012.


Bagus dalam mencari perkataan ? Anda mungkin boleh memenangi kad Starbucks yang bernilai RM150 ! #AllShinyWhite

23.3.13

Promosi Ribbon Watch

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

♥ Japan Movement 
♥ Water Resistant 
♥ 9 Colorful Interchangeable Straps 

ONLY RM60 EACH INCLUDING POSTAGE
Sabah Sarawak add RM10

How to Order 
Send an email at nadyabubble@gmail.com or message to NadyaBubble page with these information: Your name: Address : Tel no : Quantity : Then, we will contact you for payment.

Sehingga 23 Mac 2013 sahaja !








Mahu Egg McMuffin secara percuma ?

Promosi Al-Quran Pelangi / Rainbow Al-Quran

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Salam ukhuwah :) Al-Quran merupakan kalam Allah yang benar. Diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril. Al-Quran adalah surat cinta yang paling manis dan bermakna buat kita semua.

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah kitab al-Quran yang jelas nyata keterangannya, dengan al-Quran itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaan-Nya, dan dengannya Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izin-Nya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 15-16)

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bacalah al- Quran kerana ia akan datang pada Hari Akhirat kelak sebagai pemberi syafaat kepada tuannya.” (Riwayat Muslim) 

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Pada hari Kiamat nanti, di hadapan Allah s.w.t tidak akan ada syafaat yang mempunyai taraf yang lebih tinggi daripada Al-Quran, bukan Nabi, bukan malaikat dan sebagainya”.

Ana hanya jual Al-Quran ini sehingga 23 Mac 2013. Stok terhad, siapa cepat dia dapat. Jika ada sesiapa yang berminat mahu memiliki salah satu Al-Quran di bawah ini, anda boleh hubungi ana :

- Message ke page NadyaBubble
- Email ke nadyabubble@gmail.com

Quran Wanita Sofya

Kandungan: 
 - Al-Quran dan terjemahan 30 juz lengkap
 - Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
 - Hadith Arba'in Nisaaiyyah
 - 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
- Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
 - Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
 - Carta tentang wanita-wanita yang haram dinikahi
 - Carta tentang ibadah rawatib wanita
 - Gelaran dan jolokan yang diberi dalam Islam buat wanita
 - Soal Jawab Fiqh Wanita
 - Kisah-kisah sejarah wanita-wanita yang disebut di dalam Al-Quran
 - Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasa sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..

 Available Colour : 
1. Turquoise
2. Maroon
3. Red
4. Purple

 Harga : 
RM60 termasuk kos postage Sem Malaysia
RM70 termasuk kos postage Sabah/Sarawak
(POSTAGE USING POS LAJU)





Quran Ummahatul Mukminin

Kandungan: 
 - Al-Quran dan terjemahan 30 juz lengkap
 - Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
 - Hadith Arba'in Nisaaiyyah
 - 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
 - Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
 - Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
 - Carta tentang wanita-wanita yang haram dinikahi
 - Carta tentang ibadah rawatib wanita
 - Gelaran dan jolokan yang diberi dalam Islam buat wanita
 - Soal Jawab Fiqh Wanita
 - Kisah-kisah sejarah wanita-wanita yang disebut di dalam Al-Quran
 - Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasa sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..

 Available Colours :
- Pink+Kuning
- Oren+Kelabu
- Hijau+Oren

 Harga :
RM60 termasuk kos postage Sem Malaysia
RM70 termasuk kos postage Sabah/Sibu Sarawak
(POSTAGE USING POS LAJU)




Quran Wanita Mushaf Al Burhan

Kandungan: 
 - Al-Quran dan terjemahan 30 juz lengkap
 - Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
 - Hadith Arba'in Nisaaiyyah
 - 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
- Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
 - Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
 - Carta tentang wanita-wanita yang haram dinikahi
 - Carta tentang ibadah rawatib wanita
 - Gelaran dan jolokan yang diberi dalam Islam buat wanita
 - Soal Jawab Fiqh Wanita
 - Kisah-kisah sejarah wanita-wanita yang disebut di dalam Al-Quran
 - Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasa sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..

 Available colours : 
- Purple
- Pink
- Biru muda
- Maroon

 Harga :
RM60 termasuk kos postage Sem Malaysia
RM70 termasuk kos postage Sabah/Sarawak
(POSTAGE USING POS LAJU)




Rainbow Al-Quran (Lelaki)

AL-QURAN RAINBOW MANAGEMENT DIRI - KHAS UNTUK LELAKI DALAM MENINGKATKAN KUALITI DIRI. (WANITA TURUT BOLEH GUNA)

 RM90 TERMASUK KOS PENGHANTARAN (POS LAJU)

 Dimuatkan dengan:
1. Al-Quran Lengkap 30 Juzuk beserta terjemahan/tafsir.
2. Menggunakan Rasm Uthmani.
3. Kertas QPP, 656 Hal (Full colour)
4. Kertas yang berwarna warni seperti pelangi tetapi tidak menyulitkan proses membacanya.
5. Menggunakan tajwid sistem warna.
6. Hadits-hadits tentang meningkatkan kualiti diri/kepahlawanan.
7. Membahaskan 10 ciri pahlawan sejati/peribadi unggul.
8. Membahaskan kisah 10 contoh pribadi unggul dalam sejarah.
9. Membahaskan 10 naluri peradaban dalam al-Quran dan Sunnah.
10. Terjemahan Kementerian Agama RI
11. Design Cover yang indah dan bahan baldu yang berkualiti.

 Ukuran : 10.5 cm x 15.5 cm
 Bahan Cover : Full baldu

 **Hijau muda, biru muda, pink and maroon**




Rainbow Al-Quran (Perempuan)

RAINBOW ALQURAN WANITA MUSHAF AL BURHAN (Rainbow + Tajwid + Edisi Wanita + Baldu)

RM90 TERMASUK PENGHANTARAN (POS LAJU)

Dengan 14 keunggulan : 
1. 744 halaman berwarna dengan frame bunga
2. Al-Quran dan terjemah 30 Juz lengkap
3. Al-Quran quantum wanita
4. 20 Sejarah wanita dalam al-Quran
5. Gelar wanita dalam Islam
6. Agenda Muslimah khatam al-quran
7. Tabel ibadah rawatib wanita
8. Tabel Ibadah Nawafil Wanita
9. Wanita yg Haram dinikahi
10. Ensiklopedia ayat-ayat wanita
11. Tips tampil cantik sesuai sunnah
12. 40 Hadits tentang wanita
13. Fiqih ibadah wanita
14. Tajwid dengan Sistem Warna

 **Biru pekat, biru muda, pink and maroon**




Quran Wanita Mushaf Al Burhan (Bunga)

Kandungan: 
 - Al-Quran dan terjemahan 30 juz lengkap
 - Indeks ayat-ayat tentang wanita dalam Al-Quran
 - Hadith Arba'in Nisaaiyyah
 - 40 nasihat dari Rasullulah buat wanita melalui hadith yg sahih
 - Tips Kecantikan Wanita mengikut sunnah Rasullulah
 - Carta tentang ibadah-ibadah Nawafil (Nafilah) wanita
 - Carta tentang wanita-wanita yang haram dinikahi
 - Carta tentang ibadah rawatib wanita
 - Gelaran dan jolokan yang diberi dalam Islam buat wanita
 - Soal Jawab Fiqh Wanita
 - Kisah-kisah sejarah wanita-wanita yang disebut di dalam Al-Quran
 - Kisah tentang wanita pertama dan utama dalam lintasa sejarah Islam seperti Siti Khadijah r.a., Siti Aishah r.a., Ummu Salamah, Summayah, Ummu Kulthum, Siti Hajar r.a. dan ramai lagi..

 Harga : 
RM70 termasuk kos postage Sem Malaysia
RM80 termasuk kos postage Sabah/Sarawak
(POSTAGE USING POS LAJU)

 **ketiga-tiga warna available**
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hadiah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yunus, ayat 57) 


Persahabatan bukan sahaja membina keyakinan, tetapi ia juga boleh memberi peluang kepada anda untuk memiliki RM5000 tunai 

18.3.13

Anak-anak Zaman Ini

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Anak-anak zaman ini
Masih terkebil-kebil untuk berpijak
Pada tanah tinggi rendah
Apa lagi kerikil-kerikil tajam
Sedia menanti diri
Menempuh gelombang.

Anak-anak zaman ini
Leka dengan budaya kotor
Membuang masa tanpa kerja
Bangsa lain tersenyum
Mengail di laut sendiri
Menyanyi lagu-lagu gembira.

Anak-anak zaman ini
Hidup tidak menentu lagi.



Dipetik dari : 
Siri Puisi Pelajar : Salam Orang Desa



Mahu menang 8 ipad mini & 24 hamper Oral-B ?

11.3.13

Hati Dan Air Mata

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Rapuh sungguh kau, wahai hati.
Baru dicuit sedikit dengan kata-kata amarah,
sakit bak patah seribu.
Belum lagi dijentik dengan caci maki manusia.

Murah sungguh kau, wahai air mata.
Diuji sedikit dengan teguran dan suara yang tinggi, berjurai-jurai kau mengalir.
Rindu, hiba dan sesal bertandang, lagi galak kau keluar.

Ini adalah kelemahan dan kelebihan diriku dari Dia.

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
Surah Ali-Imran ayat 139

Kongsi saat manis anda dan rakan baik anda untuk berpeluang memenangi RM5000

9.3.13

Al-Fatihah [Mak Ngah Jedah : Jaimiah Bt Musa, 20 Julai 1952 - 8 Mac 2013]

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Wahai Allah, ampunilah Mak Ngah Jedah / Jaimiah Bt Musa, naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarganya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikan cahaya didalamnya...

Belum cukup setahun pemergian AllahYarham Tok Teh Keten, anaknya pula meninggalkan kami. Kiranya, AllahYarham Mak Ngah ni sepupu ayah lah. AllahYarham seorang yang periang, ramah. Kalau ada AllahYarham, mesti gamat suasana. We're gonna miss her. Mazlan, stay strong. Keep praying for your mom. Al-Fatihah.


Persahabatan bukan sahaja membina keyakinan, tetapi ia juga boleh memberi peluang kepada anda untuk memiliki RM5000 tunai

6.3.13

Majlis Resepsi Aidil ❤ Farhana & Azahari ❤ Shelly #Part2

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Bertemu kembali bersama ahkak Nadiah hehe. Maaflah, memang azam tahun baru nak update blog tiap-tiap hari. Tapi malangnya, kesibukan mengejarku T.T Emmm tak lama lagi nak kena pergi dah. Nak tahu pi mana, tunggu naaaa. Okay, hari tu dah tayang gambar malam sebelum majlis. Malam ni, ahkak tayang gambar-gambar majlis resepsi pula. Hutang sudah ku bayar jyeah :)

 photo DSC_0489copy_zpsc2fa32a0.jpg
Jom main makeup makeup.

 photo DSC_0506copy_zps4f1649bd.jpg
The pelamin.

 photo DSC_0510copy_zps69fcc99f.jpg

 photo DSC_0511copy_zps3dcb116a.jpg
Zaharah pun nak makeup.

 photo DSC_0514copy_zpsa34a33fc.jpg
Fitri pun.

 photo DSC_0515copy_zps59167da9.jpg

 photo DSC_0533copy_zpsd1d7094c.jpg
Tangga keluarga hehe.

 photo DSC_0534copy_zps3674c529.jpg
Cik Nor & Cik Timah

 photo DSC_0535copy_zps855ad39e.jpg
Hat ni pengantin lama yang nak pose ala-ala pengantin baru.

 photo DSC_0538copy_zps485da24b.jpg

 photo DSC_0541copy_zps33109f9b.jpg

 photo DSC_0544copy_zps9ceda9c9.jpg

 photo DSC_0545copy_zps291d7381.jpg
With Alia.

 photo DSC_0548copy_zpsab4f48f1.jpg
Kak Ida's family.

 photo DSC_0576copy_zps951658c4.jpg

 photo DSC_0580copy_zps1a5c9d15.jpg

 photo DSC_0584copy_zps47d9bbf1.jpg
Ayah pengantin, Pak Ngah.

 photo DSC_0586copy_zps57bbf362.jpg
Emak pengantin, Mak Ngah.

 photo DSC_0590copy_zps4639a6f1.jpg

 photo DSC_0594copy_zpsda0f0980.jpg
Spot my ayah.

 photo DSC_0598copy_zps9af3c016.jpg

 photo DSC_0600copy_zps739250f1.jpg

 photo DSC_0601copy_zpse9bfbe8a.jpg

 photo DSC_0605copy_zpsa18ad315.jpg

 photo DSC_0608copy_zpsdd75af6a.jpg

 photo DSC_0610copy_zps2e24aca0.jpg

 photo DSC_0614copy_zps87fa296d.jpg

 photo DSC_0619copy_zps1755c2ef.jpg
Abang Azahari & Kak Shelly

 photo DSC_0644copy_zps6bf0cec0.jpg

 photo MIZ_3430copy_zpsb5ea20fd.jpg

 photo DSC_0670copy_zps34a181d2.jpg
Candid.

 photo MIZ_3470copy_zpsb5c2f2c3.jpg

 photo MIZ_3476copy_zps2ef8726c.jpg

 photo MIZ_3489copy_zpsa53e18cb.jpg

 photo DSC_0683copy_zps95c65dc4.jpg

 photo MIZ_3510copy_zps191748a9.jpg
Cousies. Yana & Kak Mazni

 photo MIZ_3515copy_zps465b8b35.jpg

 photo MIZ_3545copy_zps8183a0c1.jpg
Makcik makcik.

 photo MIZ_3557copy_zps915abd5e.jpg
Adik-beradik perempuan emak.

 photo MIZ_3562copy_zps43c5abb5.jpg

 photo MIZ_3568copy_zpsdfecd679.jpg

 photo MIZ_3574copy_zps9d1e71dd.jpg

 photo MIZ_3579copy_zpsaad85292.jpg
Iman debabboom debabboom hehe.

 photo MIZ_3580copy_zpsb7708887.jpg

 photo MIZ_3589copy_zpsfcd7eddc.jpg
Mak Andak, We, Yong.

 photo DSC_0709copy_zps2ccd8135.jpg
Abang Izul : "Anak di tangan kiriku, baby di tangan kananku." Lol. Tak, aku yang reka ni haha.

 photo MIZ_3600_zps026b14f9.jpg
Keluarga besar Pak Ngah.

 photo MIZ_3609_zps6491f3fc.jpg

 photo MIZ_3624copy_zps75673727.jpg

 photo MIZ_3627copy_zps22ce7783.jpg

 photo MIZ_3633copy_zps03821ac3.jpg

 photo MIZ_3637copy_zps029041da.jpg
Okay, tahu kan siapa yang menguasai pelamin ? Hahahaha.

 photo DSC_0775copy_zps2a129357.jpg
Tijah.

 photo MIZ_3644copy_zps92edbe4b.jpg

 photo DSC_0778copy_zpsbb8d3031.jpg

 photo MIZ_3655copy_zps3b4ff412.jpg

 photo DSC_0781copy_zps1e38ee4a.jpg

 photo MIZ_3660copy_zps8920d124.jpg

 photo DSC_0784copy_zpse83f1f66.jpg

 photo DSC_0788copy_zps1d81496b.jpg

 photo DSC_0799copy_zps7955b69d.jpg

 photo DSC_0802copy_zps2c278fb1.jpg
Anak buah saya yang sebaya dengan saya, Nathasha. Lol.

 photo DSC_0805copy_zpsfad67ebd.jpg

 photo DSC_0807copy_zpsc5152804.jpg

 photo DSC_0814copy_zps38da6416.jpg

 photo DSC_0816copy_zpsfbe9ac09.jpg

 photo DSC_0821copy_zps6a74d31c.jpg
Iman.

 photo DSC_0835copy_zpsb828bca8.jpg

 photo DSC_0844copy_zpsa1dc076c.jpg