24.3.13

Surat Cinta Buat Semua

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tarikh keramat bagi seorang pelajar senior 2012 yang menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia - 5 November 2012. Tarikh keramat berakhirnya perjuangan ketaq-ketaq lutut bagi pelajar aliran sains tulen tahun akhir sekolah menengah - 27 November 2012. Dan akhir sekali, tarikh keramat yang menjadi tanya sejak sekian lamanya, tarikh keramat yang menyebabkan ramai pengguna-pengguna Twitter menukar pekerjaan sedia ada kepada ahli nujum tidak bertauliah - 21 Mac 2013.

Alhamdulillah, ya Allah. Engkau telah memakbulkan doaku. Engkau masih kurniakan peluang, nikmat indah yang sangat bernilai bagi hambamu yang hina ini. Aku tahu, usaha aku selama ini mungkin tidak setanding dengan kejayaan yang telah Engkau beri ini. Sungguh, tidak ku sangka keputusanku begini. Syukur, ya Allah. Walaupun bukan A lurus, walaupun bukan pelajar terbaik, ini benar-benar amat bermakna bagiku. Lega apabila melihat senyum yang terukir di wajah bonda, ayahanda, keluarga, cikgu-cikgu dan sahabat-sahabat terindah.


Buat bonda dan ayahanda yang amat aku cintai, ini adalah hadiah kecil buat kalian. Maaf, cita-cita untuk peroleh A lurus tidak kesampaian. So close but still too far. Mungkin ini klise tapi ketahuilah, aku kejar kejayaan ini demi kegembiraan kalian lebih daripada demi masa depanku sendiri. Dalam doaku juga, aku mohon Dia berikan kejayaan ini demi kegembiraan kalian. Alhamdulillah.


Buat angah dan adik, kalian adalah adik yang paling rock dalam dunia. Rock itu batu. Hati batu mungkin. Susah hendak dilentur, susah nak dengar cakap orang lain. Eceh mohon jangan bash along balik. Along tahu, along punya perangai pun dua kali lima sama dengan sepuluh je. Well, kita dari kilang yang sama, produk mesti lebih kurang je kan ekekekekeke. Angah dan adik, kalian boleh lakar kejayaan yang lebih besar. Mohon belajar bersungguh-sungguh. Mohon jaga hati bonda dan ayahanda. Mohon jangan leka. Semoga berjaya, adik-adikku tersayang.

Ada cikgu yang tak ada gambar, maaf.

Buat cikgu-cikgu SEMERMUM yang bertungkus-lumus mengajar kami SainsSatu 11'12, terima kasih mama dan papa sekalian. Jasa kalian amat besar dan bermakna. Tidak mampu kami balas segala penat lelah marah sayang kalian. Mohon halalkan segalanya. Teristimewa, Puan Mardiana yang kecil molek. Mummy yang sangat memahami, yang cool sentiasa, yang punya jiwa remaja seperti kami hehehe. Apa kau ingat senang nak lentur buluh-buluh dalam kelas SainsSatu ni ? Buluh-buluh yang kadang-kadang semua muka suci bersih tapi kadang-kadang semua boleh bertukar jadi hitam legam. Meh baca betapa tough nya cikgu-cikgu kami. Waktu Bahasa Malaysia, cikgu mengajar kat depan, ada yang lari ke belakang, on laptop dan layan Running Man. Waktu Fizik, kemain lancarkan projek ponteng beramai-ramai (mungkin sebab ini, tiada seorang pun yang A Fizik). Waktu Agama Islam, bab poligami yang paling gamat. Waktu Sejarah, sengaja baca doa mendayu-dayu panjangnya entah berapa harkat, saja nak melambat-lambatkan pembelajaran. Dan seterusnya. Cukuplah tu. Yang lain biar jadi memori terindah kami. Jangan marah, cikgu. Senyum sikit hehehe.

Apalah sangat ini. Kalau diikutkan, gambar keluarga besar kita tak muat satu entri. Maaf bagi yang tiada gambarnya.

Buat keluarga besarku, kalian memang terbaik wokk. Nak sebut satu-satu nama, mahu kena buat dua tiga entri. Jadi, hanya nama keluarga sahaja aku sebutkan. Terima kasih kepada keluarga belah ayah yang awesome - Opah Inson, keluarga arwah PakLong, keluarga MakNgah, keluarga MakLang, keluarga MakAnjang, keluarga PakUtih, keluarga Pak Itam, keluarga Pak Endek, keluarga MakYah, keluarga PakAndak, keluarga PakUsu. Terima kasih juga kepada keluarga belah emak yang daebak - keluarga We, keluarga PakNgah, keluarga PakCikHasan, keluarga MakWan, keluarga PakCikHusin, keluarga MakAndak, keluarga MakCikTimah, keluarga PakCikDin, keluarga PakSu. Walau aku tak punya kakak mahupun abang kandung, punya sepupu-sepupu sekepala segila senakal sudah lebih dari cukup. Terima kasih ya Allah, Engkau telah kurniakan abang dan kakak kepadaku dengan cara ini. Terima kasih juga ya Allah, Engkau telah memberiku lebih daripada satu kasih sayang ibu bapa dalam hidupku. Alhamdulillah. Berbakul-bakul ucapan tahniah kalian amat aku hargai. Terima kasih kepada yang sudi memberi ganjaran. Ada yang beri fulus, ada yang call tanya "Nak hadiah apa?", ada yang mesej cakap nak belanja. Terima kasih di atas kata-kata semangat dan sokongan kalian semua wahai keluarga tercinta. Tak pernah sekalipun aku lupa wujudnya keluarga besar ini. Tak pernah.

Pangkor




Merdeka Raya

Buat sahabat seperjuanganku, SainsSatu 11'12 memang tiada tandingan. Banyak sejarah kita ukir bersama. Ketawa bersama, menangis bersama, nakal bersama, belajar bersama, bercuti bersama, ku bersumpah harap kita ke syurga pun bersama. Adik-beradik lain mak lain bapak - Izzuddin, Alim, Acap, Kimmul, Mior, Idel, Fadhli, Pojan, Cutie, Syahin, Apiz, Aina, Uya, Wawa, Farah, Balqis, Limah, Eby, Ned, Mizan, Jijah, Eza, Eika, Fana, Fazira, Kakpah, Cipa, Een, Ika. Rindunya nak nyanyi sama-sama. Rindunya nak belajar sama-sama. Rindunya nak makan sama-sama. Rindunya nak ke Pangkor sama-sama. Dua tahun bersama kalian, macam-macam emosi aku rasa. Apadehal. Bila sampai titik akhir bergelar pelajar sekolah menengah, semua emosi itu tetap menjadi rindu. Terima kasih kerna berada di belakang aku hingga ke saat akhir perjuangan kita. Terima kasih atas segala yang kita kongsi bersama. Halalkan ye mana yang terlebih, terkurang, terhilang dan lain-lain. Tahniah buat kita semua. Usaha telah kita taburkan dan kini kejayaan  dalam genggaman masing-masing. Apapun keputusan yang telah kita genggam, mohon jangan letak titik nokhtah buat episod cinta antara kita semua ini. Moga cinta platonik kita kekal hingga syurga, in shaa Allah.

Terima kasih di atas segala doa yang kau layarkan, kata-kata semangat, ilmu berharga, sokongan jitu kalian semua, wahai watak-watak di dalam hidupku. Kalian punya watak penyeri hidupku walau fungsinya hanya sebesar atom. Tahniah buat rakan-rakan yang sama-sama berjuang, yang berjaya menggenggam kejayaaan. Juniors, study smart okay. Don't be like us. You can do better than us. Sekian, tamat ucapan ABPBH 2012.


Bagus dalam mencari perkataan ? Anda mungkin boleh memenangi kad Starbucks yang bernilai RM150 ! #AllShinyWhite

6 comments:

  1. satu ari nanti mesti tertanya bila boleh masuk belajar mcm dulu n jmpe cikgu + kwn2 lama...:) seriusly akk sndri pn miss that moment..:')

    ReplyDelete
  2. ucapan ABPBH?! hoho0o! panjang naa ucapan ni.
    sedih pulak saya baca entri akak ni. lawak pun ada. heheee~
    tahniah kak! mesti dapat banyak A kan?
    semoga berjaya dunia & akhirat... :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah atas usaha awak :)
    Takda apa yang lebih seronok daripada buat mak ayah senyum kan ? :)
    Semoga berjaya dunia dan akhirat, dik :)

    ReplyDelete
  4. @NURMASFALINA

    Kan. Sekarang pun dah rasa rindu sangat :(

    ReplyDelete
  5. @Zaf98

    Hahaha alhamdulillah :) Terima kasih, dik !

    ReplyDelete