13.1.13

Buat Intanku

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Duhai intanku
Ini adalah ujian dari Dia
Yang dialamatkan kepada engkau
Akhirnya nanti, disana
Markah ujian ini akan kau tahu
Gagalkah luluskah
Hadiah menunggu jika kau lulus
Dan pasti, aku mahu kau lulus
Permata yang Dia pinjamkan selama ini
Telah Dia ambil kembali
Kau akan jumpa permata itu 
Pada hari yang pasti
Kutip ceraian hati
Cantum, gam kuat-kuat
Biar ia kukuh
Hapus air matamu
Ukir senyum di wajah manismu
Kau perlu kuat
Terus melangkah, sayang.

Dedikasi khas buat @intansuhailaa

Kenapa aku tuju ini kepada dia ? Baca di blog TazeenSuhil.

No comments:

Post a Comment