27.6.12

LOL | Bangla + Batang Berjuntai

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Ayah : Makin banyak bangla kat pekan BB (Batang Berjuntai) ni... Nanti tahu tak BB ni jadi apa ?
Aku : Apa ?
Ayah : BB jadi Bandar Bangla.
Aku : Eh bukanlah ayah. BB jadi Bangla Berjuntai. Hahaha !

What if Jack had just answered earlier when Rose asked #whatchuwant ? Click here

24.6.12

7 Hari

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Zine 7 Hari by me

7 hari bahagia. 7 hari mesra. 7 hari cinta. 7 hari sayang. 7 hari sahaja. Ini istimewa untuk kau. Kau yang aku sayang. Kau yang aku rindu. Kau yang pernah bahagiakan aku dulu. Kau yang lupakan aku kini. Kalau rindu, pandanglah bulan.

23.6.12

Adam, Kenalilah Hawa

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Adam, kenalilah Hawa. Tolong!"

Minggu ini, bertimpa-timpa aku menerima panggilan dari teman. Teman jauh, mahu teman dekat. Mukadimahnya esak tangis. Puncanya pelbagai.

Lama aku diam. Cuba menangkap gelora hati, membaca gejolak jiwa. Namun yang terzahir hanya alunan sedu-sedan.

Jujur, aku tidak sepenuhnya mengerti.

Hawa itu kadang keliru. Mahu terus membisu, bimbang disalahtafsir. Mahu berlaku jujur, terpalit segan. Mahu menutur kata, bimbang hati dicemari.

Hawa itu kadang cemburu. Melihat yang lain mendapat itu ini tika dirinya diketerbatasan mampu.

Hawa itu kadang buntu. Mahu diceritakan, dia juga tidak tahu apa puncanya.

Itu kisah Hawa. Mungkin kisah itu tidak bisa menyentuh hati seorang Adam, tapi jika dia Hawa, jiwanya pasti meruntun sayu mendengarnya.

Aneh bukan? Ya, kerna Hawa itu sifatnya aneh.

Lalu, harus bagaimakah?

Pasti, aku juga tidak punya jawapan untuk itu.

Hawa. Hatinya sangat rapuh. Jiwanya sangat sensitif. Matanya mudah saja berkaca. Kata mereka itu tanda lemah. Tapi aku bilang itu fitrah.

Bukan mereka mahu mengundang simpati, tapi cukup untuk meluahkan rasa di hati. Jangan sesekali terjemahkan itu sebagai kekalahan. Tidak sama sekali! Itulah sebenarnya punca kekuatan dalam ketahanan mereka.

Adam, aku khabarkan bukan untuk minta engkau mengerti, kerana aku; Hawa, juga tidak pernah mengerti.

Cukuplah agar engkau tahu. Moga engkau tidak mudah mengusik hatinya. Hati yang punya sarat perasaan. Perasaan yang kadang menjerat dirinya dalam silap menterjemah erti di sebalik kata seorang Adam, dalam silap mentafsir maksud di sebalik tingkah seorang Adam.

Berhentilah. Supaya mereka tidak kepenatan berjuang seorangan jika engkau turut sama berjuang.

Harungilah sujudmu ketepian Redha-Nya. Kirimkanlah untaian kata indah lewat doamu. Moga Hawa itu terus kuat!

Aku pernah jadi perempuan.
Aku pernah jadi gadis.
Aku pernah jadi wanita.
Kini, biar aku jadi muslimah.

bingkisan teman,
dari Hawa buat Adam.



Nobody ever told it that elephants weren’t supposed to fly ! Click here

20.6.12

#40 Wordless Wednesday - Never Feel The Same Way

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



You don’t have to be a superhero to save the world, click here !

19.6.12

Quote Of The Day #25

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

"Dia kata dia cinta
Tapi kenapa dia pergi ?
Dia kata dia sayang
Tapi kenapa dia hilang ?"
Aina Nadia Hamid

18.6.12

Thank you, 5 Science 1

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Aku tak akan senang-senang menangis didepan mereka, adik-beradik - 5 Sains 1. Tak, tak mungkin semudah itu. Tapi aku tewas. Tewas mengawal emosi, tewas menahan duka. Semudah itu air mata aku jatuh... Gara-gara dia, dia yang aku sayang. Tapi aku bersyukur, mereka ada disaat aku jatuh. Mereka bantu aku bangkit. Mereka setia disini bersama kata-kata penguat. Terima kasih Kak Ngah - Aina, Adik Dut - U'lya & Hakim, Umi - Eby, Farhana, Mizan, Eika, Wawa, Alim dan semua. Terima kasih 5 Sains 1 :')

17.6.12

Tamat

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


7 hari
1 minggu
1/4 bulan
Tamat sudah segala.
Aku sendiri lagi.

© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY

Bulan Itu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Bulan itu setia meneman dikala malam.
Mendengar rintih, bisik kasih.
Kadang ia hilang.
Hanya untuk buat kau rindu.
Rindu akan rupanya, rindu akan hadirnya.
Agar kau hargai setiap hadirnya nanti.


© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY



Setlist konsert #GigTriplePlay di tangan ANDA ! Tentukan setlist Nidji, Hujan & Bunkface dan dapatkan tiket PERCUMA ! Klik sini

15.6.12

Alasan Sayang

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Tanya hati sendiri, kenapa sayang ?
Puas aku selongkar sana sini, tak jumpa jawapan.
Hari ke hari, yang pasti makin sayang.
Mungkin sayang ini tak perlu alasan.

© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY


Bunkface + Hujan + Nidji = Konsert #GigTriplePlay ! 30 June ini di KL Live ! Nak tiket ? Klik sini


10.6.12

Pesta Pantun Daerah Kuala Selangor 2012

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Tampak merelang putih akasia,
Dihembus pawana dahannya sekah,
Nama dinda Nurul Nadiah,
Pemantun pertama mengorak langkah.

18 & 19 April 2012 - Pesta Pantun Daerah Kuala Selangor di SMK Saujana Utama. Tahun lepas pun ambil bahagian. Boleh baca kat sini. Tahun lepas kami, wakil SMKRMM simple je kan, siap kena perli lagi pakai kain murah, haha. Tapi alhamdulillah, no 3 dalam tangan. Tahun ni haa kemain kau nyah. Jingga lip lap lip lap. Kau hado ? Haha. Terima kasih sekolah sponsor baju. Tu pun dapat baju sebab tahun lepas berjaya dapat no 3. Bila dah pakai baju kemain lawa ni, nervous nya lagi bertambah-tambah. Yelah, dah pakai baju cantik-cantik, kalau kalah, malu mak, nyah oi, hehe.

Pesta pantun ni berlangsung dua hari. Hari pertama pusingan awal dan suku akhir. Hari kedua separuh akhir dan akhir. Kami berjaya ke pusingan akhir :) Hari pertama aku tabik kepada diri aku sendiri. Serious tak sangka aku berjaya. Tapi hari kedua, ahhh ! Rasa nak cekik diri sendiri. Aku tak tahu apa kena dengan aku. Menggelabah lebih. Karang lain, baca lain. Ada ke patut karang atas kertas perkataan 'purnama', tapi baca 'rembulan' ? Dah lah rima akhir, tak pasak-pasal tolak markah. Hari kedua tu memang stress, nervous, sedih semua ada. Nasib baik ada cikgu-cikgu penguat semangat. And terima kasih Adib sebab gelakkan aku masa aku nangis -.- Syukur alhamdulillah, walaupun melalut macam tu, berjaya juga sampai final. Final lawan dengan SMKA Kuala Selangor. Juara bertahan tu. Tahun lepas, masa kitorang kalah di semi final, kalah dengan dorang juga. Tak ada rezeki kan. Alhamdulillah tahun ni, naik satu tangga, dapat no 2 :)

Apapun, tahniah kepada ahli pasukan pantun SMKRMM, guru-guru pembimbing, guru-guru SMKRMM yang sentiasa memberi sokongan, rakan-rakan SMKRMM dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. Kami hargai sangat-sangat :)

Pemantun pertama - Nurul Nadiah 
Pemantun kedua - Aina Nadia
Pemantun ketiga - Hainies Shamila
Pemantun keempat - Habib
Pemantun kelima - Adiz Aizuddin

Photobucket

Photobucket
Ni masa pusingan awal, lawan SMK Dato' Harun.

Photobucket
Ehem, Adib nyanyi. Haha. "Ohh... Kesuma dewiku..."

Photobucket
Ni masa suku akhir, lawan SMK Puncak Alam, naib juara tahun lepas.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Nampak tak cahaya kegembiraan terpancar dimuka kami ? Hahaha.

Photobucket
Pusingan akhir atas pentas. Ketaq lutut -.- Ohh yaah, sebelum pusingan akhir ni, separuh akhir lawan SMK Sungai Burong.

Photobucket

Photobucket
Sebenarnya masa ni nervous habis.

Photobucket
Okay, jom ambil hadiah. Haha.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket
Ganjaran dapat no 2, cikgu belanja McD. Ngeh ngeh, bahagianya hidupku.

Photobucket

The best feeling - Masa penyampaian hadiah dekat sekolah, naik pentas, kena berpantun perkenalkan diri dulu. Tetiba aku excited terbagi dua pantun. Pantun kedua buat bebudak lain tepuk tangan. Ni ha pantunnya :

Kerlipan bintang segenap ruang,
Mentari bersinar diwaktu pagi,
Kami tak gentar terus berjuang,
Nama SEMERMUM dijulang tinggi.


Didn't get enough presents for your Birthday ? Get more here !

6.6.12

Menang "Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular"

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Ingat lagi Pertandingan Anugerah Blog Paling Popular yang dianjurkan oleh Coretan Anuar ? Ingat tak aku pernah menang untuk minggu ke 5, 19 dan 22 ? *cough* Alhamdulillah, aku berjaya mendapat tempat ketiga secara keseluruhan. Hadiahnya ?


Syukur alhamdulillah :) Terima kasih kepada mereka-mereka yang mengundi. Terima kasih Emak, Ayah, adik-adik, pak cik, mak cik, opah, sepupu sepapat, kawan-kawan. Eh, macam menang ABPBH pula -.-' Dan tak lupa, terima kasih Coretan Anuar.


Help M&M choose the most creative captions and win some prizes ! Click here

#39 Wordless Wednesday - Cover The Butt

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته



If you’re a diehard football fan and are constantly fretting about finding a good mamak spot every time you want to catch a match with your buddies, click here !

3.6.12

Amanat Yang Diamanah

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Amanah. Senang disebut. Senang ditulis. Tapi senang juga dipecahkan. Senang dilupakan. Kau tak fikir akibatnya ? Mungkin disini kau lepas, kau senang. Tapi disana ? Tiada tempat boleh kau sembunyi. Tiada kata boleh kau ucap untuk pertahankan diri. Ingat wahai manusia, amanat yang diberikan harus dijaga. Anak juga amanat, nyawa juga, amanat Allah. Amanat manusia ? Banyak, sangat banyak. Lain orang lain amanat.

Manusia akhir zaman. Ambil mudah tentang amanat. Amanat yang diberi kau sia-siakan. Amanat yang diberi kau salah gunakan. Amanat yang diberi kau buat harta. Memang manusia tak lepas melakukan kesilapan. Memang, aku akui. Tapi sepatutnya  kesilapan hanya sekali. Kalau diulang-ulang, bukan kesilapan. Tak sedar diri namanya.

Aku bagi contoh. Aku bagi si A satu kandang lembu untuk dijaga. Saja letak lembu, kan mahal, demand sikit, hehe. Aku bagi dia duit untuk tampung segala keperluan lembu juga termasuk upah. Tapi malangnya, saat ke saat, minit ke minit, jam ke jam, hari ke hari, bulan ke bulan, si A lupa diri. Sekandang lembu itu dibuat macam hartanya. Bila bersua dengan aku, si A buat tak tahu. Tak pernah sekali dia sebut tentang lembu-lembu aku. Ahhh aku yang naik segan nak tanya. *Apesal macam terlebih drama ni :p* Bila ditanya, hanya senyuman dan janji manis si A taburkan. Nak pikat aku kehape ? Lebih sadis, lembu dijual sesuka hati. Tanpa bertanya kepada tuan lembu yang sah lagi halal, iaitu aku. Duit jual jangan harap aku dapat. Bila ditanya, tanpa segan lagi malu, dia bercerita. Hello, aku ni siapa ?

Okay, drama sebabak dah habis. Haha, maaf sedikit emosi :p Yang penting, tiada kena mengena dengan yang mati. Yang hidup kalau ada terasa, jangan salahkan aku. Siapa suruh pecah amanah ? Hahaha.

Orang bagi kau amanat, jaga. Bukan disia-sia. Bukan dibuat harta. Cubalah ngerti perasaan orang yang bagi kau amanat tu. Kalau orang tu baik persis malaikat, kau selamat didunia, akhirat aku tak jamin. Tapi kalau orang tu jahat persis syaitan, dunia kau habis, akhirat kau tunggu lagi. Sekian.


Are u a BLOGGER ? Your chance to win some cash & prizes here !

2.6.12

Just Saying #1

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Biar berpisah kerana keluarga, jangan berpisah kerana orang ketiga.

© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY


Are u a BLOGGER ? Your chance to win some cash & prizes here !

1.6.12

KFC Voucher - "Meal for Two"

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


TM Rewards
Print and Redeem KFC Voucher

Normal price = RM26.40
With voucher = RM19.90


Redemption for
* 3 Pieces Chicken
* 1 Colonel Burger
* 2 Whipped Potato (R)
* 1 Coleslaw (R)
* 2 Iced Lemon Tea (R)

Terms & Conditions
1. Please present coupon upon ordering.
2. Valid at all KFC restaurants in Peninsula Malaysia excluding KFC Genting Highlands, KFC Genting First World, KFC KLIA, KFC LCCT, KFC Cameron, KFC Senai Airport & Langkawi.
3. Not exchangeable for cash.
4. Not valid with other promotions and discount offers. Not valid for catering order of 50 packs and above.
5. Price subject to 6% Government Tax.
6. Colour or black & white printout coupon is accepted.

Coupon is valid until 30 June 2012



Dare you slurp as fast as you can ?! Click here