16.5.12

Terima Kasih, Cikgu

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Guru
Kau ibarat bunga
Yang mekar di dalam taman
Pelbagai rupa
Pelbagai warna
Pelbagai fungsi
Dengan satu tujuan
Mengharumkan nama sekolah
Mewarnai anak bangsa
Anak di rumah kau tinggalkan
Demi anak bangsa di sekolah
Pengorbanan yang luhur
Terima kasih, cikgu !

© 2012 NadyaBubble
PLEASE DO NOT COPY


Selamat Hari Guru kepada Emak, Ayah, Pak Utih, Mak Utih, Kak Azah, Mak Endek, Pak Endek, Mak Cik Timah, guru-guru di Taski Abim Ijok, Tadika Kemas Jaya Setia, SK Jaya Setia, SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, SMK Raja Muda Musa, guru-guru tuisyen, guru-guru Pengakap & semua yang bergelar guru :)


If you are worried about PMR, click here !

2 comments: