بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Allah, lama sungguh aku tak menaip! Ada lagi ke yang ingat blog ni? Hahaha nak menaip pun lambat, susah sangat idea nak datang sekarang ni. Sejujurnya, rindu nak menaip balik. Rindu nak blogging. Nak dijadikan cerita, semalam tak boleh nak lelap. Sajalah buka blog Nisa Kay. Lepastu terus rasa berkobar-kobar nak blogging balik! Jadi, sempena ulangtahun kelahiran tuan empunya blog yang ke-21 tahun hari ini, gigihlah beliau menaip entri ni haaa. Tengah kumpul balik semangat blogging macam dulu-dulu. Harapnya bukan hangat-hangat tahi ayam lah *cakap depan cermin*. Harap engkorang dapat bantulah ye, dah banyak tak ingat ni T.T
No comments:
Post a Comment