27.2.15

Aina Dah Tua

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Rindu rindu rindu.

Walau jauh di mata, tapi dekat di hati.
Walau tak ada di sisi, tapi ada di dalam doa.

Banyak benda yang kita dah lalui sama-sama.
Pasang surut persahabatan kita.
Segala rahsia dan cerita dari zaman sekolah tetap dalam genggaman.
Segala macam jenis crush yang buat kita gelak sama-sama bila ingat balik.

Happy 20th birthday, Aina!
Moga sentiasa berada di bawah payung rahmatNya.
Moga cepat kahwin dengan ot (aku bridesmaid ok).
Moga sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.
May every dream of yours come true.
You're such a great friend.
Stick with me okay!
Forgive me if I ever hurt you.

Dah tak reti nak tulis ayat padu-padu macam dulu.
Terimalah Nadiah yang sekarang seadanya hehe.
Love you, muahh sikit :*

24.2.15

#NohMieza

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Cuti sem ni aku banyak attend kenduri kahwin je sebenarnya. Seronok tau tengok orang kahwin ni, dahlah makanan sedap-sedap hehe. Kenduri yang paling latest adalah kenduri kahwin Abang Noh, sepupu aku. Disebabkan kami pihak lelaki, majlis nikah dan resepsi buat di Pahang. Kiranya, ni short getaway sebelum sem baru bermulalah eceh haha.

Kami bertolak pagi Jumaat. Disebabkan tengah cuti raya cina, memang jalan sesak.

Berhenti di R&R, berkelah makan nasi lemak Kak Aty buat. Sedap sangat okay, sesiapa nak tempah boleh pi contact dia.

Masa ni fefeeling dah boleh jadi mak-mak sangat haha.


Aktiviti petang tu kat homestay, siapkan bunga telur dengan sireh junjung.

Majlis akad nikah pada Jumaat malam di rumah pengantin perempuan. Aku yang nerbes lebih orang nak nikah haha.




Paling best, dapat makan ikan patin masak tempoyak. Favourite!


Hehe nerbes ye bang...








Alhamdulillah, sah walaupun dua kali lafaz haha. Fahammmmmmm hahaha.










Keluarga pengantin lelaki :)





Esoknya, majlis resepsi. Seronok sebab ramai sedara mara join, meriah.














































My queen 





Banyak gambar je kan, biarlah gambar berbicara hehe. Naik sem baru ni mesti rindu nak kumpul ramai-ramai lagi :(

Selamat pengantin baru, Abang Noh & Kak Mieza! Ya doakan korang kekal bahagia hingga ke jannah