بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته
Iye, tempoh honeymoon aku sudah tamat T-T
Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk terus menuntut ilmu. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Masa nak check result upu tu, dia punya nervous boleh bawak gaduh woo hahaha.
Jujur, bila keluar kat skrin macam kat atas ni, aku terkedu. Apa semua ni?! Abendalah pembuatan bagai ni. UTeM ni okay ke. Haaaa macam-macamlah ada dalam otak ni. Pastu nangis sorang-sorang hahahaha. UTeM dan kejuruteraan memang bukan pilihan pertama dalam upu.
Ramai orang ragu-ragu sebenarnya bila aku dapat kejuruteraan pembuatan. Siapa yang kenal aku in real life tahulah kot kenapa hahaha. My bestfriend pun tak yakin nak lepaskan iols yang ayu-ayu ni ambil kejuruteraan. Even my emak menangis risau beberapa hari sebelum aku daftar.
Aku? Lagilah tak yakin hahaha. Tapi lama-lama hati ni boleh terima. Alhamdulillah. Nak taknak, aku kena kuat. Bila tengok emak risau, aku kena kuat supaya tak tambah risau dia. Masa tu aku dah tetapkan dalam hati, "aku boleh, aku kuat. untuk emak ayah."
UTeM best kot sebenarnya. Kot lah hahahaha. Baru dua minggu kan kat sini. Paling best sebab ratio lelaki dan perempuan lebih kurang. Aummm aummmm hahahaha taklah gurau je. Itu tolak tepi dulu. Duduk kat Lestari best sebab internet laju. Macam guna wifi kat rumah hehe. Tapi tak best sebab bilik air kat luar, macam duduk kat asrama tu. Dan yang tak best lagi sebab makanan kat cafe 'kurang' sedap, lambat dan tak banyak pilihan. Aku dahlah hantu makanan. Lepastu tak best pasal bas. Bas banyak tapi entahlah. Hari tu tunggu bas kat fakulti satu jam setengah okay tapi tak ada satu pun yang nak bawa kitorang balik Lestari. Last-last balik jalan kaki dari FKP ke Lestari. Jauh jauh jauh. Sejak tu Nadiah boikot tak naik bas. Pi mana-mana pun jalan kaki je tak kiralah jauh ke dekat. Sakit hati tengok bas-bas tu -.-
Minggu Haluan Siswa. Sebelah to roommate saya, Aifa. Budak Palam juga dulu, kolej satu blok pulak tu dulu tapi sayang tak pernah kenal hahaha. Sadis betul aku. Jodoh nak kenal kat sini.
Ohh ni special. Boyfriend saya. Hahahaha. Kasut kau sangat mengancam, Syira T.T
Mungkin ini jalan yang terbaik untuk aku. Allah tahu segalanya. Moga aku berjaya disini, Inshaallah.
Yeayyyy tak sabar nak balik rumah weekend ni!
Rahsia-rahsia si Hijabi yang moden dan berkerjaya.
all the best dik! study smart okeh... :)
ReplyDeletehttp://www.lyzafisol.com/
selamat menempuhi alam kejuruteraan!! all the best! :D
ReplyDeletegudluck freshie.. hehe..
ReplyDeletesinggah + follow sini.. wah... tahniah kak.. :)
ReplyDeletesinggah blog shawal sekali, Han Woo Hwan's Blog
tahniah.. semoga boleh carry on course tu.
ReplyDelete