10.9.13

You'll Never Be Alone With Escape

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


You'll never be alone with ESCAPE. So, come ESCAPE with me ! Ini bukan escape sebab nak kahwin kat Thailand ke apa. ESCAPE yang ini lebih istimewa, lebih seronok dan lebih banyak keriangan. Dan semestinya, ada hadiah menanti ada hehehe.

Apa benda ESCAPE ni ? Cer teka cer teka. Haaaa mesti tak tahu kan. Meh sini baca elok-elok.

ESCAPE adalah sebuah dunia hiburan anda sendiri yang anda boleh nikmati walau di mana jua anda berada, tak kira masa. Filem, berita, drama, konsert dan macam-macam lagi.! Jangan kata filem tempatan, filem Hollywood, Indonesia, Korea, Hindi pun ada. Semuanya ada di ESCAPE !


Anda boleh menonton di smartphone, laptop mahupun tablet. Kualiti video pula semestinya tiptop. Memang tak menyesallah guna ESCAPE ni. Fungsi yang paling best adalah "Pause & Play". Fungsi ni membolehkan anda menonton tanpa susah hati. Anda boleh pause video dan kembali menonton video tersebut menggunakan device yang lain. Tadaaaaaaaa ! Senang kan ?

Download ESCAPE secara percuma di smartphone anda. Lepas tu, register di www.ESCnow.com. Jangan lepaskan peluang ini tau ! Eksklusif untuk pelanggan Celcom.

Wahai anda-anda semua, aku ada satu pengumuman. ESCAPE telah menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk anda semua. Untuk memiliki hadiah-hadiah tersebut, anda hanya perlu meneka siapakah lelaki misteri yang sedang berlawan dengan beberapa orang menggunakan gerakan kung fu di dalam sebuah video yang anda boleh layari di ESCAPE - www.ESCnow.com. Walaubagaimanapun, muka lelaki tersebut tidak kelihatan di dalam video tersebut. Mestilahkan, kalau dah nampak mukanya, tak adalah contest ni hehe.


Siapa dia ?

Adakah dia orang Asia ? Malah mungkinkah dia orang Malaysia ? Okay, aku ada klu sikit ni nak bagi. Dia ni telah berlakon lebih daripada 200 buah filem. Dia terkenal di seluruh dunia kerana lakonannya dalam filem yang sangat hebat dalam seni mempertahankan diri dan sangat kelakar. Klu lain :

“I’ve been to Shanghai twice. In a rush hour, three times.” 
“I guided The Kid. I became The Master.” 
“I’m Mr. Nice Guy. But don’t pick a fight with me.” 
“I’ve been a panda. I’ve been a hyena.”

Layari www.ESCnow.com dan tonton video tersebut untuk mendapat hint yang lebih banyak. TEKA SIAPA DIA ! Sms jawapan anda ke 20888 dan anda boleh hantar sebanyak mana yang anda mahu. Sekali lagi, eksklusif untuk pelanggan Celcom. Ganjaran hebat menanti anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai ESCAPE, sila layari www.ESCnow.com

No comments:

Post a Comment