29.6.13

So We Meet Again

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Yang bernama manusia,
Datang dan pergi lumrahnya.
Memori, tetap bersama.


Tadi, selepas 'melepaskan rindu' pada katil dan rumah (padahal tak sampai 5 hari pun tinggalkan rumah), aku, Kak Fidah dan Angah pergi ke pasar malam. Orang dah lah ramai, memang tak lah kan nak tenung muka satu-satu tengok kenal ke tak. Jalan tak pandang kiri kanan. Dah set kat kepala nak pergi gerai mana awal-awal.

Jalan punya jalan, terdengar ada orang seru namaku ini. "Nadiah." Sayup-sayup kedengaran. "Nadiah." Lagi sekali. Ni jelas dengar tapi malas nak pandang. Kot-kot panggil orang lain ke kan. "Nadiah." Aik, pandang muka orang yang lalu lalang kiri kanan, tak ada siapa pun yang kenal. "Nadiah." Cari punya cari, akhirnya mata aku jumpa juga gerangan yang memanggil. Reaksi spontan bila nampak muka dia, "Ehhhhhhhhhhhh !" (muka terkejut + teruja.jpg). Dia bukanlah orang yang famous amos, hahaha tapi dia pernah muncul dalam hidup aku dan banyak memori yang dia tinggalkan.

Aippppppp macam 'dia' tu ex boipren pula. Hahaha bukanlah ! Mahu kena baling kuali dengan bakal tunang dia nanti. 'Dia' tu Abang Shahrul. Abang kelana Pengakap dari UPSI. Dulu selalu pi camping Pengakap, dia ada. Dia berniaga kat pasar malam. Dulu pernahlah juga jumpa dia kat pasar malam tu, tapi lama benor dah. Ingat dia tak berniaga dah. Tak sangka weyh dia boleh cam aku. Siap ingat nama lagi. Lebih kurang dua tahun tak jumpa. Sempatlah singgah gerai dia borak-borak sekejap. Teruja gila woi dapat jumpa orang yang dah lama tak jumpa ^.^

Nak cerita tu je sebenarnya. Haha bosan kan ? Malas nak update entri yang berat-berat malam ni sebab nak have fun dengan family yeay. Esok ada kenduri yeay. Dapat lepas rindu yeay. Seronoknya yeay. Kerja pun banyak nak kena buat yeay. Nak masak kat dapur yeay. Nak kemas rumah yeay. Haha motif ? :p

Tak, cuma nak kongsi. Akhir-akhir ni banyak kali terjumpa balik dengan orang yang dulu pernah hadir dalam hidup aku. Contohnya macam tadilah, Abang Shahrul. Dan bulan lepas tak silap, terjumpa balik dengan Lim. Lim ni aku kenal masa Karnival Sains & Teknologi Negeri Selangor. Sekolah Lim jadi tuan rumah, Lim dilantik sebagai photographer. Aku pula masa tu masuk pertandingan Solar Cooking. Sempatlah juga kenal-kenal ehem.

Allah dah aturkan jalan cerita yang paling indah untuk hidup kita. Macam kisah aku jumpa Lim balik ni lah. Memang sangat kebetulan, tak dapat dijangka. Masa tu aku and family baru balik dari Penang (ni nanti aku cerita lain entry). Singgah makan sat kat satu kedai area Rawang. Then masa nak pi balik kereta tu aku jalan sorang. Kena lalu atas jambatan sempit. Ada lah sebiji motor ni lalu. Aku ketepi, kecilkan badan. Ada lagi sebiji nak lalu. Sedaya upaya tau aku kecilkan badan. Masa motor tu betul-betul kat depan aku, aku dengar orang tu panggil aku. Aku tenunglah dia lama-lama. Gelap woi, susah nak detect. Dalam hati aku cakap macam kenal, macam pernah jumpa, tapi aku ada ke kawan hensem cenggini. Harap Lim tak baca ni. Hahaha. Beberapa saat kemudian... Haaaa baru dapat cam tu Lim. Rupanya Lim ni jiran mak cik aku je oi. Malu den.

4 tahun tak jumpa, maaflah Lim sebab lambat cam. Nak cari balik memory lama dalam laci-laci kat dalam kepala ni ambil masa sikit hehe. Dan maaf sebab agak awkward masa tu. 4 tahun tak jumpa, mesra tu dah hilang. Lim, tahniah sebab masih ingat si Nadiah ni walaupun kita hanya pernah jumpa sekali dan sekali tu pun 4 tahun lepas. Agak wow di situ.

Kita rasa kisah dalam novel dan filem sweet. Tapi ketahuilah, kisah hidup kita lagi sweet tau. Sebab Dia yang aturkan. Dia Yang Maha Mengetahui. Keep calm and enjoy your life :)


True love vs. money - who will win ?

2 comments:

  1. wow!~ 4 tahun lepas. skali je jumpa?! kuat ingatan yaa abang Lim tu~ xD
    yapp...mcm dlm novel yg sweet'sweet tu je~ :P
    entri akak pun, sweet je~

    ReplyDelete