14.2.13

Al-Fatihah [Blogger Jejai : Azhar bin Ramli, 12 Februari 2013]

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Terkejut apabila mendapat berita dari rakan blogger bahawa salah seorang blogger hebat Malaysia telah kembali ke rahmatullah pada 12 Februari 2013 sekitar jam 3.15pm. Al-Fatihah buat Allahyarham Jejai [www.teratakarmo.com] atau nama sebenarnya Azhar bin Ramli. Allahyarham meninggal dunia setelah berjuang melawan kanser paru-paru yang dihidapinya. Moga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan diampunkan dosa-dosanya oleh Allah SWT. Takziah kepada isteri Allahyarham, keempat-empat anak Allahyarham serta seluruh keluarga Allahyarham. Al-Fatihah ~

Hanya sekali aku pernah bertemu dengan Allahyarham, iaitu ketika Nuffnang Asia Pasific Blog Awards 2011 #NAPBAS.

PESANAN DARI KELUARGA ARWAH AZHAR BIN RAMLI : 

SEANDAINYA SEMASA HIDUP ARWAH ADA TERSALAH KATA TERSALAH BAHASA TERKASAR PERBUATAN MOHON AMPUN DAN MAAF DARI HUJUNG KAKI HINGGA KE HUJUNG RAMBUT. SEANDAINYA ARWAH ADA BERHUTANG MOHON DIHALALKAN TETAPI SEKIRANYA ADA TUNTUTAN SILA TUNTUT DARIPADA WARIS ARWAH.

Allahyarham Jejai dan Kak Nani Rostam
Credit : madammondoq

Jika ada yang bermurah hati ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga Allahyarham, di sini disertakan no akaun isteri Allahyarham.

Maybank

Acc No : 164089741562 (Mazliana Othman )

Mati itu pasti. Yang tidak pasti bila, di mana dan sebabnya.


2x Hadiah Utama iPad Mini. Takkan tak nak kot ?

2 comments:

  1. saya tak pernah jumpa arwah tapi selalu tengok gambar2 dia dengan kawan2 blogger lain. sedih bila dapat tahu berita ni. terkedu jap. al-fatihah. :/

    ReplyDelete