6.10.12

Aidilfitri 2012

بسم الله الرحمن الرحيم | السلام عليكم و رحمة الله و بركاته


Raya Pertama

Hahaha tahu dah basi. Tapi sekarang ni haa baru ada masa lapang nak update. Banyak sangat gambar sebenarnya tapi less is more. Ehh ? :p

Malam raya, sambil dengar takbir, kemas rumah, cuci pinggan mangkuk cawan semua, mop lantai, cuci beranda, semua-semuanya lah. Ketupat rendang semua dah siap masak siang tu, so malam relax sikit. Lepas tu main mercun dan bunga api ! Itu wajib okay hehe. Then tunggu sedara-mara balik, sambil tu main dengan Mikaeel.



Pagi raya, perkara wajib selepas semua balik dari masjid - bersalam-salaman, bermaaf-maafan. Sangat suka moment ni. 



Bermulalah sesi bergambar. Setiap keluarga, satu gambar. Kemalasan yang melampau menyebabkan gambar-gambar tersebut gagal untuk dimuat naik disini. K.



Tengah hari, mulalah beraya ke rumah atuk-atuk sedara dan nenek-nenek sedara. Perkara wajib setiap kali raya.


Nanti sambung....

2 comments: