26.1.12

Novel : Cinta Pandang Ke-2

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Karya - Laila Kamilia

Sinopsis :

"Dahlah gemuk macam gajah, garang pulak macam singa ! Patut tak payah pergi sekolah, duduk saja dalam hutan !"


Zairul Hasmat memang meluat dengan Ainnur Azleen. Walaupun mereka berdua sekelas, tetapi tidak pernah sebulu. Ada saja sikap Ainnur yang menjengkelkan hatinya.


Di sekolah, Zairul 'prince charming' dan menjadi kegilaan sedangkan Ainnur 'Si Ugly Betty'. Beza mereka macam langit dengan bumi ! Disebabkan badan saiz XXL, Ainnur hanya mampu memuja Zairul dalam diam.


Zairul pula memang seronok menyakat. Tidak sudah-sudah dia mengejek Ainnur menyebabkan Ainnur berasa hati, lalu nekad bertukar ke sekolah lain.


Setelah bertahun lamanya masa berlalu...


Zairul - Pertama kali bertentang mata hatinya sudah terpikat. Kecantikan yang dimiliki gadis itu membuatkan jiwa lelakinya tidak keruan. Tetapi, layakkah seorang mat despatch bercinta dengan bos sendiri ?


Ainnur - Parut lama kembali berdarah. Lelaki itu telah masuk perangkap cintanya. Ahah ! Inilah masanya untuk membalas dendam lama.


Emm, ada part-part yang boring sikit. Lepas baca novel ni, baru aku tahu boleh nikah cenggitu. Macam mana ? Haa, bacalah sendiri ! Tapikan, comel je seorang playboy boleh jatuh cinta dengan budak gemuk ;)

Rating : 3/5

Are you a fan of flash mob videos ? Click here

Sekian, terima kasih :)


4 greeny:

Izzati IH said... Reply comment

Haha novel ni okela kan. Zt pun baru jugak baca novel ni :3

Mizz Waa said... Reply comment

akak ade je buku ni kat rumah.tapi terbace lagi :D

laila kamilia said... Reply comment

terima kasih kepada komen2. boleh saya tau part2 mana yang boring tu supaya saya boleh baikinya pada masa depan. kepada yang sudah membaca, terima kasih kepada anda yang sudi menyokong saya

NadyaBubble said... Reply comment

@laila kamilia

Err, saya pun dah lupa part mana. Banyak sangat baca novel -.-